Friday, May 2, 2014

Yasmin Hani Pasang CCTV Awasi Anak Di Rumah


Pelakon Yasmin Hani mengambil langkah keselamatan memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengawasi anaknya Noah Ismail Wong yang kini berusia 6 bulan sepanjang dia keluar bekerja.

Yasmin atau nama sebenarnya Yasmin Hani Ismail Richardson, 35, berkata, ia sebagai langkah berjaga-jaga apabila melepaskan tanggungjawab tersebut kepada pembantu rumah.

"Saya pasang CCTV dan boleh pantau melalui telefon bimbit. Saya beritahu pembantu rumah agar meletakkan anak saya di depan kamera tersebut kecuali waktu mandi sahaja, itu pun saya boleh gerakkan kamera itu 360 darjah.

"Saya sengaja pasang CCTV sebab takut hendak tinggalkan dia bawah jagaan orang lain. Dulu saya bergilir-gilir dengan suami untuk menjaga dia tetapi sekarang kami semakin sibuk dan terpaksa ambil pembantu rumah dari Indonesia," ujarnya kepadamStar Online.

Dalam pada itu, Yasmin berkata, ia juga sebagai salah satu cara dia melepaskan rindu kepada anak sulungnya itu.

Biarpun sibuk bekerja, namun cara itu membolehkan Yasmin berkomunikasi dengan anaknya.

"Saya boleh bercakap dengan dia dan dia pun boleh nampak saya melalui sambungan televisyen di rumah, jadi saya boleh lepaskan rindu.

"Dia juga akan rasa saya sentiasa ada bersama," katanya.

Yasmin yang turut terlibat dalam teaterDi Bawah Lindungan Kaabah mengakui sedang sibuk menjalani latihan tersebut setiap malam.

Tambahnya, ini merupakan pengalaman pertamanya beraksi dipentas teater dengan membawa naskhah yang agak berat.

"Ini merupakan kali pertama saya berada di pentas teater. Sebelum ini ada beberapa tawaran yang saya tolak kerana ada komitmen lain.

"Alhamdulillah, banyak yang saya belajar terutama daripada segi lontaran suara dan tarian yang bagi saya agak payah untuk dilakukan," katanya.

Teater Di Bawah Lindungan Kaabah adalah sebuah karya yang diadaptasi daripada novel hebat ulama terkenal Indonesia iaitu Profesor Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali sebagai Hamka.

Antara pelakon lain yang terlibat dalam pementasan itu ialah Adi Putra, Dafi, Elfira Loy dan Liza Abdullah.

Teater itu  bakal dipentaskan bermula 9 hingga 18 Mei depan

Sumber: Mstar

Related Posts:

  • Beego & Linda Hashim Bakal Sambut Anak Sulung Beego dan Linda Hashim yang mengabadikan kenangan sebelum menyambut kelahiran anak sulung mereka sedikit masa lagi menerusi akaun Facebook Ryaniez Moments Photography Foto-foto yang dirakamkan di persisiran pantai Morib in… Read More
  • Photo: Elliza AF Timang Anak Sulung Kepada peminat program realiti nyanyian, Akademi Fantasia musim ketiga tentu mengenali salah seorang pesertanya yang bernama Elliza Razak. Berita terbaru mengenai Elliza, dia telah selamat melahirkan anak sulungnya pada 2… Read More
  • SIMON COWELL DIKURNIAKAN BAYI LELAKI Pengkritik muzik paling laser kelahiran British, Simon Cowell adalah orang yang sangat gembira pada saat ini, lebih-lebih lagi selepas dia dikurniakan seorang bayi lelaki hasil hubungannya bersama teman wanitanya, Lauren Si… Read More
  • Photo: Tahniah buat Apek dengan baby barunyaTahniah diucapkan kepada penjaga gol kebangsaan Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat (Apek) kerana isterinya Leuniey Natasha selamat melahirkan bayi perempuan tepat jam 2.55petang 3 Feb 2014. Bayi sulung pasangan ini dilahirkan se… Read More
  • Justin Bieber Video Muzik 'Baby' Cecah 1 Billion Tontonan Penyanyi Justin Bieber mencipta sejarah tersendiri apabila video muzik untuk single yang dilancarkan pada 2010, 'Baby' telah mencecah satu billion tontotan di Vevo. Pencapaian ini sekali gus menjadikan Bieber artis pertama … Read More

0 comments:

Post a Comment