Showing posts with label Zain Saidin. Show all posts
Showing posts with label Zain Saidin. Show all posts

Friday, March 6, 2015

Che Ta Selamat Pulang Dari Tanah Suci, Kini Berhijab


Pelakon cantik Rozita Che Wan kini tampil dengan imej baru selepas pulang dari mengerjakan umrah  bersama suami, Zain Saidin pada Khamis.


Pengurus Rozita, Afeeq Abdul Wahab turut mengesahkan perkara tersebut menerusi laman sosial Instagram dan Facebooknya.

Afeeq ketika dihubungi Astro Gempak memberitahu Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta akan kekal dengan imej bertudung.

“Berkat doa para peminat dan suami, Che Ta kini bertudung dan akan terus kekal dengan imej tersebut. Ahamdulillah, sebelum ini dia memang ada berniat untuk memakai tudung.

“Saya tidak terkejut dengan keputusan yang dibuat Che Ta kerana sebelum ini dia pernah ‘hint’ akan bertudung, cuma tidak sangka ia dilaksanakan sebaik sahaja dia selesai mengerjakan umrah,” katanya.

Tambah Afeeq lagi, setakat ini pihak endorsement menerima perubahan Che Ta dengan baik dan tidak mempunyai masalah dengan imej baru pengacara Primadona itu.

Che Ta dan suami berangkat menunaikan umrah pada minggu lepas dan selamat tiba dari tanah suci Mekah pada tengahari tadi.

Terdahulu Che Ta pernah memberitahu kepada media akan menunaikan umrah bersama suami sebagai memenuhi nazarnya.

Pelakon dan pengacara cantik itu juga pernah berhajat menunaikan umrah sekiranya dia mengandung selepas mendirikan rumah tangga dengan Zain pada penghujung 2013.

Sumber: AstroGempak

Monday, January 26, 2015

Photo: Ziana Zain tidak melepaskan peluang untuk mendukung anak Che Ta & Zain

Antara koleksi gambar Ziana Zain Sekitar Aqiqah Anak Che Ta-Zain






Friday, August 22, 2014

Setahun Tempoh Pantang Bersalin Che Ta Agar Kekal Cantik


Rozita dan suaminya Zain Saidin tidak sabar menanti kelahiran bayi mereka. Foto SHAARI CHEMAT / THE STAR

PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan akan menjaga pantang bersalin dan hanya memilih makanan tertentu selama setahun untuk mengekalkan kecantikan tubuh badannya.

Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta, 41, berkata, dia akan mengelak mengambil makanan tidak berkhasiat, sejuk dan berangin yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri di usia tua.

"Saya sangat titik beratkan tentang pantang selepas bersalin termasuklah tidak keluar rumah 45 hari dan pantang makan untuk jaga badan.

"Biasanya saya akan berpantang dengan hanya memilih makanan tertentu dalam masa setahun sehingga kadang-kala menyebabkan saya hilang selera seperti tidak lagi gemarkan sayur sawi," ujarnya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka anjuran syarikat Laugh Out Loud milik penyanyi Dafi dan pengurus artis, Afeeq di Binjai 8, Premium Soho di sini Rabu lalu.

Majlis turut dihadiri suami Che Ta iaitu Zain Saidin, Sasha Saidin, Zaina Zain, Sabhi Sadhi, Sherry Ibrahim, Fazli Zainal dan Marsha Milan.

Rozita yang kini hamil tujuh bulan juga mengakui kecewa terhadap segelintir wanita yang mengabaikan amalan berpantang kerana mereka menganggap amalan itu sesuatu yang tidak penting.

Katanya, perkara tersebut merupakan amalan tradisional yang sememangnya berkesan untuk kebaikan kesihatan serta telah diamalkan nenek moyang sejak zaman dahulu.

"Saya kesal melihat wanita yang tidak jaga pantang, walaupun mereka kata mereka kuat untuk keluar atau melakukan aktiviti ketika dalam tempoh berpantang, namun kesan yang akan mereka dapat ketika hari tua.

"Saya lihat emak saya masih kuat walaupun usia dia sudah lanjut. Ini adalah kerana amalan dia yang sangat menjaga pantang ketika bersalin dahulu.

Tambah Rozita, selepas bersalin nanti dia akan dijaga oleh ibunya, Zabedah Saad yang kini berusia 62 tahun.

Dalam pada itu, Rozita mengakui sudah mempunyai nama untuk anak perempuannya dan akan didedahkan pada majlis cukur jambul iaitu tujuh hari selepas kelahiran bayi tersebut.

Bagaimanapun, Rozita berkata, ia akan menjadi hak siaran eksklusif stesen televisyen Astro terlebih dahulu.

Sementara itu, Rozita berkata, suaminya pelakon Zain Saidin merupakan orang yang paling teruja untuk menanti kelahiran bayi itu.

Katanya, Zain tidak membenarkan dia untuk pergi membuat pemeriksaan kandungan itu sendirian tanpa kehadirannya.

"Dia paling teruja, kalau nak pergi check-up, tidak boleh pergi tanpa dia. Sampaikan jadual check-up saya terpaksa ditukar mengikut jadual penggambaran dia.

"Kalau dalam bilik check-up, dia paling sibuk bertanya macam-macam pada doktor dan ambil banyak gambar bayi untuk simpanannya,” katanya.

Selain bayi yang bakal lahir, Che Ta turut mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinanya terdahulu iaitu Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16.
Sumber: Mstar

Tuesday, April 22, 2014

Zain Saidin Enggan Tahu Jantina Anak


Pelakon Zain Saidin tidak mahu mengetahui apakah jantina anak yang sedang dikandungkan oleh isterinya, Rozita Che Wan apabila wanita itu membuat imbasan kandungannya nanti.

Zain, 30, berkata, dia mahu perkara itu menjadi satu kejutan kepadanya biarpun isterinya teruja untuk mengetahui jantina anak mereka.

"Saya terima dengan rasa syukur tidak kira apa anak yang bakal lahir itu nanti lelaki atau pun perempuan kerana yang lebih penting isteri dan anak kami nanti selamat dan sihat.

"Tetapi jika diberi pilihan saya mahukan anak lelaki dan isteri pula mahukan sebaliknya," katanya kepada mStar Online.

Zain dan Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Cik Ta ditemui ketika pelancaran dan pelantikan mereka sebagai duta MV Bistro & Kafe di The Strand Kota Damansara di sini, Sabtu.

Bagaimanapun kata Zain, Rozita tidak sabar untuk mengetahui jantina anak mereka dan kebarangkalian sukar untuk perkara itu dirahsiakan.

"Apabila isteri tahu mengenai jantina anak kami pasti saya akan tahu juga akhirnya kerana dia akan membeli barangan mengikut jantina bayi itu nanti," katanya. baca artikel penuh

Sumber: Mstar

Monday, March 10, 2014

Rozita Che Wan Sahkan Hamil Di Instagram


Pelakon Rozita Che Wan pada petang Isnin mengesahkan sedang hamil anak pertamanya bersama aktor Zain Saidin menerusi laman Instagram miliknya.

Rozita, 41, dalam satu entri di laman tersebut memberitahu dia mengetahui sedang mengandung selepas melakukan sendiri ujian kehamilan selain turut gembira kerana dapat memberikan seorang anak buat suaminya.

"Alhamdulillah, ...syukur dengan nikmat mu ya Allah," katanya pada kapsyen gambar alat ujian kehamilan yang dimuat naik di Instagram milik Rozita.

Bagaimanapun Rozita tidak memberikan butiran lanjut mengenai kandungannya itu.

Bagaimanapun ketika itu, Rozita belum membuat pemeriksaan doktor lagi dan Zain menyifatkan ia sebagai sebuah hadiah hari lahir (pada 23 Februari lalu) yang terbesar pernah diterimanya jika Rozita benar-benar mengandung.

Zain dan Rozita telah berkahwin pada 12 Disember tahun lalu di Setia City Convention Centre, Shah Alam.

Rozita juga mempunyai dua cahaya mata anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16.

Source: Mstar

Thursday, March 6, 2014

"Belum Pasti Che Ta Hamil" - Zain Saidin


Selepas mendirikan rumah tangga hujung tahun lalu, pelakon cantik, Rozita Che Wan ada menyuarakan hasrat untuk menimang cahaya mata dengan segera.  Malah, perasaan itu semakin bertambah saat mengetahui Didie Alias sedang hamil di usia 40-an.

Terbaru, ibu kepada dua cahaya mata itu dilapor berkemungkinan hamil selepas lambat datang haid.  Dan perkara tersebut disahkan oleh Zain Saidin ketika dihubungi Media Hiburan Online sebentar tadi.

"Betul, sudah seminggu lebih Che Ta lambat datang haid.  Kami belum buat sebarang pemeriksaan atau merujuk ke doktor.  Kalau boleh, biar sampai dua atau tiga minggu lagi.  Selepas itu barulah boleh dapat keputusannya.

"Buat masa sekarang, kami tidak mahu terlalu berharap.  Kalau tidak ada, sedih pula kan.  Jadi, tunggu sahaja dulu.  Kalau, ada syukur alhamdulillah," ujar Zain yang memberitahu isterinya itu memang teringin menimang anak dengan segera.

Sumber: Mediahiburan

Monday, March 3, 2014

Rozita Che Wan Mungkin Mengandung ?

Pelakon Zain Saidin meluahkan perasaan gembiranya bahawa isterinya iaitu aktres Rozita Che wan berkemungkinan besar sudah mengandung.

Zain, 30, berkata, sehingga kini dia masih belum lagi mendapat keputusan daripada pihak doktor dan sekiranya benar Rozita mengandung, dia menyifatkan ia sebagai sebuah hadiah hari lahir (pada 23 Februari lalu) yang terbesar pernah diterimanya.

"Jeng..jeng..jeng.. Mungkin (Rozita mengandung). Nak kena buat pemeriksaan doktor dahulu jika ada 'orang baru' akan sertai kami sekeluarga atau tidak.

Zain berkata demikian selepas ditanya mengenai apakah hadiah yang diberi oleh Rozita bersempena dengan hari lahirnya 23 Februari lalu.

Bagaimanapun sehingga kini Zain tidak mengulas lanjut mengenai hadiah yang diterimanya sebaliknya lebih teruja menunggu keputusan doktor yang mungkin bakal merubah status diri sebagai seorang ayah.

"Masih terlalu awal lagi. Nanti saya beritahu jika keputusannya positif. Doakan kami," ujarnya.

Zain dan Rozita telah berkahwin pada 12 Disember tahun lalu di Setia City Convention Centre, Shah Alam.

Rozita juga mempunyai dua eorang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16.

Source: Mstar

Sunday, February 2, 2014

Rozita Che Wan teruja hamil lagi!

Pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin terbang ke kepulauan Bali, Indonesia untuk bercuti bersama- sama dengan beberapa teman baik mereka.

Pengantin baharu ini masih bercuti ke luar negara dan terbaharu, mereka memilih Bali, Indonesia  dan berkongsi rasa terujanya untuk hamil lagi.

“Saya teruja nak mengandung lagi sebab anak bongsu saya sudah berusia 16 tahun.

“Memanglah risau untuk hamil pada usia begini sebab ia agak berisiko. Tapi Didie Alias ada juga berkongsi tips untuk hamil. Mudah-mudahan ada rezeki untuk saya dan Zain menimang cahaya mata,” tambahnya yang juga mengakui percutian ke Bali merupakan bulan madu kedua.

Sumber: SinarHarian