Showing posts with label Hanis Zalikha. Show all posts
Showing posts with label Hanis Zalikha. Show all posts

Wednesday, March 25, 2015

Hairul Azreen Tidak Muncul Majlis Pertunangan Sendiri ?


PETALING JAYA: Pelakon Hairul Azreen menjelaskan dia sengaja tidak hadir ke majlis pertunangannya dengan Hanis Zalikha yang berlangsung di kediaman aktres itu di Bukit Jelutong dekat sini pada Sabtu lalu.
Hairul, 27, berkata, dia mahu memberi penghormatan kepada keluarganya untuk mewakilinya pada majlis itu selain ingin merasai debaran bergelar tunangan orang.

"Saya memang sengaja tidak pergi masa bertunang malah tidak muncul selepas majlis selesai berlangsung kerana ingin memberi peluang kepada keluarga terutamanya ibu untuk mengenali bakal menantunya lebih dekat.

"Sebelum ini pun saya sudah melamar Hanis dalam sebuah program siaran langsung jadi kali ini biarlah saya diwakili keluarga sahaja," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Ahad.

Pasangan itu bakal melangsungkan pernikahan pada 5 Jun depan manakala majlis resepsi akan diadakan di Hotel Majestic Kuala Lumpur pada 14 Jun.

Tambah Hairul, biarpun tidak menghadiri majlis pertunangannya dia tetap berasa gementar tentang majlis berkenaan dan bersyukur semuanya berjalan lancar.

"Gementar melamar Hanis semasa dalam program Gegar Verganza pun tidak macam ini dan macam-macam yang saya fikirkan.


Ibu Hairul menyarungkan cincin pertunangan di jari Hanis. Foto Ihsan Omaroza.
"Tetapi Alhamdulillah semuanya selesai dan saya harap peminat dapat doakan yang baik-baik untuk kami berdua," katanya.

Dalam pada itu, Hairul berkata, dia sendiri meminta disatukan dengan Hanis pada 5 Jun depan kerana tidak mahu menunggu lama untuk memperisterikan wanita itu.

Jelas Hairul, sebelum melamar Hanis dalam program Gegar Verganza pada Januari lalu, dia sudah bersedia untuk ke alam perkahwinan dan tidak melihat ada sebarang sebab untuk dia melambat-lambatkan perkara yang dituntut dalam agama Islam.

"Sebelum melamar Hanis lagi saya sudah bersedia dari semua segi terutamanya dari segi kewangan dan sebab itu saya berani melamarnya.

"Atas dasar itu juga saya tidak mahu melengah-lengahkan perkara baik dan hanya mengikat tali pertunangan selama tiga bulan sahaja," katanya.

Sementara itu, Hairul berkata, dia kini sibuk menguruskan studionya yang menyediakan set hospital untuk tujuan penggambaran drama dan filem.

Jelas Hairul, setakat ini dia menerima banyak permintaan daripada produksi untuk menggunakan set tersebut dan merancang untuk mengembangkan lagi bisnesnya itu.

"Saya sudah lima bulan tidak berlakon kerana sibuk menguruskan studio saya dan Alhamdulillah permintaan untuk menggunakan set hospital sangat tinggi daripada produksi.

"Malah saya merancang untuk mengembangkan lagi perniagaan itu selain berhasrat melibatkan diri dalam bisnes lain selepas ini," ujarnya.

Sumber: Mstar

Tuesday, March 3, 2015

Hanis Zalikha kini tampil dengan imej baru

Mama dan Daddy sudah lama doa - Hanis Zalikha
Pelakon dan blogger terkenal, Hanis Zalikha kini tampil dengan imej baru selepas memuat naik gambarnya bertudung di laman Instagram
KUALA LUMPUR: Pelakon dan blogger terkenal, Hanis Zalikha kini tampil dengan imej baru selepas memuat naik gambarnya bertudung sebentar tadi di laman Instagram miliknya.

Menerusi kapsyen di Instagramnya, Hanis Zalikha atau nama sebenarnya Hanis Zalikha binti Zainal Rashid menjelaskan sudah lama berlatih bertudung dan mengakui sedikit emosi lebih-lebih lagi menjelang hari pertunangannya tidak lama lagi.

“Dah lama dah practice. Baby steps bila keluar dengan family, dapat pakai tudung so happy. Keluar dengan kawan, dapat pakai tudung so happy. Keluar dengan dia, dapat pakai tudung so happy. Malah terserempak fans got me blushing☺️. Mama Daddy dah lama doa dan hint2. Jadi anak yang baik sebelum jadi isteri yang baik.

“Saya dibesarkan dengan kesabaran dah kasih sayang. Tak sanggup nak dipisahkan dari tanggungjawab mereka tanpa mereka rasa telah selesai didik saya. Terasa sebak sebab inilah dua orang pertama dalam dunia yang telah saya cintai terdahulu sebelum sesiapa. I love you Mama Daddy. It's months away from the wedding but why am I so emotional. Allah Humma Yassir Walaa Tua'sir,” dipetik menerusi laman Instagram Hanis Zalikha.

Foto daripada Instagram Hanis Zalikha

Alhamdulillah dan tahniah buat Hanis Zalikha setelah mengambil keputusan untuk menutup aurat sebelum menjadi seorang isteri. Semoga penghijrahan Hanis menjadi teladan kepada mereka di luar sana. 
 
Sumber: AstroAwani

Tuesday, January 6, 2015

Lamaran Secara Live Hairul Azreen - Hanis Zalikha Dikritik

Lamaran cinta pelakon Hairul Azreen terhadap aktres Hanis Zalikha yang dipertontonkan secara langsung menerusi pentas akhir Konsert GegarVaganza pada Ahad telah mengundang rasa tidak senang hati pelbagai pihak.

Rata-rata pengikut laman sosial meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan pasangan tersebut dan menganggap lamaran aktor itu tidak kena pada tempat.

Malah, juga ada yang menyifatkan perbuatan Hairul itu seakan-akan tidak menghormati acara dan juga penyanyi-penyanyi otai yang bersungguh-sungguh bertanding di konsert akhir GegarVaganza.





Begitu banyak kritikan yang diberikan kepada pasangan itu termasuklah di laman sosial Instaram peribadi mereka.

Kebanyakkan komen tersebut tidak bersetuju dengan tindakan yang diambil oleh aktor tersebut dan berpendapat Hairul sepatutnya terlalu mengikut lamaran budaya barat yang memerlukan jawapan ‘Yes or No’.






Bagaimanapun, Hairul ketika ditemui Astro Gempak berkata sudah bersedia untuk menerima apa sahaja kritikan yang dilemparkan kepadanya.

Hairul sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa hubungannya bersama Hanis Zalikha hanyalah sekadar teman rapat.

Sumber: Astro Gempak