Tuesday, January 6, 2015

Lamaran Secara Live Hairul Azreen - Hanis Zalikha Dikritik

Lamaran cinta pelakon Hairul Azreen terhadap aktres Hanis Zalikha yang dipertontonkan secara langsung menerusi pentas akhir Konsert GegarVaganza pada Ahad telah mengundang rasa tidak senang hati pelbagai pihak.

Rata-rata pengikut laman sosial meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan pasangan tersebut dan menganggap lamaran aktor itu tidak kena pada tempat.

Malah, juga ada yang menyifatkan perbuatan Hairul itu seakan-akan tidak menghormati acara dan juga penyanyi-penyanyi otai yang bersungguh-sungguh bertanding di konsert akhir GegarVaganza.





Begitu banyak kritikan yang diberikan kepada pasangan itu termasuklah di laman sosial Instaram peribadi mereka.

Kebanyakkan komen tersebut tidak bersetuju dengan tindakan yang diambil oleh aktor tersebut dan berpendapat Hairul sepatutnya terlalu mengikut lamaran budaya barat yang memerlukan jawapan ‘Yes or No’.






Bagaimanapun, Hairul ketika ditemui Astro Gempak berkata sudah bersedia untuk menerima apa sahaja kritikan yang dilemparkan kepadanya.

Hairul sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa hubungannya bersama Hanis Zalikha hanyalah sekadar teman rapat.

Sumber: Astro Gempak

0 comments:

Post a Comment