Showing posts with label almy nadia. Show all posts
Showing posts with label almy nadia. Show all posts

Saturday, May 3, 2014

Almy Nadia Menangis Sepanjang Majlis Pernikahan

Aktres Almy Nadia mengakui terlalu gemuruh sehingga menitiskan air mata sepanjang berlangsungnya majlis pernikahannya bersama aktor Fizz Fairuz yang berlangsung di Masjid Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang pada petang Sabtu.

Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, berkata, dia berasa risau sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini memandangkan pelbagai dugaan dan cabaran yang dilaluinya bersama Fizz, 35, sebelum ini.

"Alhamdulillah, kami sangat lega dan gembira akhirnya disatukan bersama. Sukar untuk saya ekspresikan bagaimana rasa perasaan itu.

"Sepanjang majlis pernikahan berlangsung, saya tidak henti-henti menangis. Risau dengan segala kemungkinan yang terjadi," katanya kepada mStar Online yang dihubungi di sini pada Sabtu.
Fizz Fairuz akhirnya disatukan sebagai suami-isteri dengan sekali lafaz.
Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 35, sah bergelar suami kepada aktres Almy Nadia dengan sekali lafaz pada Sabtu dengan mas kahwin sebanyak RM1,001. Fizz turut memberikan Almy wang hantaran  RM20,000.

Pasangan itu telah menjalinkan hubungan cinta selama lapan tahun. Sepanjang tempoh percintaan itu mereka pernah putus dan menjalinkan hubungan semula. Dalam pada itu, Almy turut memiliki seorang anak angkat bernama Nur Afrina Darwisya, berusia lima tahun.

Beritahu Almy, buat masa ini mereka belum mempunyai sebarang perancangan untuk berbulan madu memandangkan masing-masing sibuk dengan kerja lakonan.

"Kami tak rancang apa-apa pun, rancang kahwin sahaja. Yang lain-lain tak terfikir pun sebab Isnin ini Fizz akan sibuk di lokasi penggambaran.

"Yang penting kami dah kahwin. Jadi tiada lagi soalan daripada media mahu pun sesiapa sahaja iaitu bila nak kahwin?" selorohnya.

Majlis resepsi pasangan itu akan berlangsung pada 30 Mei depan di Hotel Vistana, Pulau Pinang.


Sumber: Mstar

Friday, April 25, 2014

Almy Nadia & Fizz Fairuz nikah 26 April ini


Pelakon Almy Nadia bakal menamatkan zaman bujangnya Sabtu ini bersama kekasihnya Fizz Fairuz.
Akad nikah akan berlangsung di Masjid Balik Pulau, Pulau Pinang selepas solat Asar. Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, bersyukur kerana segala persiapan untuk majlisnya itu sudah hampir selesai.

“Kami akan bernikah pada 26 April ini selepas waktu Asar di kampung saya. “Setakat ini, memang tiada apa-apa lagi yang hendak dilakukan memandangkan persiapan saya sudah lakukan sejak dari awal,” katanya seperti yang dilapor oleh Utusan Online.

Ketika ditanya mengenai perasaannya untuk bergelar isteri, Almy memberitahu agak sukar untuk dia berkongsi memandangkan dia masih belum lagi bergelar isteri kepada Fizz.

“Belum rasa apa-apa lagi, mungkin selepas akad nikah itu saya akan kongsi perasaan saya. “Majlis pernikahan ini memang untuk keluarga terdekat dan media sahaja.” ujarnya.

Sebelum ini, pasangan Almy Nadia dan Fizz Fairuz telah mengikat tali pertunangan mereka pada 22 Oktober lalu setelah lapan tahun menyulam cinta.

Sumber: Astro Awani

Monday, February 17, 2014

FIZZ FAIRUZ DAH BERTUNANG, NIKAH ALMY NADIA 30 MEI INI

Setelah 8 tahun menyulam cinta dan mengikat tali pertunangan pada 22 Oktober lalu, Fizz Fairuz akhirnya mengesahkan dia bakal menikahi aktres, Almy Nadia pada 30 Mei ini.

Fizz Fairuz mengumumkan berita gembira memberitahu tersebut ketika ditemui di lokasi penggambaran filem Cicakman 3, di Segi College, Damansara, sebentar tadi.

"Saya harap dengan pengumuman ini menamatkan segala kontroversi yang melanda hubungan kami selama ini," katanya.

Pasangan ini bakal bernikah di kediaman orang tua Almy Nadia yang terletak di Pulau Pinang.

Mereka kemudian akan diraikan dalam majlis resepsi di Hotel Vistana, Pulau Pinang pada 31 Mei iaitu sehari berikutnya.

Manakala majlis menyambut tetamu di sebalah pihak lelaki bakal diadakan pada bulan Jun di Raub, Pahang.

Almy bakal menerima wang hantaran sebanyak RM20,000 pada majlis pernikahannya.

Sumber: Murai