Monday, February 7, 2011

Harimau Malaya - pusingan kelayakan Piala Dunia 2014

news @HMetro

Harimau Malaya - pusingan kelayakan Piala Dunia 2014

PENGHORMATAN diraih Mohd Safiq Rahim selaku ketua pasukan kebangsaan yang menjuarai Piala Suzuki AFF Disember lalu bakal tergugat dengan kembalinya tonggak utama pertahanan Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak.

Aidil ZafuanSafiq, 23, memainkan peranan berkesan selepas ditugaskan oleh pengendali, K Rajagobal untuk mengemudi barisan negara mengharungi kejohanan itu ketika Aidil Zafuan terpaksa disisihkan selama hampir enam bulan angkara kecederaan lutut.

Namun, besar kemungkinan kedudukan itu bakal berubah apabila Aidil Zafuan yang kembali dipanggil menyertai skuad akan diberi tanggungjawab memakai lilitan di lengan bagi perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Hong Kong di Stadium Shah Alam, Rabu ini.

Safiq RahimTapi persoalan itu bukan menjadi keutamaan buat Safiq kerana dia berjanji memberikan komitmen tidak berbelah bahagi walaupun tidak bergelar ketua pasukan.


“Tugas itu satu penghormatan besar bagi saya, apatah lagi berjaya memenangi Piala AFF. Setakat ini belum tahu siapa yang menjadi kapten, kena tunggu Rabu ini. Tapi bagi saya, siapa yang menjadi kapten pasukan tak penting sebaliknya kami perlu terus bekerjasama dalam satu pasukan. more news

Related Posts:

  • Malaysia tumpaskan Pakistan 2-0sports @BharianMalaysia tumpaskan Pakistan 2-0 dalam pusingan pertama kelayakan Olimpik2011/02/23SHAH ALAM: Malaysia menumpaskan Pakistan 2-0 pada perlawanan pertama (timbal balik) pusingan pertama kelayakan Olimpik 2012 di S… Read More
  • Populariti Safee Sali dan Pelita Jayasports @bharian Populariti Safee Sali dan Pelita Jaya PENYERANG sensasi terbaru Pelita Jaya FC, Safee Sali buat pengurus dan jurulatih kelab Liga Super Indonesia (ISL) itu pening, bukan kerana persembahannya di atas padang … Read More
  • Photo Majlis Pertunangan Khairul Fahmi Dan EliaPhoto Majlis Pertunangan Khairul Fahmi Dan Elia Tahniah kami ucapkan kepada Khairul Fahmi dan Elia atas majlis pertunangan pada 17 hb Mei 2011, dan diharap perhubungan ini akan diteruskan sehinggan ke alam perkahwinan dan ke… Read More
  • Terengganu Juara Piala FA 2011 !!Piala FA 2011 Final : Terengganu vs KelantanTerengganu Juara Piala FA 2011 !!Ohh yeahh ! Tepat jangkaan 9009, keputusan penuh 2-1 Berbangga dengan semangat pemain Terengganu kerana tidak mengenal putus asa walaupun di saat2 a… Read More
  • Piala FA 2011 Final : Terengganu vs KelantanPiala FA 2011 Final : Terengganu vs Kelantan KETUA pasukan Kelantan, Mohd Badhri Mohd Radzi (kanan) bersama kapten Terengganu, Mohd Mazuki Yusof sedia bertarung pada final Piala FA 2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil… Read More

0 comments:

Post a Comment