Sunday, April 20, 2014

Fahrin Ahmad Sasaran Gay ?

Pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad akui pernah didekati kaum sejenis yang mahu menjalinkan hubungan songsang dengannya. Fahrin berkata lebih ekstrem lagi, apabila dia pernah menerima gambar separuh bogel yang berunsur seks daripada kaum sejenisnya.

"Sebenarnya stigma yang mengatakan saya ni seorang gay sudah lama, malah saya rasa ianya normal bagi setiap selebriti. "Lebih teruk lagi, saya pernah diganggu oleh seorang lelaki yang menghantarkan gambar separuh bogel ke talian saya. "Saya boleh terima kalau mereka hanya mahu berkawan tetapi jika ianya melampaui batas seperti menghantarkan gambar berunsur seks begitu, saya tidak boleh mendiamkan diri dan terus bertindak untuk blocked nombor mereka serta merta," ujar Fahrin.

Fahrin ditemui selepas sidang media Anda Boleh Jadi Jutawan oleh Power Root di Hotel One World baru-baru ini. Fahrin berkata mungkin salah satu faktor stigma itu timbul kerana dia masih lagi berstatus bujang.

"Nak kata sebab saya belum kahwin, tak jugak kerana saya perkara ini normal bagi semua lelaki.
"Kalau mereka ingat saya ni gay memang mengarutlah. Itu je yang boleh saya katakan," jelasnya.


Mengulas mengenai statusnya kini, Fahrin memberitahu dia tidak terdesak untuk berkahwin dan masih belum ada teman.

"Buat masa sekarang ni saya boleh kata saya tidak mencari dan tak menunggu sesiapa untuk berkahwin.

"Saya tak mahu terlalu memikir tentang kahwin kerana terlalu sibuk dengan kerja dan aktiviti harian,"luahnya mengakhiri perbualan. --- Astro Gempak

Sumber: Astro Awani

Related Posts:

  • Miley Cyrus gets inked for the gays ?Miley Cyrus gets inked for the gays ? Miley Cyrus has gone on record in support of gay rights in the past, but this time she went with a decidedly more permanent statement. Last Friday, the singer tweeted a photo of h… Read More
  • Walaupun Gay, Ricky Martin Tetap Digilai WanitaGossip @murai Walaupun Gay, Ricky Martin Tetap Digilai Wanita Biarpun sudah mengaku dirinya adalah gay dan sedang menjalinkan hubungan dengan seorang pemain saham bernama Carlos Gonzalez Abella, namun penyanyi Latin… Read More
  • ELLEN PAGE AKUI DIRINYA GAY! Dalam satu sidang media baru-baru ini, Ellen Page yang pernah muncul dalam filem Juno pada 2007 telah membuat pengakuan bahawa dirinya gay. "Saya berada di sini pada hari ini kerana saya gay. Saya sudah penat bersembunyi d… Read More
  • Azhael AF2013 Dituduh Lelaki Lembut? Kumpulan Azheal mengakui kritikan paling teruk yang pernah diterima mereka selepas keluar dari program Akademi Fantasia 2013 (AF2013) adalah dituduh sebagai lelaki lembut atau gay. Bagaimanapun, Azheal yang dianggotai oleh… Read More
  • Azwan Ali Papar Dunia Pondannya Dalam Bukugossip @murai Azwan Ali Papar Dunia Pondannya Dalam Buku Selepas setahun menanti, akhirnya buku luahan rasa tentang perjalanan hidup selebriti dan pengacara kontroversi bernama Azwan Ali selama lebih 21 tahun ba… Read More

0 comments:

Post a Comment