Friday, April 4, 2014

I Am A Singer: Shila Amzah duduki tangga tercorot

Penyanyi bertaraf antarabangsa, Shila Amzah telah mengejutkan ramai pihak terutama para peminatnya apabila menduduki tangga keenam pada minggu ke-12 dalam program nyanyian berbentuk realiti di China.


Shila yang cantik memakai busana berwarna hijau lumut itu telah menyampaikan lagu berjudul "Yang Chong" dilihat berjaya menyampaikan emosi lagu itu sehingga para penonton terpukau dengan persembahannya.

Kedudukannya dalam program terbitan Hunan TV itu dilihat jatuh merundum kerana pada minggu sebelumnya dia telah menduduki tangga pertama apabila mempersembahkan lagu nyanyian Adele yang berjudul "Rolling In The Deep" dengan begitu menarik sekali.

Dalam pada itu, ramai berpendapat bahawa kemungkinan Shila diboikot berikutan ketidakpuasan rakyat China terhadap insiden MH370.

"Shila tetap akan meneruskan perjuangannya di sana dan tetap optimis untuk mengharumkan nama negara. Ketika insiden MH370 berlaku, Shila tetap dilayan baik oleh peminatnya disana," jelas Fauziah Sharman, ibu Shila kepada Harian Metro.

Sementara itu, peminatnya di Malaysia rata-rata melahirkan perasaan terkilan apabila melihat penampilan Shila yang dikatakan agak tidak menepati kriteria pakaian wanita yang bertudung dalam satu program hiburan di stesyen televisyen yang sama.

Pemakaian legging yang seakan warna kulit itu dilihat agak tidak bersesuaian kerana kelihatan Shila seperti tidak memakai apa-apa selain gaun paras lutut berwarna biru.

Pengurus Shila Di China, Ong Peng Chu turut menjelaskan bahawa ada pihak sengaja membuat cerita kononnya Shila hanya memakai gaun sahaja dan tidak memakai legging. Para peminat boleh menyaksikan sendiri kesahihan dengan menyaksikan program itu yang telah dimuat turun di laman YouTube.

Beliau turut menambah, Shila kini sedang sibuk membuat persiapan menjelang pusingan akhir dan ia bukan mudah kerana terpaksa bersaing dengan bintang hebat di sana.

Sumber: tupai.com.my

Related Posts:

  • I Am A Singer: Shila Amzah Rangkul Tempat Ke-3 Penyanyi Shila Amzah sekali lagi mengharumkan nama negara apabila dia berjaya mendapat tempat ketiga pada pertandingan akhir I Am A Singer 2014 yang berlangsung di Changsha, China, malam Jumaat. Juara program itu pula di… Read More
  • I Am A Singer: Shila Amzah duduki tangga tercorotPenyanyi bertaraf antarabangsa, Shila Amzah telah mengejutkan ramai pihak terutama para peminatnya apabila menduduki tangga keenam pada minggu ke-12 dalam program nyanyian berbentuk realiti di China. Shila yang cantik me… Read More
  • Pakaian Shila Amzah Dikecam Peminat Penyanyi Shila Amzah yang kini sedang bersaing dalam sebuah program realiti nyanyian di China sekali lagi mendapat perhatian ramai apabila pakaian yang dikenakan dilihat tidak bersesuaian dengan imej yang dibawanya. Pela… Read More
  • Shila Amzah Sedia Gegar China Sekali Lagi Selepas menjuarai pertandingan 'Asian Wave 2012', penyanyi Shila Amzah sekali lagi menguji kemampuannya dengan menyertai program realiti terbaru berjudul 'I Am a Singer' di China. Menerusi akaun Instagram Shila dan akaun… Read More
  • I Am A Singer: Shila Amzah Berjaya Jadi Finalis I Am A Singer: Shila Amzah Penyanyi Shila Amzah berjaya menjadi finalis pertandingan I Am Singer yang akan berlangsung di Hunan, Changsha, China pada Jumaat (hari ini). Ia merupakan satu sejarah kerana Shila, 24, merupa… Read More

0 comments:

Post a Comment