Tuesday, April 22, 2014

Zain Saidin Enggan Tahu Jantina Anak


Pelakon Zain Saidin tidak mahu mengetahui apakah jantina anak yang sedang dikandungkan oleh isterinya, Rozita Che Wan apabila wanita itu membuat imbasan kandungannya nanti.

Zain, 30, berkata, dia mahu perkara itu menjadi satu kejutan kepadanya biarpun isterinya teruja untuk mengetahui jantina anak mereka.

"Saya terima dengan rasa syukur tidak kira apa anak yang bakal lahir itu nanti lelaki atau pun perempuan kerana yang lebih penting isteri dan anak kami nanti selamat dan sihat.

"Tetapi jika diberi pilihan saya mahukan anak lelaki dan isteri pula mahukan sebaliknya," katanya kepada mStar Online.

Zain dan Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Cik Ta ditemui ketika pelancaran dan pelantikan mereka sebagai duta MV Bistro & Kafe di The Strand Kota Damansara di sini, Sabtu.

Bagaimanapun kata Zain, Rozita tidak sabar untuk mengetahui jantina anak mereka dan kebarangkalian sukar untuk perkara itu dirahsiakan.

"Apabila isteri tahu mengenai jantina anak kami pasti saya akan tahu juga akhirnya kerana dia akan membeli barangan mengikut jantina bayi itu nanti," katanya. baca artikel penuh

Sumber: Mstar

Related Posts:

  • "Belum Pasti Che Ta Hamil" - Zain Saidin Selepas mendirikan rumah tangga hujung tahun lalu, pelakon cantik, Rozita Che Wan ada menyuarakan hasrat untuk menimang cahaya mata dengan segera.  Malah, perasaan itu semakin bertambah saat mengetahui Didie Alias se… Read More
  • Liyana Jasmay Selamat Lahirkan Bayi Perempuan Pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay, 26, selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.9 kilogram pada pukul 7.40 malam, pada Isnin. Ibunya, Datin Habsah Simpon berkata, Liyana yang kini berada di Pusat Perubatan Prince Cou… Read More
  • Didie Alias selamat lahirkan bayi lelaki Pelakon dan pelawak, Didie Alias telah selamat melahirkan bayi lelakinya pada jam 3.35 pagi tadi di Pusat Pakar Universiti Malaya, Petaling Jaya. Wajah ceria pelakon era 80an bersama anaknya itu telah dikongsi bersama o… Read More
  • Fasha Sandha Sah Hamil Anak Kedua Berita kehamilan Fasha Sandha akhirnya terjawab apabila pelakon ini mengesahkan dirinya kini sedang hamil anak kedua. "Saya terima rezeki yang Allah berikan ini walaupun ada yang mengatakan jarak anak kedua ini terlalu d… Read More
  • Zain Saidin Enggan Tahu Jantina Anak Pelakon Zain Saidin tidak mahu mengetahui apakah jantina anak yang sedang dikandungkan oleh isterinya, Rozita Che Wan apabila wanita itu membuat imbasan kandungannya nanti. Zain, 30, berkata, dia mahu perkara itu menjadi… Read More

0 comments:

Post a Comment