Friday, April 25, 2014

Almy Nadia & Fizz Fairuz nikah 26 April ini


Pelakon Almy Nadia bakal menamatkan zaman bujangnya Sabtu ini bersama kekasihnya Fizz Fairuz.
Akad nikah akan berlangsung di Masjid Balik Pulau, Pulau Pinang selepas solat Asar. Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, bersyukur kerana segala persiapan untuk majlisnya itu sudah hampir selesai.

“Kami akan bernikah pada 26 April ini selepas waktu Asar di kampung saya. “Setakat ini, memang tiada apa-apa lagi yang hendak dilakukan memandangkan persiapan saya sudah lakukan sejak dari awal,” katanya seperti yang dilapor oleh Utusan Online.

Ketika ditanya mengenai perasaannya untuk bergelar isteri, Almy memberitahu agak sukar untuk dia berkongsi memandangkan dia masih belum lagi bergelar isteri kepada Fizz.

“Belum rasa apa-apa lagi, mungkin selepas akad nikah itu saya akan kongsi perasaan saya. “Majlis pernikahan ini memang untuk keluarga terdekat dan media sahaja.” ujarnya.

Sebelum ini, pasangan Almy Nadia dan Fizz Fairuz telah mengikat tali pertunangan mereka pada 22 Oktober lalu setelah lapan tahun menyulam cinta.

Sumber: Astro Awani

Related Posts:

  • Awal Ashaari, Scha kahwin hujung tahun depanAwal, Scha kahwin hujung tahun depan Pelakon dan juga pasangan serasi, Awal Ashaari serta Scha Al Yahya bakal mengakhiri zaman solo masing-masing apabila sepakat membuat keputusan melangsungkan hari bahagia pada hujung tahun… Read More
  • Photo: Pernikahan Faezah Elai & Heykal HanafiahPhoto: Pernikahan Faezah Elai & Heykal Hanafiah Pelakon Faezah Elai telah sah bergelar isteri buat pengarah drama, Heykal Hanafiah dalam majlis penuh gilang gemilang, sekitar pukul 3.30 petang tadi . Heykal Hanafi… Read More
  • Yuna, Qi Belum Sedia Jadi Suami Isterinews @mStar Yuna, Qi Belum Sedia Jadi Suami IsteriPenyanyi dan komposer, Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna belum merancang untuk membawa hubungan percintaannya dengan pelakon dan pengacara, Qusyairi atau Qi … Read More
  • Kim Kardashian Wedding Photos Fetch $1.5 MillionKim Kardashian Wedding Photos Fetch $1.5 Million People magazine has paid $1.5 million for the exclusive photos from reality star Kim Kardashian's wedding to really, really tall NBA star Kris Humphries. Add in the $300,000… Read More
  • Mamat Sepah kahwin tahun depan?news @utusanmalaysia Mamat Sepah kahwin tahun depan? ANGGOTA kumpulan Sepah, Mamat yang kini sedang menjalin hubungan intim bersama pelakon baru, Fida tidak menolak jika ditakdirkan ditemukan jodoh dengan pasa… Read More

0 comments:

Post a Comment