Showing posts with label Liyana Jasmay. Show all posts
Showing posts with label Liyana Jasmay. Show all posts

Wednesday, May 14, 2014

Liyana Jasmay Selamat Lahirkan Bayi Perempuan


Pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay, 26, selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.9 kilogram pada pukul 7.40 malam, pada Isnin.

Ibunya, Datin Habsah Simpon berkata, Liyana yang kini berada di Pusat Perubatan Prince Court dekat sini, bersalin secara normal dan kini berada dalam keadaan baik.

"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar Liyana dimasukan ke Pusat Perubatan Prince Court pada Ahad kerana sudah ada tanda-tanda untuk bersalin.

"Kira-kira pukul 7.40 malam Isnin dia selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.9 kilogram secara normal," katanya kepada mStar Online melalui aplikasi Whatsapp, di sini, Isnin.

Tambahnya, buat masa ini Liyana masih belum memberitahu nama yang dipilih untuk diberikan kepada bayi sulungnya itu.

Liyana mendirikan rumah tangga dengan Fathuddin Mazlan, 30, pada 2 Februari 2013 dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Seri Pacific, dekat sini.

Sumber: Mstar

Sunday, January 30, 2011

Putik cinta Syamsul-Liyana Jasmay

Gossip @Kosmo

Putik cinta Syamsul-Liyana Jasmay

HEBAT juga penangan berbumbung dan berlantaikan lokasi filem. Efeknya tercetus sehingga ke jiwa. Baru-baru ini teman Diva menyampaikan cerita cinta yang baru berputik. Tidaklah Diva tahu kesahihannya kerana sepanjang pengetahuan Diva, dua nama yang Diva sebutkan ini cuma kebetulan berlakon bersama.

Teman Diva menyampaikan bahawa putik cinta sudah mekar di hati Syamsul Yusuf dan pelakon cantik Liyana Jasmay. Mulanya teman Diva hanya menyangkakan bahawa mereka ini sekadar membawa hembusan cinta untuk mempromosikan filem Khurafat yang tengah panas dan laku di panggung. Dengarnya filem itu sudah mencecah kutipan tiket RM5 juta dalam masa dua minggu.

Tapi menurut sumber Diva, mereka ini sedang menanam benih cinta hasil keserasian mereka sepanjang di lokasi.

Kalau difikir-fikir, Diva rasa tiada salahnya hubungan berkenaan kerana dua-dua pelakon itu 'kononnya' masih solo. Bak kata orang putih, single and available.