Showing posts with label Palestin. Show all posts
Showing posts with label Palestin. Show all posts

Thursday, July 17, 2014

Siti Nurhaliza Kecam Individu Guna Namanya Kutuk Palestin


siti nurhaliza
Siti Nurhaliza kecewa ada pihak gunakan nama dan gambarnya untuk tujuan tertentu.

PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengecam tindakan individu yang mewujudkan satu laman Facebook palsu atas namanya dan memuatkan status mengutuk rakyat Palestin yang ketika ini diuji dengan serangan oleh Israel.

Siti, 35, berkata, dia tidak menghalalkan tindakan individu yang menyamar dengan mempergunakan nama dan gambarnya bagi kepentingan tertentu.

"Saya kecam dan saya tidak akan halalkan insan yang menyamar mempergunakan nama dan gambar saya untuk kepentingan diri malah menulis sesuatu yang tidak berhati perut.

"Teman-teman dan peminat semua tolong ambil perhatian dengan kewujudan makhluk pelik ini," tulisnya di laman Instagram miliknya pada pagi Rabu.

Status yang dimuat naik Siti yang mengecam tindakan individu yang menggunakan namanya.

Akaun palsu tersebut melemparkan kata-kata kesat terhadap penduduk Palestin dan menganggap ia merupakan perkara biasa yang dilalui masyarakat tersebut.

Selain itu, individu berkenaan turut menyifatkan rakyat negara ini tidak akan mengambil peduli dengan penderitaan yang dialami oleh penduduk Palestin.

"Nasib kau lah Palestin. Walaupun bumi kau ada Baitulmaqdis, kami tak peduli... Sudah lebih 60 tahun kau berdepan Israel, pasti kau sudah terror dan hebat. Kami peduli apa? Anak Palestin, kau kotor, lemah dan penakut," antara tulisan yang dimuat naik di akaun palsu itu pada malam Selasa lalu.

Bagaimanapun, pada perenggan kedua tersebut banyak menyindir kepada remaja Melayu yang leka dengan kesenangan yang dimiliki berbanding penduduk Palestin.

Antaranya mengenai anak Malaysia semuanya hebat dan mampu memiliki peralatan teknologi canggih serta mempunyai banyak masa untuk berselfie.

Antara komen daripada pengikut-pengikut Siti Nurhaliza tentang isu tersebut.


Sementara itu, posting di Instagram milik Siti Nurhaliza mendapat lebih 200 komen sehingga pukul 12 tengah hari Rabu daripada pengikut-pengikutnya turut mengutuk tindakan individu terbabit yang dianggap cuba mencemarkan nama baik penyanyi itu.

Mereka meminta agar Siti mengambil tindakan dan membuat laporan polis terhadap perbuatan individu tersebut.

Salah seorang pengikut Instagramnya, @Faliesskhairol berkata:  "Tak elok rasanya gunakan nama orang lain untuk penulisan dan kepentingan sendiri. Dato Siti Nurhaliza public figure of course ramai yang salah anggap nanti sebalik tulisan ini. Sedangkan itu bukan dia, hanya digunakan nama dan wajah beliau sahaja, harap Dato Siti Nurhaliza bersabar.

Sementara, @suechohomelrose pula menulis:  "Lebih baik tok ti buat laporan polis orang macam ini kena ambil tindakan".

Manakala, @nurulcuk turut memberi komen iaitu : "Ayat ini seolah-olah perli orang Malaysia... jangan cepat menghukum dan be positif wahai peminat @ctdk.

Sumber: Mstar

Friday, July 11, 2014

Maya Karin Luah Rasa Simpati Nasib Rakyat Palestin

Maya Karin

KUALA LUMPUR: Aktres Maya Karin berharap agar negara-negara Islam di seluruh dunia bergabung dan melakukan sesuatu bagi menghentikan serangan udara yang dilakukan tentera Israel di wilayah Gaza, Palestin.

Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke, 35, berkata, walaupun dia tahu ramai yang begitu prihatin terhadap kejadian tersebut tetapi dengan hanya berdoa atau mengumpul dana untuk disumbangkan kepada mangsa-mangsa perang sahaja tidak mencukupi.

"Saya antara sebahagian daripada masyarakat lain yang sangat geram dengan tindakan Israel. Benar, kita marah, simpati berdoa dan mengumpul dana sahaja. Tetapi adakah itu mencukupi?

"Adakah ia dapat menghentikan peperangan itu? Sampai bila kita hanya mahu berdoa sahaja? Kalau betul umat Islam di dunia ini mahukan perubahan, kita harus melakukan sesuatu.

"Kumpul seluruh umat Islam di negara ini dan bertindaklah," katanya kepada mStar Online.

Tambah Maya, dia sedih apabila melihat banyak negara Islam yang tidak mampu berbuat apa-apa untuk cuba membantu masyarakat Palestin.

Sehingga kini, puluhan rakyat Palestin terkorban gara-gara serangan tentera Israel dalam Operasi Perlindungan Sempadan di Semenanjung Gaza sejak awal Ramadan lalu.

Tentera Israel melancarkan serangan roket bertubi-tubi ke Gaza yang turut mengakibatkan ratusan penduduk yang lain cedera.

Sementara itu, Maya berkata, serangan yang berlaku di Gaza turut membuatkan dia tidak tenang kerana memikirkan nasib penduduk di negara itu.

"Bayangkan, saya nyaris menaikkan status di Twitter mahu mengatakan kebahagiaan saya dirampas gara-gara isu serangan tentera Israel itu.

"Dalam pada mahu menyambut kemenangan Jerman yang berjaya menewaskan Brazil sebanyak 7-1, tiba-tiba saya melihat pula banyak gambar mangsa serangan di Gaza yang dimuatnaik di laman sosial membuatkan saya hampir-hampir menangis," ujarnya.
Sumber: Mstar