Showing posts with label Tomok. Show all posts
Showing posts with label Tomok. Show all posts

Saturday, March 7, 2015

Comelnya Andrashah, Anak Kedua Tomok

 
 
Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada penyanyi Tomok yang baru sahaja menyambut kelahiran bayi lelaki yang juga merupakan anak keduanya pada Jumaat lalu.

Melalui akaun instagramnya (IG), Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 30, berkongsi sekeping foto bayi comel itu bersama nama yang dipilih iaitu Andrashah Iman.

Kapsyen tersebut berbunyi:

“Assalamualaikunm. Saya nak bagitahu nama saya ni...atas perbincangan ibu dan ayah, saya diberi nama ANDRASHAH IMAN BIN SHAH INDRAWAN.

“Boleh panggil saya Andra. Oklah, saya nak sambung tido.”
tulisnya.

Terdahulu, bayi seberat 3.33 kg itu selamat dilahirkan pada jam 1.34 tengahari (Jumaat) di Prince Court Medical Centre.

Hasil perkongsian hidup Tomok bersama Rahayu Abas, mereka dikurniakan anak sulung lelaki yang diberi nama Arrian Shah Akid.

Di sini Astro Gempak ingin berkongsi beberapa foto comel Andra dan Arrian yang diambil menerusi IG Tomok (Tomokofficial).









 
Sumber: AstroGempak

Wednesday, May 30, 2012

Tomok Dapat Anak Lelaki


news gua.my


KUALA LUMPUR, 29 MEI 2012: Peserta Masterchef Selebriti Malaysia, Shah Idrawan atau #Tomok sah bergelar bapa apabila isterinya, Ayu selamat melahirkan seorang bayi lelaki.

Berita gembira ini telah diumumkan pelantun lagu Bagaikan Bidadari menerusi laman sosial twitter miliknya.
Ayu atau nama sebenarnya, Siti Rahayu Abbas telah selamat melahirkan bayi lelaki itu sekitar jam 6.30 petang tadi.

Ketika dihubungi, Tomok yang masih belum memberikan nama kepada putera sulungnya itu memberitahu menerusi kiriman SMS bahawa anaknya itu dilahirkan seberat 3.33 kg. Pasangan bahagia ini telah melangsungkan perkahwinan pada 1 Julai 2011. more

source:
gua.my

Sunday, July 10, 2011

Video Perkahwinan Tomok

Video Perkahwinan Tomok

Jom sama2 kita tonton perkahwinan Tomok dengan Ayu yang berlalu. Semoga bahagia ke akhirnya.


Saturday, July 2, 2011

Photo: Tomok Dan Rahayu Selamat Bernikah



News @mStar

Tomok Dan Rahayu Selamat Bernikah

Dengan sekali lafaz, penyanyi Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 27, kini sah menjadi suami kepada pramugari Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) Rahayu Abbas, 32, pada pukul 9.30 malam di Dewan Serbaguna AU2 Taman Keramat, Kuala Lumpur, malam Jumaat.

Pasangan ini dinikahkan oleh Pegawai Pentadbir Agama dan Pendaftar Kanan Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Daim Jaluli berwalikan bapa Rahayu, Abas Mohd Saidon.

Rahayu menerima sembilan dulang hantaran termasuklah wang hantaran sebanyak RM12697.11, mas kahwin berjumlah RM300, cincin, sirih junjung, set barang kemas, sepersalinan baju, jam tangan dan beg, set minyak wangi, senakhah Al-Quran, sebiji kek dan Telekung. more

Monday, March 14, 2011

Promo: Tomok expressing love in Cornetto Style!

Say It With Cornetto Style in English!

Bid for Tomok and get a personalised serenade session from him to help express your feelings to your loved one. Say it with Cornetto style and wow your sweetheart! Bidding for Tomok is from 14 – 24 March 2011. Find out how to bid on Facebook!

Bidalah untuk Tomok dan dapatkan sesi dendangan lagu istimewa daripadanya untuk melafazkan cinta kepada teman yang diminati. Lafazkannya dengan stail Cornetto yang pasti menambat hati teman anda! Tempoh bidaan untuk Tomok ialah 14 - 24 Mac 2011. Layarilah Facebook untuk mengetahui cara bidaan!

Check out now !

Wednesday, January 5, 2011

Tomok - Latest Album

Tomok’s new album is out!!! Don’t forget to get his latest album which is out now in stores across Malaysia. Date released: october 2010.

Track list:
01. Berlari
02. Bagaikan Bidadari

03. Kisah Kita

04. Merentas Masa

05. hujan Pagi

06. Semarak

07. Arjuna

08. hati Hanayalah Cawan

09. Pukau

10. Cintaku Di Indonesia

11. Demi Kamu

12. Rindu Terhenti


Preview songs available at : YouTube