Showing posts with label Shila. Show all posts
Showing posts with label Shila. Show all posts

Thursday, September 27, 2012

Hikmah Bertudung, Masyarakat China Sanjung Shila Amzah

Hikmah Bertudung, Masyarakat China Sanjung Shila Amzah


Juara pertandingan Asian Wave 2012, Shila Amzah menjelaskan keputusannya memakai tudung memberi hikmah yang cukup besar apabila dia diterima dengan baik oleh masyarakat China selepas menjadi juara Asian Wave 2012.

Shila berkata, dia sangat terharu dengan penerimaan peminat di negara itu ketika menyertai pertandingan tersebut kerana mereka benar-benar menghormati imejnya sebagai wanita Islam.

"Ternyata dalam setiap tindakan yang kita lakukan akan ada ganjarannya dan saya melihat hikmah kerjaya dan rezeki saya terbuka luas di negara orang sebagai satu nikmat yang besar.

"Malah saya dikenali di China kerana imej bertudung dan ia cukup menggembirakan saya," ujarnya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Rabu.

more: mstar

Saturday, September 22, 2012

Shila Amzah menjuarai pertandingan Asian Wave 2012

Shila Amzah menjuarai pertandingan Asian Wave 2012



Pelakon Sharnaaz Ahmad memuji penyanyi Shila Amzah dan menganggap dia layak diangkat sebagai juara pertandingan Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai, China pada malam Khamis lalu.

Sharnaaz, 27, berkata, kejayaan tersebut adalah ganjaran Tuhan atas kerja keras Shila selepas 12 tahun bergelar artis serta kesungguhannya membuat persiapan termasuk mempelajari bahasa Mandarin sebelum menyertai pertandingan itu.

Pada peringkat akhir Asian Wave 2012 itu, Shila berentap dengan 12 penyanyi termasuklah finalis dari China, Korea Selatan, Singapura, Thailand dan India.

Video:


Shila yang juga anak kepada penyanyi dan pelakon 80-an, ND Lala berjaya memukau juri dan penonton dengan kekuatan vokalnya mendendangkan lagu Gemilang nyanyian asal Jaclyn Victor, Grenade dan sebuah lagu Mandarin berjudul Zheng Fu (Na Ying).

Pada peringkat awal pertandingan yang berlangsung dari 31 Ogos hingga 6 September lalu, Shila mempersembahkan lagu popular Adele, Set Fire to the Rain dan lagu Mandarin Forever Love (Wang Lee Hom) di samping 30 peserta lain.

source: mstar



Thursday, February 24, 2011

Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah Dalam 3 Suara

news @mStar

Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah Dalam 3 Suara

KUALA LUMPUR: Tiga penyanyi terkenal Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah mengambil masa hampir lapan hari untuk merakamkan lagu dimuatkan dalam album 3 Suara.

Album yang telah berada di pasaran sejak 6 Januari lalu ini menampilkan 10 buah lagu seperti Di Mana Di Mana, Beribu Sesalan,Hanya Satu, Menari Dalam Hujan, It's A Beautiful Life dan Tomorrow'sCalling.

Seperti kata penerbit album ini, Kevin Chin, pemilihan tiga wanita tersebut dalam album 3 Suara adalah berdasarkan keunikan suara masing-masing apabila Jac merupakan ratu balada, Ning diva soul dan R&B manakala Shila puteri pop.

Ini kerana konsep album yang turut diterbitkan oleh Irwan Simanjuntak,Paul Morrison dan Aylwin Santiago ini lebih menggembalikan muzik Melayu sekitar era 80-an dan 90-an.

Album ini boleh dibeli melalui laman web www.sonymusic.com.my atau kedai muzik berhampiran pada harga RM31.90.
more