sports @bharian
Populariti Safee Sali dan Pelita Jaya
PENYERANG sensasi terbaru Pelita Jaya FC, Safee Sali buat pengurus dan jurulatih kelab Liga Super Indonesia (ISL) itu pening, bukan kerana persembahannya di atas padang tetapi disebabkan sambutan peminat yang tidak putus-putus ingin merakam gambar kenangan dengan penyerang negara itu.
Populariti Safee yang menjaringkan gol tunggal kemenangan dalam perlawanan pusingan kedua bertemu Sriwijaya FC kelmarin, bukan sekadar di atas padang ketika sesi latihan, malah turut berlarutan ketika menunaikan solat Jumaat di salah sebuah masjid di Karawang kelmarin hinggakan dia diserbu peminat ketika khatib sedang membacakan khutbah.
“Popularitinya kini boleh dikatakan mengatasi pemain lain seperti Cristian Gonzales dan Irfan Bachdim,” kata pengurus Pelita Jaya, Lalu Mara Satriawangsa. “Kadang-kala saya terpaksa menjadi seperti pengawal keselamatannya. more
Sports @mStar
Safee Sali dan Pelita Jaya
Keputusan untuk beraksi bersama kelab luar adalah satu peluang yang dianggap besar kerana menjadi impiannya sejak bergelar pemain bola sepak. Bukan menidakkan liga bola sepak di Malaysia sebagai bagus, tetapi baginya jika ingin mencari lebih pengalaman, perlu keluar menambah ilmu di negara lain.
“Saya sememangnya cukup gembira dan bersyukur kerana impian untuk bermain di luar negara sudah tercapai. Dalam masa sama juga saya agak sedih meninggalkan rakan-rakan seperjuangan dalam pasukan Selangor. Pun pegitu ‘lampu hijau’ yang diberikan oleh pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) ini amat bermakna sekali.
“Sebolehnya saya mahu berkongsi perasaan teruja ini bersama pemain-pemain muda yang lain agar suatu hari nanti mereka turut mendapat peluang untuk beraksi dengan pasukan di luar negara,” katanya kepada Mingguan mStar baru-baru ini. more
Sidang Media: Safee Sali berhijrah ke Pelita Jaya FC
PENJARING terbanyak Piala AFF Suzuki 2010, Safee Sali (gambar) sah bakal meninggalkan skuad Selangor untuk memenuhi impiannya beraksi dalam Liga Super Indonesia (ISL) selepas segala isu berhubung penghijrahannya dimuktamadkan.
Penyerang 26 tahun yang masih memiliki kontrak bersama The Red Giants sehingga akhir musim ini, dikatakan akan berhijrah ke Indonesia dalam tempoh terdekat dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) akan mengadakan sidang media khas untuk mengumumkan perkembangan itu.
Jom kita tengok ulasan tersebut