Sunday, February 6, 2011

Air Mata Francissca Peter di Istana Budaya

Francissca Peter di Istana Budaya news @mStar

Air Mata Francissca Peter di Istana Budaya

KUALA LUMPUR: Linangan air mata kegembiraan mengiringi persembahan penutup penyanyi veteran Francissca Peter (Fran) pada sesi pratonton Konsert Keunggulan 33 Tahun Francissca Peter di Istana Budaya, di sini, malam Jumaat.

Menurut Fran yang ditemui pada sidang media selepas itu, kepuasannya beraksi di hadapan penonton yang setia memberikan sokongan telah menyentuh perasaannya sehingga gagal mengawal air mata.

Biarpun persembahan penyanyi lagu Sekadar Di Pinggiran itu dicemari beberapa kesilapan teknikal sepanjang konsert berlangsung, Fran tetap beraksi dengan mutu vokal yang hebat dan menghiburkan.

"Walaupun berlaku beberapa kesilapan teknikal sepanjang konsert ini, tepukan dan sokongan berterusan daripada penonton begitu menyentuh emosi saya.

"Peluang yang diberikan oleh Istana Budaya kepada saya sebagai artis bukan Melayu pertama yang beraksi di sini memberikan kepuasan yang luar biasa," katanya.
Fran memberi persembahan yang mantap sehingga membuatkan para penonton bertepuk tangan tanpa henti.

Dalam konsert yang berlangsung lebih dua jam itu, Fran menyampaikan 33 buah lagu sebagai simbolik kepada 33 tahun penglibatannya dalam bidang nyanyian.
more news

Related Posts:

  • Debaran Francissca Peter Selepas 33 TahunInfo @mStarDebaran Francissca Peter Selepas 33 Tahun BERPELUANG membuat persembahan di pentas berprestij Istana Budaya pada 5 dan 6 Februari ini, penyanyi Francissca Peter atau Fran mengakui teruja menghitung hari untuk acara… Read More
  • Air Mata Francissca Peter di Istana Budayanews @mStarAir Mata Francissca Peter di Istana BudayaKUALA LUMPUR: Linangan air mata kegembiraan mengiringi persembahan penutup penyanyi veteran Francissca Peter (Fran) pada sesi pratonton Konsert Keunggulan 33 Tahun Franciss… Read More
  • 33 Years with Francissca Peter ConcertHaving had 20 No.1 hit songs and 5 years running “Best Female Vocal” under her belt, the concert coincides with the release of Fran’s latest compilation album “Keunggulan Francissca Peter”.The concert will feature Special app… Read More
  • Secretary Week with Francesca Peternews @Kosmo Secretary Week with Francesca Peter AURA Francesca Peter nyata masih belum pudar. Sinarnya masih terasa biarpun aktiviti nyanyiannya tidak serancak dahulu. Buktinya, pelantun lagu Sekadar Di Pinggiran … Read More

1 comments: