news @hmetro
Sukan SEA: Malaysia menang emas acara bola sepak
JAKARTA: Skuad bimbingan Ong Kim Swee mempamerkan aksi membanggakan Malaysia apabila mempertahankan 'ibu pingat emas' apabila menewaskan tuan rumah Indonesia menerusi penentuan penalti 4-3 selepas terikat 1-1 pada perlawanan sepenuh masa penuh dramatik di Stadium Gelora Bung Karno.
Kejayaan Harimau Muda itu melengkapkan pingat emas ke-59 kontinjen negara di Sukan Sea ke-26.
Sah Khairul Fahmi Putus Tunang? | Harian Metro
Khairul Fahmi penjaga gol Harimau Melaya dikatakan telah memutuskan tali pertunangan. Semuanya berpunca daripada orang ketiga tetapi dinafikan oleh Khairul Fahmi dalam kenyataannya di Harian Metro.
Katanya:
Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.
Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan.
Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.
Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya.
Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami.
Kelayakan Piala Dunia 2014 (Pusingan ke2): Malaysia vs Singapura
Skuad #HarimauMalaya ditewaskan 5-3 kepada pasukan tuan rumah dalam perlawanan pertama bola sepak pusingan kedua kelayakan Zon Asia Piala Dunia FIFA 2014 yang berlangsung di Stadium Jalan Besar seketika lalu. more
Keputusan perlawanan Malaysia vs Singapura Pusingan ke 2:
Malaysia : 1
Singapura : 1
Malaysia tersingkir daripada saingan kelayakan Piala Dunia 2014 selepas sekadar seri 1-1 dengan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Singapura mara ke pusingan ketiga dengan agregat 6-4.
Baca lagi ? Jom jenguk sini pulak
Kelayakan Piala Dunia 2014: Malaysia 3, Singapura 5
Skuad Harimau Malaya tewaskan 5-3 kepada pasukan tuan rumah dalam perlawanan pertama bola sepak pusingan kedua kelayakan Zon Asia Piala Dunia FIFA 2014 yang berlangsung di Stadium Jalan Besar di sini, sebentar tadi. more
Keputusan perlawanan Malaysia vs Singapura:
(Jaringan gol) Malaysia 3 (Mohd Safee Sali 1', 71'; Amirul Hadi Yahya 70');
Singapura 5 (Aleksandar Duric 7', 82'; Qiu Li 22'; Mustafic Fahrudin 44'; Jia Yi Shi 45'+1)
(Kad)
Malaysia: Ahmad SAARANI (37' kad kuning); Safiq Rahim (50' kad merah)
Singapura: Ismail Yunos (19' kad kuning); Qiu Li (39' kad kuning); Ismail Yunos (55' kad merah selepas mendapat dua kad kuning)
#Arsenal Jinakkan Harimau Malaya 4-0
sports @bharian
Anak didik Rajagobal hilang arah kena belasah 4-0 di Bukit Jalil
BUKAN kemenangan yang dicari, tetapi tiga gol mudah hasil kelalaian barisan pertahanan mencemari permainan mantap barisan tengah dan jentera serangan negara pada perlawanan persahabatan antara skuad kebangsaan dan Arsenal di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
Ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal yang gigih menyiapkan pasukan menghadapi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia bertemu Singapura pada 23 dan 28 Julai ini pasti mendapat pengajaran berharga hasil kekalahan 4-0 kepada kelab elit Inggeris itu. more
Arsenal vs Malaysia - Stadium Bukit Jalil 13 Julai 2011
Harimau Malaya akan lawan Arsenal FC di Stadium Bukit Jalil. Bersama2 kita sokong Harimau Malaya.. Harap Malaysia boleh membuat sesuatu melawan pasukan gergasi ini !!! yeayy… belum beli tiket ? Jom beli sekarang
Sambil tu, jenguk jugakla mana tahu berkenan di hati, klik
sports @Bharian
Malaysia tumpaskan Pakistan 2-0 dalam pusingan pertama kelayakan Olimpik
2011/02/23
SHAH ALAM: Malaysia menumpaskan Pakistan 2-0 pada perlawanan pertama (timbal balik) pusingan pertama kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Shah Alam di sini malam ini.
Penjaring:
Malaysia - Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (minit ke-3), Mohd Irfan Fazail (minit 45). more
sports @bharian
Perlawanan kelayakan Olimpik 2012 antara Malaysia dan Pakistan
2011/02/18
PEMINAT bola sepak tempatan boleh mendapatkan tiket menyaksikan perlawanan kelayakan Olimpik 2012 antara Malaysia dan Pakistan, mulai Selasa ini.
Penolong Pegawai Media Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Amir Basha Abdul Halim berkata harga tiket bagi perlawanan pada 23 Februari ini di Stadium Shah Alam adalah RM20 untuk dewasa dan RM12 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.
“Kita akan menjual tiket pada 22 dan 23 Februari di Wisma FAM, Kelana Jaya (Petaling Jaya) dari 9 pagi hingga tamat waktu kerja. Tiket yang belum terjual pada Rabu (23 Februari) akan dijual di Pintu A Stadium Shah Alam mulai 4 petang,” katanya, semalam.
Perlawanan itu akan bermula pada 8.45 malam.
Harimau Malaya tundukkan Hong Kong 2-0
SHAH ALAM: Skuad bola sepak Malaysia menundukkan Hong Kong 2-0 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.
Gol pembukaan pasukan negara diperoleh menerusi kapten pasukan, Safiq Rahim pada minit ke-44.
Gol kedua pula pada minit ke-90 menerusi Mohd Amirulhadi Zainal.
Source:
bharian
news @HMetro
Harimau Malaya - pusingan kelayakan Piala Dunia 2014
PENGHORMATAN diraih Mohd Safiq Rahim selaku ketua pasukan kebangsaan yang menjuarai Piala Suzuki AFF Disember lalu bakal tergugat dengan kembalinya tonggak utama pertahanan Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak.
Safiq, 23, memainkan peranan berkesan selepas ditugaskan oleh pengendali, K Rajagobal untuk mengemudi barisan negara mengharungi kejohanan itu ketika Aidil Zafuan terpaksa disisihkan selama hampir enam bulan angkara kecederaan lutut.
Namun, besar kemungkinan kedudukan itu bakal berubah apabila Aidil Zafuan yang kembali dipanggil menyertai skuad akan diberi tanggungjawab memakai lilitan di lengan bagi perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Hong Kong di Stadium Shah Alam, Rabu ini.
Tapi persoalan itu bukan menjadi keutamaan buat Safiq kerana dia berjanji memberikan komitmen tidak berbelah bahagi walaupun tidak bergelar ketua pasukan.
“Tugas itu satu penghormatan besar bagi saya, apatah lagi berjaya memenangi Piala AFF. Setakat ini belum tahu siapa yang menjadi kapten, kena tunggu Rabu ini. Tapi bagi saya, siapa yang menjadi kapten pasukan tak penting sebaliknya kami perlu terus bekerjasama dalam satu pasukan. more news
news @bharian
Harimau Malaya : FAM ambil pendekatan baru untuk terus mantapkan
SKUAD kebangsaan akan dihimpunkan setiap bulan demi memastikan Harimau Malaya terus gemilang menempa lebih banyak pengiktirafan selepas kejayaan Piala AFF Suzuki Disember lalu.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad berkata, itu adalah pendekatan baru yang dirasakan lebih sesuai dan bertepatan untuk meningkatkan prestasi skuad negara, berbanding kaedah lama yang hanya menghimpunkan pemain untuk latihan pusat menjelang sesuatu kejohanan.
Beliau berkata, latihan pusat setiap bulan bukan saja mampu mengekalkan persefahaman dan kemantapan pemain tetapi juga memudahkan jurulatih menilai tahap prestasi semasa dan membuat program serta perancangan lebih teratur untuk skuadnya.
“Perkara ini sudah mendapat persetujuan semua pihak termasuk pasukan negeri dan kelab yang bersetuju melepaskan pemain untuk tujuan latihan pusat setiap bulan itu,” katanya di Pameran Bola Sepak Piala AFF Suzuki di Muzium Negara, semalam.
Azzudin berkata, latihan pusat berterusan juga memudahkan jurulatih menguji pemain baru berpotensi yang dikenal pasti dalam aksi di liga Malaysia.
Katanya, selain latihan pusat secara bulanan itu, FAM juga akan terus mengatur perlawanan persahabatan menentang skuad kebangsaan atau kelab handalan terpilih dari luar negara bagi memastikan mutu dan kualiti pemain negara terus meningkat.
Jurulatih kebangsaan, K Rajagobal mengakui, usaha FAM itu tepat dan kena pada masanya dalam memastikan kesinambungan kejayaan yang dilakar pada Sukan SEA Laos dan Piala AFF Suzuki tidak terhenti.
“Matlamat kita seterusnya ialah kejohanan Piala Asia di Australia dalam tempoh empat tahun akan datang. Maka, kita harus bersedia dari sekarang dengan membentuk skuad yang benar-benar berkualiti dan mantap untuk mencapai sasaran berkenaan,” katanya more news