Showing posts with label Maharaja Lawak. Show all posts
Showing posts with label Maharaja Lawak. Show all posts

Monday, February 10, 2020

Pelawak Abam Bocey meninggal dunia


PELAWAK popular Abam, yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada Isnin.

Berita mengejutkan tersebut dimaklumkan kepada Gempak oleh Ali, iaitu adik kepada Abam.

“Isteri Abam, hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri.

“Saya bergegas kediaman Abam dan ya, dia sudah tidak bernafas,” katanya gagal mengawal emosi.

Sementara isteri Abam, Nor Hidayah turut mengesahkan perkara tersebut.

Hidayah memberitahu Allahyarham demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu.

“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.

“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi... pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” katanya menangis teresak-esak.

Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Acey.

Sumber: Astro Awani

Sunday, April 20, 2014

Yus Jambu bakal kahwin hujung tahun ini


Pelawak terkenal yang merupakan salah seorang ahli kumpulan Jambu, Yus atau lebih mesra dengan panggilan Pak Yus bakal berkahwin dengan seorang model sambilan pada hujung tahun ini.

Menurut Yus, dia memilih tarikh pada hujung tahun kerana masing-masing sibuk dengan pekerjaan dan memerlukan masa untuk membuat persiapan.

“Persiapan itu dah buat dah sedikit demi sedikit, memandangkan kami sibuk dengan kerja jadi saya rasa hujung tahun adalah yang paling sesuai.

“Dia merupakan model sambilan dan  juga bekerja sebagai setiausaha ahli korporat. Kalau ikutkan hati memang saya nak beritahu siapa bakal isteri saya.

“Namun demi menghormati permintaannya, saya rahsiakan dulu,” katanya ketika ditemui di program Jelajah Komedi Sinar bersama Kawan Paratha pada Sabtu.

Mengulas mengenai perkenalan mereka Yus atau nama sebenarnya Yussry Edo, 38, memberitahu mereka berkenalan melalui Facebook dan sewaktu pertama kali bertemu wanita itu telah berjaya menambat hatinya.

“Saya kenal dia pun menerusi Facebook… Waktu tu dia masih belum kenal saya dan tidak tahu saya ini siapa.

“Selepas seminggu berkenalan barulah dia dapat tahu saya ni seorang artis.

“Alhamdulillah, sekarang tempoh perkenalan kami dah masuk setahun lebih, apa yang saya suka mengenai dia adalah dia faham kerjaya dan kesibukan saya.

“Selain itu dia pandai buat sambal belacan dan itu merupakan makanan kegemaran saya,” ujarnya ketawa.

Tambah Yus lagi, dia sememangnya berasa teruja untuk berkahwin namun menyerahkan segalanya kepada takdir.

“Teruja tu memang teruja, tapi saya buat relax saja sebab benda ini berkaitan dengan jodoh… Kita ikut alur yang ditentukan, dan semuanya ditangan tuhan.

“Memandangkan saya pernah kecewa dengan episod pertunangan sebelum ini, jadi untuk kali ini saya tidak mahu bertunang sebaliknya terus berkahwin.

“Bergaduh itu biasa, lagi-lagi dekat nak kahwin ni tapi bukanlah bergaduh besar… Saya rasa dia adalah pilihan yang tepat untuk saya,” ulasnya.

Bercerita mengenai majlis perkahwinan, Yus berkata dia telah merancang untuk membuat majlis bertemakan ala kampung semasa resepsi untuk pihak lelaki.

“Mengenai majlis kahwin pula, saya nak buat biasa-biasa saja ikut apa yang kita mampu… Walaupun masih belum ada tarikh lagi, saya sudah merancang untuk buat majlis kahwin bertemakan ala kampung bagi pihak saya di Perlis nanti.

“Saya nak buat tema ala-ala kampung sebab saya suka…Tak payah pakai buffet, makan berhidang lebih seronok.

“Panggil orang-orang kampung datang masak dan kawan-kawan sama-sama bergotong-royong, saya rasa ianya lebih meriah dan boleh mengeratkan silaturrahim.

“Manakala bagi resepsi pihak perempuan, masih lagi dalam perancangan dan saya serahkan pada dia untuk buat keputusan,” katanya mengakhiri perbualan. -- Astro Gempak

Sumber: Astro Awani

Wednesday, March 12, 2014

Jep (Sepahtu) Tepis Gosip Bertunang

Selepas dua minggu gosip mengenai pertunangan Jep Sepahtu diberitakan, akhirnya pelawak itu tampil menafikan khabar angin tersebut.

Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, 29, berkata, dia terkejut dengan berita tersebut dan meluahkan rasa sedikit terkilan apabila gosip tersebut dikeluarkan tanpa meminta penjelasannya dahulu.

"Perkara itu (bertunang) langsung tidak berlaku dan berita itu adalah bohong.

"Terkejut juga apabila mendapat tahu berita 'pertunangan' saya sedangkan saya sendiri tidak tahu tentang hal itu. Pelik rasanya apabila ada pihak yang lebih tahu mengenai saya berbanding saya sendiri," katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Isnin.

Pada 24 Februari lalu, akhbar mingguan telah melaporkan Jep telah mengikat tali pertunangan pada Januari lalu dengan wanita sekampung dengannya di Kluang, Johor.

Difahamkan wanita tersebut bekerja di stesen radio Hot FM.

Selepas gosip tersebut, pihak media cuba mendapatkan pengesahan daripada Jep namun pelawak itu tidak menjawab sebarang panggilan media. Baca artikel penuh

Sumber: Mstar

Thursday, February 6, 2014

Maharaja Lawak Mega 2013, Siapa Juara ?

Maharaja Lawak Mega 2013
Maharaja Lawak Mega 2013
PENTAS Maharaja Lawak Mega semakin menghampiri kemuncaknya. Jika dilihat daripada 16 peserta, hanya lima peserta bakal beraksi di pentas final nanti.

Sepahtu, Shiro, Bocey, Nabil dan Jambu bakal berentap merebut gelaran juara Maharaja Lawak Mega. Setiap pasukan mempunyai kelebihan yang tersendiri  untuk bergelar juara namun, yang menentukannya adakah populariti  atau prestasi?



Pentas akhir Maharaja Lawak Mega akan berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam pada 7 Januari ini.

Maharaja Lawak Mega 2013

“Setiap tahun persembahan terakhir ini berlangsung di Stadium Melawati untuk memenuhi tuntutan dan juga menampung kapasiti yang besar buat penonton.

“Seperti biasa format final Maharaja Lawak Mega masih mengekalkan dua persembahan untuk setiap peserta.

“Saya berharap semuanya akan berjalan seperti yang dirancang dan berlangsung dengan baik,” katanya.

Tiket-tiket boleh didapati di www.ticketpro. com.my dengan harga RM55, RM35 dan RM25

Wednesday, January 15, 2014

Gagal Di MLM 2013, Wala Sudah Dapat Banyak Tawaran Lakonan

Kumpulan Wala meluahkan rasa syukur, walaupun tersingkir daripada program Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013) pada Jumaat lalu, namun mereka sudah pun menerima pelbagai tawaran lakonan.

Salah seorang ahlinya, Wan atau nama sebenarnya Wan Mustapha bin Muntek, 31, berkata, ia merupakan satu petanda baik untuk memulakan karier di bidang komedi dalam industri seni tanah air.

"Sejak menang sebagai juara pertandingan Raja Lawak musim ketujuh pada tahun lalu, kami agak keliru sama ada ingin meneruskan impian sebagai pelawak atau terus bekerja sebagai anggota polis di Sabah.

"Kini, walaupun sudah tersingkir pada minggu kesembilan MLM 2013, kami sudah pun ada beberapa tawaran lakonan, dan ia stau permulaan yang baik dalam karier kami," katanya.

Sumber : Mstar

Friday, January 3, 2014

2013: 10 personaliti/perkara paling berpengaruh dunia hiburan

2013: 10 personaliti/perkara paling berpengaruh dunia hiburan




Pencapaian karier muzik Yuna pada tahun 2013 di persada seni antarabangsa dianggap paling membanggakan.

Kumpulan Jozan yang dianggotai oleh Johan dan Zizan Razak sememangnya layak diangkat sebagai ikon lawak tahun ini.

Read more at: AstroAwani

Saturday, June 25, 2011

Sepah Juara Maharaja Lawak 2011

news @mStar

Sepah Juara Maharaja Lawak, Kongsi RM350,000

Selepas 13 minggu bertanding, akhirnya gelaran juara Maharaja Lawak berjaya menjadi milik kumpulan Sepah apabila mereka memperoleh markah tertinggi, dalam pertandingan tersebut yang berlangsung di Stadium Malawati, di sini malam Jumaat.
#MaharajaLawak

Kemenangan Sepah yang terdiri daripada Mamat, Shuib dan Jep melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM350,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.

Gelaran naib juara pula dimenangi oleh kumpulan Jozan (Johan dan Zizan)dengan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi manakala Nabil mendapat tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM150,000 dan sebuah trofi.

Bagaimanapun, kumpulan Jambu yang dianggotai oleh Yus dan Tauke terpaksa akur dengan kedudukan di tangga keempat. Mereka mendapat wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi. more

SEPAH yang telah dinobatkan sebagai Maharaja Lawak yang pertama!

#MaharajaLawak

Tahniah kepada SEPAH yang telah dinobatkan sebagai Maharaja Lawak yang pertama!




comments: coming soon!

Friday, June 24, 2011

Siapa Yang Bakal Jadi Juara Maharaja Lawak?

Siapa Yang Bakal Jadi Juara Maharaja Lawak?

Program popular di Astro Warna iaitu Maharaja Lawak sudah makin hampir sampai ke penghujungnya. Bermula pada malam ini (24Jun2011), 4 peserta finalis yang masih kekal iaitu Jambu, Sepah, Nabil dan Jozan akan beraksi di pentas terakhir Maharaja Lawak di Stadium Melawati Shah Alam.

Persoalannya, siapakah di antara keempat-empat finalis ini yang akan dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak? Adakah ia bakal menjadi milik Jambu? Sepah? Nabil atau pun Jozan?

Source:
murai

Monday, June 20, 2011

Siapa Juara Maharaja Lawak ?

Siapa Juara Maharaja Lawak ?

Selepas tersingkirnya kumpulan R2 dari program Maharaja Lawak di Dewan Tertutup Majlis Perbandaran Johor Bahru, malam Jumaat, kini Nabil, kumpulan Jozan, kumpulan Sepah dan kumpulan Jambu yang layak ke peringkat akhir.

Kemuncak program yang disiarkan di Astro Warna (saluran 132) itu akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada Jumaat ini.

Tonton preview

Bagi R2, sukar mereka untuk menjangkakan peserta mana yang bakal bergelar juara memandangkan di kalangan mereka semuanya memberikan saingan yang sengit.

“Secara peribadinya, kami tidak dapat menjangkakan peserta yang akan memenangi gelaran juara setelah melihat purata setiap persembahan mereka. Pada kami, mereka semua layak untuk menang.

“Kami berharap mereka yang berjaya ke peringkat akhir dapat melakukan yang terbaik. Setelah menonton persembahan mereka pada malam tadi (Jumaat), mereka memang layak kekal ke peringkat seterusnya,” kata Rahim Mat Ali, 41, ketika dihubungi mStar Online.

Empat peserta yang tinggal itu akan bersaing untuk memenangi hadiah berupa RM300,000 untuk juara, RM200,000 (naib juara) dan RM100,000 (tempat ketiga). more

tonton preview

source:
mStar

Friday, June 3, 2011

'Maharaja Lawak': Zizan & Johan Tidak Bersedia

news @mStar

'Maharaja Lawak': Zizan & Johan Tidak Bersedia

Walaupun pertandingan Maharaja Lawak akan berlangsung malam Jumaat (malam ini), di Penang International Sports Arena, Pulau Pinang , kumpulan Jozan masih lagi belum membuat sebarang persiapan.

Menurut Zizan, ini kerana dia bersama rakannya, Johan tidak mempunyai masa terluang untuk berjumpa dan berbincang mengenai konsep persembahan yang perlu dilakukan.

"Kalau nak tahu, saya belum lagi berkesempatan untuk jumpa dengan Johan. Minggu ini kami terlalu sibuk dengan kerja masing-masing.

"Mungkin kami hanya ada masa beberapa jam sahaja untuk mendapatkan idea persembahan, doakan kami berjaya," katanya yang dihubungi mStar Online di sini, Khamis.

Tambah Zizan, dia dan Johan sudah semakin kehabisan idea dan penyambungan episod Maharaja Lawak sebanyak tiga minggu membuatkan mereka sedikit tertekan.
more

Friday, May 27, 2011

Maharaja Lawak Minggu Ke 8

news @kosmo

Maharaja Lawak Minggu Ke 8


WALAUPUN dibarisi nama-nama besar dalam industri tanah air namun ia belum cukup kuat buat kesemua peserta-peserta Maharaja Lawak bergelar Maharaja apabila setiap peserta seperti ketandusan idea bagi mempersembahkan sesuatu pada minggu kelapan yang lalu.
Jika sebelum ini mereka perlu beraksi mengikut tema yang ditetapkan oleh juri namun apabila diberi kebebasan memilih pengisian persembahan buat diri sendiri membuatkan mereka hilang kebijaksanaan bagi menyampaikan sesuatu yang segar dan baru.

Membuka gelanggang pada malam itu ialah Nabil yang tampil bersahaja dengan menjadikan perkataan-perkataan popular masa kini seperti OMG dan Whatever lengkap dengan slanga Inggeris berbunyi Melayu sebagai pusat jenakanya. Penonton masih mampu untuk ketawa dengan usaha Nabil dan ia turut dipuji oleh Mamat Khalid yang meletakkan persembahan Nabil sebagai satu persembahan yang mempunyai kelas tersendiri. Suasana dewan bertukar riuh rendah apabila pendahulu undian, Jambu mengambil tempat di pentas. Kolaborasi Yus dan Taukeh sememangnya tidak pernah menghampakan penonton dan peminat-peminat mereka. more

Saturday, May 7, 2011

Maharaja Lawak: Peserta Dikehendaki Undi Keluar

Maharaja Lawaknews @mStar

Maharaja Lawak: Peserta Dikehendaki Undi Keluar Saingan Masing-Masing

Peserta Maharaja Lawak yang bertanding malam tadi diberi mandat untuk mengundi keluar mana-mana peserta yang tidak disukai untuk disingkirkan pada minggu hadapan.

Bagaimanapun, sekiranya peserta yang diundi keluar itu mempunyai markah keseluruhan (markah juri dan SMS) tertinggi, mereka tidak akan disingkirkan, melainkan peserta tersebut mendapat kedudukan di tempat kedua dan ke bawah.

Setakat ini Amir mendapat markah terendah iaitu 31 peratus (%), diikuti pula dengan kumpulan Balas (43%) dan Man (51%).

Manakala, kumpulan Jambu mendapat markah tertinggi iaitu 59%, kumpulan Jozan (57%), Nabil (56%) dan kumpulan Sepah (55%).
more


Sunday, April 10, 2011

Kami Mahu Maharaja Lawak Disiarkan Sepenuhnya Di Astro Prima

Kami Mahu Maharaja Lawak Disiarkan Sepenuhnya Di Astro Prima

what Astro will do now? they have 8,552 fans as today/ 10 April 2011 ?

Copied from facebook:

Kami semua adalah peminat dan pengikut program realiti raja lawak yang diterbitkan oleh astro dari musim pertama lagi sehinggalah sekarang. Kami semua berbesar hati sekiranya pihak astro menayangkan rancangan MAHARAJA LAWAK di astro prima sepenuhnya bermula dari episod 1 sehingga ke episod akhir. Kami juga beranggapan dengan tersiarnya rancangan ini di astro prima, rancangan ini akan berjaya menarik lebih ramai lagi pengikut-pengikut setia untuk mengikuti rancangan in dari mula sehingga ke penghujungnya. Kewujudan page ini adalah untuk menunujukkan rasa tidak puas ati kami kepada pihak astro kerana tidak menayangkan terus maharaja lawak sampai ke final di astro prima. Tayang hanya dua episod lepas tu kalau nak tengok kena langgan mustika.

read more