Showing posts with label ayai illusi. Show all posts
Showing posts with label ayai illusi. Show all posts

Friday, January 16, 2015

Ayai (Ilusi) Curiga Mahu Tunai Haji Guna Wang Gegar Vaganza


KUALA LUMPUR: Penyanyi Ayai (Ilusi) yang mendapat RM100,000 selepas menjuarai Gegar Vaganza pada mulanya curiga untuk menggunakan wang berkenaan bagi menunaikan ibadah haji bersama isteri.

Ayai atau nama sebenarnya Zaharuddin Kamaruddin , 53, berkata, dia telah meminta kepastian mengenai status wang tersebut sama ada dibolehkan atau tidak bagi tujuan berkenaan.

"Saya bertanya beberapa ustaz di program Pencetus Ummah dan Imam Muda Asyraf tentang perkara ini bagi meminta kepastian kepada mereka yang tingggi ilmu agama Islamnya terlebih dahulu.

"Mereka memberitahu tidak salah kerana ia adalah rezeki yang Allah beri dan dilakukan dengan hasil usaha sendiri serta tidak menyimpang.

“Lirik-lirik dalam lagu yang saya bawakan sepanjang pertandingan juga tidak mempunyai unsur lucah dan mengghairahkan," ujarnya kepada mStar Online.


mStar Default Image
Ayai ketika memenangi Gegar Vaganza pada 4 Januari lalu yang melayakkannya membawa pulang wang tunai RM100,000.
Ayai berkata demikian ketika ditemui pada sidang media dan taklimat program Kilauan Emas musim kelima, di Restoran Fish & Co, Pavilion, di sini Khamis.

Penyanyi itu diumum sebagai juara program akhir Gegar Vaganza yang berlangsung pada 4 Januari lalu di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil sekali gus membawa pulang wang tunai RM100,000 berserta sebuah trofi.

Tambah Ayai, keyakinan yang diberikan oleh beberapa ustaz tersebut membuatkan dia betul-betul tekad melaksanakan ibadah itu pada tahun ini.

Sementara itu, Ayai berkata kehidupanya mula berubah sejak menyertai pertandingan tersebut.

Jadualnya kini padat dengan program bersama Astro serta banyak menerima undangan nyanyian.

"Alhamdulillah kehidupan berubah sedikit selepas menang, pergi pasar pun orang ingin bergambar kalau dulu ketika bekerja di pejabat pun orang tidak tahu saya ini penyanyi.

"Undangan nyanyian pun sudah ada dan aktiviti dengan pihak Astro membuatkan saya terpaksa berulang alik dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur," katanya.

Sumber: Mstar

Monday, January 5, 2015

Keputusan Penuh Pemenang Gegar Vaganza

AYAI bersama trofi dan replika hadiah wang selepas muncul juara Gegar Vaganza, malam tadi. -Foto Mohamad Shahril Badri Saali
BUKIT JALIL: Vokalis kumpulan Ilusi, Ayai, malam tadi muncul juara pertama program realiti Gegar Vaganza yang mula menemui penonton sejak November lalu.
Dengan kemenangan itu Ayai membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, trofi dan berpeluang merakamkan sebuah single.
Beliau yang terharu membuat sujud syukur berikutan kemenangannya itu.
"Ini adalah kemenangan untuk semua penyanyi lain. Saya berterima kasih kepada Astro di atas penganjuran program ini," katanya.

IFA Raziah, Haleeda dan Edry membuat persembahan pada konsert akhir Gegar Vaganza di sini malam tadi. - Foto Adi Safri
Haleeda tempat kedua
Sementara itu, Haleeda menduduki tempat kedua dan membawa pulang wang tunai RM30,000 berserta trofi.
Mamat yang berada di tempat ketiga membawa pulang hadiah RM15,000 dan turut memenangi kategori persembahan terbaik yang dipilih hasil daripada undian khidmat pesanan ringkas (SMS). Kemenangan itu melayakkannya membawa pulang RM5,000.
Tempat keempat menawarkan RM10,000 dimenangi oleh Rahmat Mega, manakala Ifa Raziah di tempat kelima dan Fazli Zainal keenam.
Gegar Vaganza yang menemui penonton pada setiap Ahad jam 9 malam menampilkan 12 penyanyi tempatan yang pernah mencipta nama di persada seni tanah air.
Selain enam finalis berkenaan, Gegar Vaganza turut disertai Shima, Sam Innuendo, Hasnol, Nadia, Adilla dan Sharifah Zarina.

AYAI (tengah) menjuarai Gegar Vaganza pada konsert akhir di Bukit Jalil malam tadi. Haleeda meraih tempat kedua manakala Mamat Exist di tempat ketiga. - Foto Adi Safri

Sumber: Bharian

AYAI ILLUSI - Juara Gegar Vaganza

AYAI ILLUSI - Juara Gegar Vaganza

Keputusan penuh :

6. Fazli Zainal
5. Ifa Raziah
4. Rahmad Mega
3. Mamat Exist
2. Haleeda

Dan JUARA : AYAI ILLUSI