Showing posts with label Radhi OAG. Show all posts
Showing posts with label Radhi OAG. Show all posts

Sunday, April 6, 2014

Ayu & Keluarga Bantu Pulihkan Masalah Dadah Radhi (OAG)


Penyanyi Radhi (OAG) amat bersyukur bertemu jodoh dengan Nur Shahira Ayu Zahiri, 20, kerana mempunyai semangat tinggi dalam membantunya mengubah hidup untuk   bebas daripada najis dadah.

Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali, 37, berkata, sejak berkenalan dengan Ayu, dia yakin wanita muda itu mampu menjadi tulang belakangnya dalam segala hal.

"Kalau nak tahu, saya masuk ke Pusat Pemulihan Pengasih pun kerana Ayu. Kata-katanya pada saya ketika itu telah membuka mata dan hati untuk terus memulihkan diri.

"Alhamdulillah selepas setahun, saya hampir sembuh dan sehingga kini Ayu menjadi tulang belakang saya untuk bersih daripada dadah," katanya. baca artikel penuh

sumber: Mstar

Saturday, April 5, 2014

Selamat Pengantin Baru Radhi & Ayu!


Tahniah diucapkan kepada vokalis kumpulan OAG, Radhi yang dengan sekali lafaz telah sah bergelar suami kepada kepada Nur Shahira Ayu Zahiri atau Ayu, sekitar jam 10.30 pagi tadi.

Majlis pernikahan ini telah berlangsung di masjid Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Radhi telah dinikahkan oleh Imam Besar Masjid Negeri, Mohd Firdaus Subhi. Dalam majlis ini, Ayu telah menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan hantaran sebanyak RM30,000.

Pengantin perempuan telah menerima 12 dulang hantaran dan dibalas dengan 14 dulang buat pihak lelaki. Dalam pada itu, majlis resepsi pula akan diadakan selapas Hari Raya Aidilfitri nanti.

Sumber: Media Hiburan