Showing posts with label Shahz Jaszle. Show all posts
Showing posts with label Shahz Jaszle. Show all posts

Monday, April 21, 2014

Shah Jaszle putuskan pertunangan, ada kekasih baru


Belum lagi kes khalwat dengan wanita bernama Farah Nurizzati selesai di mahkamah, pelakon Shahz Jaszle kembali menimbulkan kontroversi yang mungkin membuatkan anda semua “panas hati”.

Terbaru, Shah Jaszle dikatakan memuat naik foto romantik bersama seorang gadis di Instagram yang nyata bukan tunangnya, Redzwani Puteri. Sebaliknya seorang gadis yang dikenali sebagai Hanis Husna yang juga turut sama memuat naik foto mesra mereka di akaun Instagram miliknya.

Tindakan Shah memuat naik gambar tersebut mendapat komen negatif dan kecaman daripada para peminatnya sendiri yang kecewa dengan tindakan Shahz yang dianggap terlalu kejam. Rata-rata mereka tidak bersetuju Shahz memilih wanita tersebut berbanding Redzwani yang dianggap lebih cantik dan cerdik.

Namun Shahz sempat membalas kritikan para peminatnya dan mempunyai alasan tersendiri mengapa dia berbuat demikian.


“I don’t care what you’re gonna say. If you wanna comment better careful with your words. Cause you don’t know what I have been thru before this” seperti dipetik menerusi akaun Instagramnya.

Lebih panas, menerusi akaun Twitter milik Hanis Husna mengesahkan sendiri bahawa Shahz telah pun memutuskan tali pertunangan dengan Redzwani.

Dalam pada itu, Redzwani menerusi akaun Twitternya terkejut dengan tindakan tunangya itu dan hanya reda dengan apa yang berlaku. Lebih menyedihkan, Redzwani menganggap tindakan Shahz sebagai satu tindakan yang kejam, dan dia mengharapkan semua pihak tidak perlu rasa simpati dengan apa yang berlaku.

Sebaliknya dia merasakan pasangan  Shahz dan teman wanita barunya yang memerlukan simpati.

Apa pun kita tunggu sahaja kenyataan yang bakal dikeluarkan oleh Shah kepada umum kelak

Sumber: Astro Awani

Wednesday, March 23, 2011

Shahz Jaszle hantar SMS minta putus ??

Gosip @bharian

Shahz hantar SMS minta putus Maria Farida

Selepas lebih enam bulan menyulam cinta secara berteka-teki tanpa sebarang pengakuan dibuat, akhirnya Shahz tidak mampu berselindung lagi apabila dia didesak supaya beliau berterus terang mengenai status hubungannya bersama Maria. Difahamkan, Shahz dan Maria mulai intim apabila kedua-duanya membintangi drama bersiri, Asmara yang pernah disiarkan di TV3 sedikit masa lalu.

“Saya akui, memang saya dan Maria (Farida) tidak mahu berterus terang mengenai hubungan kami sebelum ini. Yang tahu hanyalah keluarga masing-masing. Bukan kami mahu berahsia, sebaliknya kami bimbing sekiranya berterus terang, ramai yang tidak boleh menerima hakikat kerana jurang usia kami yang begitu ketara.

“Namun, selepas memikirkan perkara ini masak-masak, saya membuat keputusan untuk berterus-terang. Saya mengaku memang saya menyintai Maria,” kata Shahz kepada B*POP terbitan 16 Januari lalu.

Difahamkan, Maria bengang apabila dia mendapat perkhabaran Shahz berkawan rapat dengan heroin Azura, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa, 22. Khabarnya keintiman Shahz dan Neelofa yang juga Dewi Remaja 2010 bukan saja ketika penggambaran yang menuntut mereka bercinta serta berkahwin sebagai Zack dan Azura, malah berlarutan di luar lokasi. Inilah yang dinamakan sebagai cinta lokasi. Sama halnya ketika Shahz dan Maria ketika penggambaran Asmara pertengahan tahun lalu.

Menurut sumber sama, cinta lokasi antara Shahz dan Neelofa tidak berakhir di Paris dan London sebaliknya masih berlarutan hingga ke hari ini, sekali gus menuntut Shahz memutuskan ikatan percintaannya bersama Maria hanya menerusi SMS saja! More