Showing posts with label shila amzah. Show all posts
Showing posts with label shila amzah. Show all posts

Thursday, April 24, 2014

Shila Amzah Buat Konsert Di Dua Negara


Buat julung kalinya, penyanyi Shila Amzah mengumumkan akan  mengadakan Konsert Cinta Shila Amzah yang akan berlangsung di Malaysia dan China.

Konsert Cinta Shila Amzah di Malaysia akan diadakan pada 13 September 2014 di Mega Star Arena, Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur. Manakala konsert untuk peminatnya di Shanghai, China akan diadakan lebih awal iaitu pada 16 Ogos 2014.

Dalam pada itu, konsert ini akan menggunakan sepenuhnya produksi Malaysia di mana Jennifer Thompson akan bertindak sebagai penerbit konsert dan Helen Yap pula dilantik menjadi pengarah muzik.

Berkonsepkan cinta, konsert ini dianjurkan oleh Mega Ultimate dan Shila Amzah Entertainment dan peminat bakal dihiburkan dengan lagu-lagu bertemakan cinta dari album Shila Amzah dan lagu-lagu daripada penyanyi lain.

Tiket Konsert Cinta Shila Amzah bakal dijual tidak lama lagi dengan harga 1/VIP : RM268 3/PSI: RM138 4/PS2: RM88 (Harga tiket tidak mengandungi RM3 yuran pentadbiran).

Sumber: Media Hiburan

Saturday, April 19, 2014

Shila Amzah : ND Lala Komen Isu Berseluar Ketat Di China


Bapa kepada penyanyi Shila Amzah iaitu ND Lala mengambil tanggungjawab sepenuhnya ke atas insiden anaknya itu dikatakan berpakaian  tidak sesuai sebagai seorang wanita Muslim dalam sebuah program televisyen di Beijing, China baru-baru ini.

ND Lala berkata, sebagai manusia, anaknya itu tidak terlepas dalam melakukan kesilapan selain berpendapat kejadian itu berlaku secara tidak sengaja.

"Rakaman program itu dibuat pada pukul 1.30 pagi apabila pihak penerbit ingin menambah sebuah lagi lagu untuk dinyanyikan Shila itu dan anak saya bersetuju untuk berbuat demikian.

"Bagaimanapun timbul masalah pakaian kerana baju yang dibawa telah digunakan pada persembahan lain dan jika mahu kembali ke hotel bagi mengambil pakaian, ia memakan masa selama satu jam.

"Jadi kami memilih pakaian disediakan produksi dan seluar yang dipakai Shila bukan 'legging' seperti didakwa cuma warnanya sahaja  tidak sesuai untuk wanita berhijab sepertinya," katanya.

ND Lala ditemui pada sidang media Konsert Cinta oleh Shila Amzah di Menara Kuala Lumpur di sini, Jumaat.

Konsert itu bakal berlangsung  di Shanghai,China pada 16 Ogos depan manakala peminat di Malaysia akan dihiburkan pada 13 September 2014.

Persembahan di Kuala Lumpur akan diadakan di Mega Star Arena di sini pada pukul 8 malam.

ND Lala mengulas mengenai komen negatif yang diterima Shila apabila tampil dengan gaun pendek dengan seluar  ketat dari rona kulit yang kelihatan seolah-olah penyanyi itu mendedahkan auratnya biarpun bertudung.

Dalam pada itu, Shila yang turut hadir ke sidang media itu berkata, dia semakin selesa menetap di Beijing dan ia telah mematangkan pemikirannya selain mampu berdikari dengan baik.

Kata Shila, penguasaan bahasa Mandarin yang dipelajari juga semakin baik dan dia kini lebih yakin untuk bertutur dengan orang lain menggunakan bahasa itu.

"Semua yang berlaku cukup pantas tetapi saya bersyukur kerana dapat belajar pelbagai perkara daripada pengalaman tinggal di luar negara.

"Biarpun bukan mudah untuk mengadaptasi budaya luar serta bahasa mereka tetapi saya kini lebih kuat dan dapat mengharunginya dengan baik," katanya.

Pada sidang media berkenaan yang turut dihadiri oleh wakil media dari akhbar Cina, Shila menjawab soalan mereka dengan fasih dalam bahasa Mandarin.

Sementara itu, bercakap mengenai konsert sulungnya itu, Shila berkata, dia tidak berniat untuk membelakangkan peminatnya di Malaysia apabila mengadakan persembahan di Shanghai terlebih dahulu.

"Ini adalah impian saya yang akhirnya bakal terlaksana. Biarpun akan mengadakan konsert di Shanghai terlebih dahulu namun saya berjanji akan memberikan persembahan paling istimewa buat peminat di Malaysia nanti," katanya.

Tambah Shila, dia juga berbangga apabila kedua-dua konsertnya itu nanti akan menggunakan tenaga sepenuhnya produksi Malaysia di mana Jennifer Thomson dan Helen Yap akan bertindak sebagai penerbit konsert.

Malah katanya, dia juga akan menyampaikan lebih 20 buah termasuk lagu-lagu berbahasa Malaysia, Mandarin dan Inggeris. Katanya lagi, dia juga akan menampilkan penyanyi bertaraf antarabangsa dalam konsert itu  sebagai tetamu undangan.

"Siapa artis jemputan saya tidak boleh beritahu sekarang dan peminat kena tunggu pada hari persembahan," jelasnya.

Konsert Cinta Shila Amzah diterbitkan oleh Mega Ultimate Sdn Bhd dengan kerjasama Shila Amzah Entertainment Sdn Bhd. Tiket dijual pada harga RM268, RM138 dan RM88. Shila akan mengumumkan tarikh penjualan tiket dalam sidang media khas yang akan diadakan pada Mei depan.

Sumber: Mstar

Sunday, April 6, 2014

Pakaian Shila Amzah Dikecam Peminat


Penyanyi Shila Amzah yang kini sedang bersaing dalam sebuah program realiti nyanyian di China sekali lagi mendapat perhatian ramai apabila pakaian yang dikenakan dilihat tidak bersesuaian dengan imej yang dibawanya.

Pelantun lagu 'Masih Aku Cinta' ini telah tampil pelik dengan  skirt pendek bersama 'legging' warna kulit yang menampakkan seakan-akan dia hanya memakai skirt sahaja ketika tudung masih sempurna di kepala

Diharapkan Shila boleh mempelajari sesuatu daripada perkara ini sekali gus boleh tampil dengan imej yang lebih sopan pada masa hadapan seiring dengan bakat yang dimilikinya.

Sumber: Media Hiburan

Saturday, April 5, 2014

I Am A Singer: Shila Amzah Rangkul Tempat Ke-3


Penyanyi Shila Amzah sekali lagi mengharumkan nama negara apabila dia berjaya mendapat tempat ketiga pada pertandingan akhir I Am A Singer 2014 yang berlangsung di Changsha, China, malam Jumaat.

Juara program itu pula dimenangi oleh  Han Lei dari China manakala naib juara disandang oleh penyanyi Hong Kong iaitu G.E.M.

Pada pertandingan akhir program yang disiarkan secara langsung menerusi HunanTV Channel itu, Shila bersaing dengan empat lagi peserta termasuk rakan senegara Gary Chaw, Zhang Jie (China), Phil Chang (Taiwan) dan Zhou Bichang (China).

Bagi pusingan pertama, Shila berduet dengan penyanyi China, Huang Qishan menerusi lagu When You Believe nyanyian asal Whitney Houston dan Mariah Carey.

Shila pernah menjuarai pertandingan Asian Wave 2012

Pada pusingan kedua pula Shila beraksi solo dengan menyampaikan lagu popular KPop berjudul Mama nyanyian Exo-M.

Sebelum mara ke pusingan akhir, Shila menyertai program berkenaan pada minggu ketujuh (21 Februari lalu) dengan menyampaikan lagu Xiang Ni De Ye dan mendapat tempat kedua.

Kemudian penyanyi itu meneruskan saingan minggu kelapan menerusi lagu Zui Chang De Dian Ying dengan kedudukan tempat keempat, minggu kesembilan dengan lagu Listen (tempat ketiga) dan minggu ke-10 dengan lagu Forever Love (tempat ketiga).

Terdahulu, Shila pernah menjuarai pertandingan Asian Wave 2012  yang berlangsung di Shanghai, China.

Sumber: Mstar

Friday, April 4, 2014

I Am A Singer: Shila Amzah Berjaya Jadi Finalis

I Am A Singer: Shila Amzah

Penyanyi Shila Amzah berjaya menjadi finalis pertandingan I Am Singer yang akan berlangsung di Hunan, Changsha, China pada Jumaat (hari ini).

Ia merupakan satu sejarah kerana Shila, 24, merupakan artis Melayu pertama yang menyertai acara itu sejak diperkenalkan pada tahun lalu.

Dalam pertandingan tersebut, tiga peserta dari China berjaya mara ke peringkat akhir manakala Shila bersama Gary Chaw mewakili Malaysia.

Hong Kong dan Taiwan masing-masing seorang peseta.

“Saya telah melakukan persiapan yang secukupnya untuk persembahan saya pada malam final ini. Saya berharap rakyat Malaysia dapat mendoakan kejayaan saya  dan saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang tidak henti menyokong saya sejak saya bergelar sebagai seorang penyanyi,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Khamis.

Pertandingan itu akan berlangsung pada pukul 8 malam (8 malam waktu Malaysia).

Kata Shila, dia  diberi arahan untuk bersedia dengan dua buah lagu di mana pada pusingan pertama dia akan berduet bersama seorang penyanyi luar.

Jika berjaya mendapat tempat antara lima tertinggi, dia akan mara ke pusingan kedua dan akan membuat persembahan secara solo sebelum peminat diberi ‘kuasa’ untuk membuat undian bagi memilih juara.


Shila turut mencipta kebolehan luar biasa apabila terpilih ke peringkat akhir I Am Singer sedangkan beliau menyertai acara berkenaan ketika minggu ketujuh iaitu  pada Februari lalu.

Pada persembahan pertamanya,  dia telah mendendangkan lagu Xiang Ni De Ye yang bermaksud Di Kala Malam, Ku Merindui Mu di mana lagu tersebut telah melonjakkan namanya dalam pertandingan itu sehingga membolehkan dia mendapat tempat kedua.

Lebih membanggakan pada minggu kesebelas popularitinya melonjak dan dia berjaya meraih tempat pertama selepas mempersembahkan lagu Rolling In The Deep nyanyian Adele.

Pada pertandingan itu tahun lalu, peserta dari China iaitu Yu Quan dipilih sebagai juara.

Orang ramai boleh mengundi Shila dengan melayari  http://vote.weibo.com/vid=2578278

Source: Mstar

I Am A Singer: Shila Amzah duduki tangga tercorot

Penyanyi bertaraf antarabangsa, Shila Amzah telah mengejutkan ramai pihak terutama para peminatnya apabila menduduki tangga keenam pada minggu ke-12 dalam program nyanyian berbentuk realiti di China.


Shila yang cantik memakai busana berwarna hijau lumut itu telah menyampaikan lagu berjudul "Yang Chong" dilihat berjaya menyampaikan emosi lagu itu sehingga para penonton terpukau dengan persembahannya.

Kedudukannya dalam program terbitan Hunan TV itu dilihat jatuh merundum kerana pada minggu sebelumnya dia telah menduduki tangga pertama apabila mempersembahkan lagu nyanyian Adele yang berjudul "Rolling In The Deep" dengan begitu menarik sekali.

Dalam pada itu, ramai berpendapat bahawa kemungkinan Shila diboikot berikutan ketidakpuasan rakyat China terhadap insiden MH370.

"Shila tetap akan meneruskan perjuangannya di sana dan tetap optimis untuk mengharumkan nama negara. Ketika insiden MH370 berlaku, Shila tetap dilayan baik oleh peminatnya disana," jelas Fauziah Sharman, ibu Shila kepada Harian Metro.

Sementara itu, peminatnya di Malaysia rata-rata melahirkan perasaan terkilan apabila melihat penampilan Shila yang dikatakan agak tidak menepati kriteria pakaian wanita yang bertudung dalam satu program hiburan di stesyen televisyen yang sama.

Pemakaian legging yang seakan warna kulit itu dilihat agak tidak bersesuaian kerana kelihatan Shila seperti tidak memakai apa-apa selain gaun paras lutut berwarna biru.

Pengurus Shila Di China, Ong Peng Chu turut menjelaskan bahawa ada pihak sengaja membuat cerita kononnya Shila hanya memakai gaun sahaja dan tidak memakai legging. Para peminat boleh menyaksikan sendiri kesahihan dengan menyaksikan program itu yang telah dimuat turun di laman YouTube.

Beliau turut menambah, Shila kini sedang sibuk membuat persiapan menjelang pusingan akhir dan ia bukan mudah kerana terpaksa bersaing dengan bintang hebat di sana.

Sumber: tupai.com.my

Sunday, March 30, 2014

MH370: Artis Malaysia Diminta Tidak Balas Tohmahan Artis China


Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez berharap artis-artis negara ini tidak membalas segala tomahan yang dilemparkan oleh artis-artis negara China yang melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kerajaan Malaysia berhubung insiden pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

Freddie berkata, pihaknya kesal dengan tuduhan liar beberapa selebriti negara republik itu yang mempersoalkan ketelusan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang membabitkan pihak berkuasa negara ini.

"Saya sangat kecewa dengan tindakan beberapa selebriti popular China melalui laman sosial mereka yang mengecam dan mempersoalkan tindakan Malaysia mengendalikan proses mencari pesawat MH370 yang hilang di Lautan Hindi.

"Mereka juga tidak sepatutnya mempengaruhi dan meminta rakyat negara itu memboikot artis Malaysia yang mencipta nama di sana," katanya kepada mStar Online  di sini, Jumaat.

Tambah Freddie, tragedi yang menimpa pesawat MH370 adalah merupakan satu kejadian yang tidak dijangka.

Katanya, mereka seharusnya berfikir secara rasional dan bersama-sama bersimpati terhadap kejadian ini.

"Bukan rakyat China sahaja yang menimpa musibah ini, sebaliknya penumpang lain daripada beberapa negara turut sama terlibat, ia adalah satu kemalangan dan semua pihak tidak perlu menyalahkan sesiapa.

"Saya berharap artis Malaysia tidak bertindak membalas serta mengeruhkan lagi keadaan yang akhirnya akan menjejaskan hubungan dua negara terutamanya dalam industri hiburan," katanya.

Terdahulu, sebuah akhbar di  China iaitu Beijing Youth Daily pada Selasa melaporkan beberapa selebriti kelahiran negara itu antaranya aktor Liu Ye dan Yang Lan menyelar tindakan kerajaan Malaysia yang dikatakan memyembunyikan maklumat mengenai MH370 selain mempersoalkan misi mencari dan menyelamat  yang dijalankan oleh negara.

Penyanyi Shila Amzah yang popular di negara berkenaan turut terkena tempias akibat sikap tidak professional segelintir artis berkenaan.

Sumber: Mstar

Saturday, March 29, 2014

#MH370 : SHILA AMZAH DIKECAM DI CHINA?


Disebabkan kemarahan China ke atas Malaysia berikutan rasa tidak puas hati mereka terhadap kenyataan yang dibuat pihak kerajaan bahawa pesawat itu telah terhempas di lautan Hindi selepas berhari-hari operas mencari dan menyelamat dilakukan, tempiasnya turut terkena pada Shila Amzah yang kini masih berjuang dalam program realiti, I Am A Singer terbitan Hunan TV di China.

Begitu juga dengan beberapa penyanyi Malaysia yang terkenal di sana khususnya Fish Leong dan Gray Chaw. Pelbagai kata nista yang telah dilemparkan terhadap anak seni kelahiran tempatan ini termasuklah gelaran pembunuh.

Prihatin dengan sentimen segelintir masyarakat China yang sedang marah kerana beranggapan Malaysia sengaja menyembunyikan fakta sebenar tentang tragedi yang menimpa #MH370 serta tidak percaya bahawa bahawa pesawat itu telah terhempas di lautan Hindi, Sheila Amzah telah menaikkan posting di laman Isntagram peribadinya yang berbunyi: "“MH370 is not my fault...I'm very sorry, please.”

Kenyataan balas Shila Amzah berhubung isu kecaman segelintir masyarakat China ini nampaknya telah mendapat respon 14 ribu peminatnya yang rata-rata adalah daripada negara China sendiri.

Kebanyakan mereka meminta Shila Amzah supaya bertenang dan jangan risau kerana tidak semua masyarakat China yang mengecamnya. Malah, mereka juga memberitahu bahawa mereka memahami apa yang berlaku itu adalah satu tragedi dan ianya bukan salah Shila sama sekali.

Bukan setakat itu saja, mereka juga memberitahu bahawa mereka akan sentiasa menyokong Shila dan berharap Shila tidak akan patah semangat (bukan patah seribu ya) untuk terus melebarkan bakat dan kerjaya seninya di negara republik tersebut.

Sumber: Murai

Friday, February 21, 2014

Shila Amzah Sedia Gegar China Sekali Lagi

Shila Amzah

Selepas menjuarai pertandingan 'Asian Wave 2012', penyanyi Shila Amzah sekali lagi menguji kemampuannya dengan menyertai program realiti terbaru berjudul 'I Am a Singer' di China.

Menerusi akaun Instagram Shila dan akaun yang dibuat khas oleh peminatnya, beberapa gambar poster telah dimuat naik di samping cara-cara untuk menonton rancangan itu menerusi pelbagai saluran yang disediakan.
"Bagi pengguna komputer riba atau komputer, anda boleh layari http://www.fengyunzhibo.com/tv/hunanweishi.htm. Ia akan disiarkan pada Jumaat, jam 8 malam.


"Jadi tak ada alasan untuk menonton persembahan Shila dalam 'I am a Singer'. Terima kasih kerana memberi sokongan," tulis Shila menerusi akaun Twitternya.

Sumber: mediahiburan

Tuesday, January 28, 2014

Fesyen Artis Pada Acara Karpet Merah AJL 28

ACARA karpet merah sesebuah anugerah tidak lengkap sekiranya ia tidak diserikan dengan penampilan artis-artis dengan gaya tersendiri. Tidak ketinggalan, Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada malam Ahad lalu. Bersesuaian dengan temanya, Game On! barisan artis tampil dengan busana yang ada di antaranya mengikuti tema dan selebihnya mengikut keselesaan masing-masing.

Tampil mengadakan persembahan pembukaan AJL 28, penyanyi yang sedang mencipta nama di Shanghai, China, Shila Amzah memilih pakaian rekaan Raffiey Nasir pada malam tersebut.



Memilih warna hitam dan putih, Shila berjaya menzahirkan konsep Game On! dan masih kelihatan sopan sesuai dengan imejnya yang bertudung. But tinggi berwarna hitam melengkapkan imej wanita tersebut supaya kelihatan anggun dan berkeyakinan.


Sesuai dengan status Diva, Ziana Zain tampil anggun dengan pakaian rekaan Rizman Ruzaini dari rona kuning air dengan solekan tipis menaikkan lagi gaun yang dipakai oleh penyanyi itu.


Walaupun kelihatan sedikit berisi, Ifa Raziah tampil berani dengan pakaian dari butik Versace dengan warna terang sesuai dengan imejnya yang sentiasa ceria. Disesuaikan dengan kasut dari rona sama, Ifa turut melengkapkan gayanya dengan tas tangan saiz sederhana pada malam itu.


Pelakon drama bersiri Projek Memikat Suami, Sherry Ibrahim pula memilih Wan Pa dengan berinspirasikan Barbie bagi menepati tema pakaian malam itu. Mengekalkan kesederhanaan dalam berpakaian, Sherry turut memilih tas tangan dari rona gelap dan kasut berwarna perak untuk berjalan di karpet merah.


Sementara itu, pelakon Yana Samsudin mengambil inisiatif untuk mengitar semula pakaian daripada koleksi peribadinya dan menambah aksesori yang dibeli berasingan untuk tampil menawan pada malam itu.


Hanis Suraya pula tampil ringkas dengan busana berwarna hijau dipadankan dengan tas tangan berwarna merah. Perhatian yang diberikan kepada solekan dan gaya rambut menaikkan penampilan pelakon itu.


Finasil AJL 28, Alyah tampil cukup ringkas namun cukup elegen dalam persalinan rona hijau pucuk pisang dipadankan dengan tudung berwarna hitam.


Baharu bergelar isteri, penyanyi Farawahida memilih Jimmy Couture menerusi gaun daripada kain lace berwarna cokelat cukup anggun.

sumber: Mstar

Sunday, January 19, 2014

Shila Amzah tercalon dalam World Music Awards

Penyanyi bertaraf antarabangsa, Shila Amzah sekali lagi tercalon dalam anugerah berprestij World Music Awards pada tahun ini.

Menurut laporan dari Sinar Harian, ini merupakan kali kedua tercalon dalam anugerah ini di mana sebelum ini Shila pernah tercalon dalam kategori Best Female Artist dan Best Entertainer of The Year.

Jika sebelum ini Shila hanya mendapat dua pencalonan sahaja, namun untuk anugerah pada tahun ini, Shila tercalon untuk lima kategori, WMA termasuklah World's Best Live Act, World's Best Song dan World's Best Video, Best Female Artist dan juga Best Entertainer of The Year.

Dalam pada itu, Shila bakal bersaing dengan artis hebat antarabangsa lain termasuk Kelly Clarkson, Adele, Shakira, Alex Hepbum, Avril Lavigne, Britney Spears, Alicia Keys, Beyonce, Bruno Mars, Kanye West dan ramai lagi.

Selain Shila, Datuk Siti Nurhaliza, Afghan, Agnes Monica, Ariel dan Datuk Rossa adalah antara artis Asia lain yang turut tercalon dalam WMA kali ini.

Thursday, September 27, 2012

Hikmah Bertudung, Masyarakat China Sanjung Shila Amzah

Hikmah Bertudung, Masyarakat China Sanjung Shila Amzah


Juara pertandingan Asian Wave 2012, Shila Amzah menjelaskan keputusannya memakai tudung memberi hikmah yang cukup besar apabila dia diterima dengan baik oleh masyarakat China selepas menjadi juara Asian Wave 2012.

Shila berkata, dia sangat terharu dengan penerimaan peminat di negara itu ketika menyertai pertandingan tersebut kerana mereka benar-benar menghormati imejnya sebagai wanita Islam.

"Ternyata dalam setiap tindakan yang kita lakukan akan ada ganjarannya dan saya melihat hikmah kerjaya dan rezeki saya terbuka luas di negara orang sebagai satu nikmat yang besar.

"Malah saya dikenali di China kerana imej bertudung dan ia cukup menggembirakan saya," ujarnya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Rabu.

more: mstar

Saturday, September 22, 2012

Shila Amzah menjuarai pertandingan Asian Wave 2012

Shila Amzah menjuarai pertandingan Asian Wave 2012



Pelakon Sharnaaz Ahmad memuji penyanyi Shila Amzah dan menganggap dia layak diangkat sebagai juara pertandingan Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai, China pada malam Khamis lalu.

Sharnaaz, 27, berkata, kejayaan tersebut adalah ganjaran Tuhan atas kerja keras Shila selepas 12 tahun bergelar artis serta kesungguhannya membuat persiapan termasuk mempelajari bahasa Mandarin sebelum menyertai pertandingan itu.

Pada peringkat akhir Asian Wave 2012 itu, Shila berentap dengan 12 penyanyi termasuklah finalis dari China, Korea Selatan, Singapura, Thailand dan India.

Video:


Shila yang juga anak kepada penyanyi dan pelakon 80-an, ND Lala berjaya memukau juri dan penonton dengan kekuatan vokalnya mendendangkan lagu Gemilang nyanyian asal Jaclyn Victor, Grenade dan sebuah lagu Mandarin berjudul Zheng Fu (Na Ying).

Pada peringkat awal pertandingan yang berlangsung dari 31 Ogos hingga 6 September lalu, Shila mempersembahkan lagu popular Adele, Set Fire to the Rain dan lagu Mandarin Forever Love (Wang Lee Hom) di samping 30 peserta lain.

source: mstar