Showing posts with label Abby Abadi. Show all posts
Showing posts with label Abby Abadi. Show all posts

Sunday, December 21, 2014

Bekas Suami Abby Abadi Sudah Sedia Jadi Pelakon


PETALING JAYA: Bekas suami kepada artis Abby Abadi iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar sudah bersedia untuk menjadi pelakon selepas kontroversi perceraiannya dengan wanita itu tidak lagi diperkatakan.

Farhan, 26, berkata, dia sudah menjalani beberapa uji bakat termasuklah sesi fotografi dengan majalah hiburan.

"Saya ingin cuba nasib dalam bidang lakonan dan tidak kisah watak apa yang ingin diberikan asalkan ia memberi pengalaman dan laluan kepada saya berada dalam bidang ini.

"Sebelum ini saya memang tidak ada pengalaman berlakon tetapi saya sangat berminat dan ingin cuba sahaja dulu dalam bidang ini," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Jumaat.
Gambar kenangan Abby bersama Farhan ketika masih menjadi suami isteri.
Tambah Farhan, selepas perceraiannya dengan Abby Abadi pada Mei lalu, dia ada menerima tawaran berlakon namun terpaksa ditolak kerana belum bersedia.

Katanya, kini adalah masa yang paling sesuai berikutan kontroversi perceraian yang dilaluinya sudah mulai reda.

Sementara itu,  sebagai persediaan menjadi seorang artis dia kini mula meluangkan masa ke gim bagi membina badan.

"Selepas bercerai ada juga yang risik dan tawarkan saya untuk berlakon tetapi saya tolak kerana rasa tidak bersedia lagi mungkin faktor badan saya.

"Baru-baru ini ada kawan bertanya semula tentang tawaran lakonan dan saya fikir ini masa yang sesuai," ujarnya.

Sementara itu, Farhan turut memberitahu niat untuk berlakon dipendam sejak berkahwin dengan aktres tersebut.

Dia pernah mengutarakan hasrat berkenaan namun ditentang oleh bekas isterinya itu.

"Dulu saya pernah cakap dengan dia yang saya ingin cuba nasib jadi pelakon tetapi dia tidak benarkan langsung. Sekarang ini senang, tidak banyak yang perlu difikirkan," ujarnya.

Muhammad Noor Farhan dan Abby atau atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 37,  bernikah pada 9 Julai 2013 di Selatan Thailand.

Mereka disahkan bercerai pada 9 Mei lalu dengan talak satu.

Sumber: Mstar

Friday, June 13, 2014

Abby Abadi Terkejut Dengan Tuduhan Bekas Suami

Abby Abadi terkejut dengan tuduhan bekas suaminya, Muhammad Noor Farhan terhadapnya.

PETALING JAYA: Bekas anggota kumpulan Elite dan pelakon Abby Abadi menganggap bekas suaminya iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar farhan membuat tuduhan palsu mengenai pendedahan lelaki itu yang dikasari secara fizikal selepas kes penceraian mereka selesai pada Rabu lalu.
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 37, menerusi laman Instagram miliknya berkata, dia terkejut dengan pendedahan lelaki berkenaan dan menganggap ia sebagai satu cara untuk menutup cerita sebenar yang berlaku dalam rumah tangga mereka.
"Saya tiada saksi di sini cuma Allah sahaja yang maha mengetahui semu ini, terkejut saya membaca kenyataan yang dibuat Farhan kerana sehabis baik saya cuba menutup semua cerita yang tidak perlu orang luar tahu sepanjang kami bersama sebagai suami isteri," katanya.

Terdahulu, Muhammad Noor Farhan, 24, mendakwa Abby pertama kali mencederakannya sekitar Januari lalu dengan membaling kunci motosikal ke wajahnya sehingga mengakibatkan kesan lebam selepas Abby mendapat tahu dia memberitahu seorang kenalan mereka sudah tidak mempunyai hubungan.

Dedahnya lagi, Abby sekali lagi bertindak agresif mencakar muka dan lengan kirinya pada 17 Mei lalu selepas dia enggan berbincang mengenai kes perceraian mereka yang dilafazkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang sedang berjalan di mahkamah.

Lelaki itu turut mendedahkan bukti gambar kesan kecederaannya pada bahagian muka dan lengan kiri akibat dicakar oleh bekas isterinya itu kepada pihak media.

Muhammad Noor Farhan.
Pada seHakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Shaiful Azli Jamaludin memutuskan lafaz cerai menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dibuat Muhammad Noor Farhan pada 9 Mei lalu terhadap Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abd Manan, 37, adalah sah mengikut rukun dan hukum syarak ditetapkan.

Dalam pada itu, Abby turut menjelaskan sebagai pasangan suami isteri rumah tangga mereka sebelum ini tidak terkecuali dilanda masalah namun apa yang digambarkan oleh bekas suaminya itu tidak menggambarkan keadaan sebenar.

Malah Abby menyangkal tuduhan Muhammad Noor Farhan mengenai kononnya dia akan marah sekiranya tidak diberikan wang adalah palsu dan hanya cerita rekaan daripada lelaki itu.

"Sebelum ini kalau bergaduh pun tetapi semuanya baik-baik sahaja. Biasalah hidup rumah tangga kan? Dah tentu ada pasang surutnya.

"Anda boleh baca, dengar apa yang dia kata tetapi percaya jangan sebab dia memang dah terbiasa menipu," katanya.

Malah Abby meminta peminat jangan mudah membuat telahan sekiranya tidak mengetahui cerita sebenar tentang situasi sebenar rumah tangga mereka.

Abby dan Farhan bernikah pada 9 Julai tahun lepas di Selatan Thailand dan mendapat pengesahan di Kelantan.

Pelakon siri Gerak Khas itu sebelum ini pernah melangsungkan perkahwinan dengan pelakon Norman Hakim dan dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.
Sumber: Mstar

Saturday, July 30, 2011

Abby Abadi Sahkan Enggan Hadir Pernikahan Norman, Memey

news @mStar

Abby Abadi Sahkan Enggan Hadir Pernikahan Norman, Memey

Pelakon Abby Abadi sudah mengesahkan tidak akan hadir ke majlis resepsi persandingan bekas suaminya, Norman Hakim dan Memey Suhaiza pada 28 September depan di sebuah hotel walaupun menerima kad undangan daripada mereka.

Norman dan Memey di jadual bernikah pada 24 September depan di Felda Tenggaroh, Mersing Johor iaitu rumah pengantin perempuan.

Ujar Abby, dia berbuat demikian kerana enggan merosakkan hari bahagia mereka yang digelar sebagai “wedding of the year” itu berikutan menerima tajaan bernilai RM12 juta. more

Tuesday, July 19, 2011

Abby Abadi maafkan Norman, Memey

Abby Abadi maafkan Norman, Memey

Abby Abadi dalam laman Facebooknya telah memohon maaf kepada ksemua yang mengenali diri beliau secara peribadi termasuklah bekas suaminya, Norman Hakim dan juga Memey.

"Sama-samalah kita memaafkan sesama sendiri, sedangkan dirimu di berkati"

Tuesday, January 18, 2011

Norman dan Memey Tinggal Serumah ?

memey abby abadi norman hakimNews @mStar

KUALA LUMPUR: Pelakon Norman Hakim atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon,35, menjelaskan kenyataan bekas isterinya Abby Abadi menerusi Facebook kononnya dia dan tunang, Memey Suhaiza,23, tinggal serumah adalah satu tuduhan yang tidak berasas.

Norman yang ditemui mStar Online berkata, semasa Abby menelefonnya untuk berurusan mengenai anak, dia dan Memey sedang menikmati sarapan pagi di sebuah kopitiam di Wangsa Maju di sini dan bukannya berada berdua-duaan di dalam rumah seperti yang didakwa.

“Ketika dia telefon itu saya dengan Memey tengah sarapan pagi. Kami makan di kedai yang kami selalu pergi di Taman Seri Rampai, Wangsa Maju,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis makan malam anjuran Lord’s Tailor, di KL Hiton di sini, malam Ahad.


Awal Januari lalu, Memey meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Abby yang menyerangnya secara peribadi.

Menerusi Facebook itu juga, Abby turut menyindir Memey sebagai perempuan gatal selain mendakwa Memey seolah-olah begitu berbangga kerana mahu menunjuk dia dan Norman tinggal serumah.

Abby meradang apabila panggilan telefon yang dibuat kepada Norman atas urusan anak sempena sesi persekolahan yang dibuka pada 3 Januari lalu dijawab oleh Memey. more news / previous news

Wednesday, January 5, 2011

Abby Mahu Norman & Memey Sedar

News @ Mstar

Dedah Tinggal Serumah, Abby Mahu Norman & Memey Sedar

PETALING JAYA:
Pelakon Abby Abadi mahu memberi kesedaran kepada bekas suaminya Norman Hakim dan Memey Suhaiza dengan mendedahkan perbualan telefon di antara dia dengan wanita itu menerusi status Facebook miliknya, Isnin lalu.

Abby berkata, dia berbuat demikian bukan bertujuan untuk menimbulkan sengketa tetapi sekadar mahu Memey sedar dan rasa bersalah dengan perbuatan dan sikapnya itu.

“Setiap kali saya telefon bekas suami saya atas urusan anak-anak mesti dia yang akan jawab telefon (milik Norman Hakim) dan beri macam-macam alasan yang menunjukkan Norman ketika itu berada bersamanya. Dia seperti mahu mencabar saya. more news / Previous news

Wednesday, December 22, 2010

News: Gambar Abby kena curi!

HUBUNGAN pelakon popular Arbaiyah Abdul Manan atau Abby Abadi, 33, dengan Zulkifli Ariffin, atau Zul, 24, bukan lagi rahsia.

Malah, mereka kini lebih bersikap terbuka mengenainya dan sering muncul di khalayak bersama. Bagaimanapun, apa yang kurang menyenangkan mengenai hubungan pasangan ini ialag apabila kebelakangan ini beberapa keping gambar peribadi mereka mula tersebar dan dijadikan bahan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan tujuan mahu menimbulkan kontroversi.

Lebih mengelirukan apabila gambar peribadi itu dikatakan diperoleh daripada peminat atau orang perseorangan yang rapat dengan pasangan ini. Sedangkan, ia sebenarnya dicuri dari laman sesawang dan Facebook yang diwujudkan Abby sendiri untuk tatapan peminat setia. More news

"Gambar2 diatas bukanlah gambar yg dimaksudkan diatas, sekadar ilustrasi sahaja"