Showing posts with label Roslan Shah. Show all posts
Showing posts with label Roslan Shah. Show all posts

Wednesday, March 16, 2011

Roslan Shah Kendalikan Program Bual Bicara Sendiri

news @mStar

Roslan Shah Kendalikan Program Bual Bicara Sendiri

KUALA LUMPUR: Selepas lebih 10 tahun berkecimpung dalam bidang pengacaraan, Roslan Shah akhirnya bakal mengendalikan sebuah program bual bicara sendiri iaitu Chewahhh Roslan Shah.

Roslan berkata, dia bersyukur kerana tidak menyangka ditawarkan oleh syarikat promosi.my untuk mengendalikan sebuah program yang menggunakan namanya sendiri dan peluang tersebut diharap dapat memudahkannya melangkah lebih besar dalam mengendalikan sesebuah program televisyen.

"Selama ini saya sering menjadi pengacara pada acara-acara besar dan menerima pelbagai plublisiti menerusi media cetak mahupun elektronik, tetapi tidak pula berpeluang mengacara di TV.

"Nak diikutkan saya sendiri tidak pernah menyimpan impian untuk memiliki sebuah program sendiri.

"Bagi saya ini adalah rezeki besar yang diterima hasil daripada kesabaran dan ketabahan saya sepanjang bergelar seorang pengacara, pelakon dan penyanyi," katanya pada majlis pelancaran iklan promosi.my, Selasa.
more

Sunday, November 28, 2010

Roslan Shah with RM12,000 Rings

Memasuki usia 40 pada 17 November lalu, Roslan akan menyambut hari jadinya secara besar-besaran di Restoran Cerana, Cheras, Kuala Lumpur. Bertema ‘glamor bling bling’, para tetamu yang tampil sesuai dengan tema majlis tersebut akan dipilih untuk memenangi empat bentuk cincin yang di taja oleh Ramli Lazim dari Reefa Gold (Di hatimu) yang baru sahaja membuka cawangan di Wangsa Walk Mall. “Selain tajaan cincin, Reefa Gold juga menaja baucar RM100 bagi kira-kira 300 tetamu yang dijangka pada majlis hari jadi saya nanti, jadi jumlah tajaan daripada Reefa Gold (dihatimu) sahaja sudah mencecah RM50,000,” akui Roslan. “Selain itu, tetamu yang hadir nanti berpeluang memenangi hadiah tiket penerbangan pergi balik ke destinasi terpilih iaitu Hong Kong, Shanghai dan China tajaan Jaza Global Sarang Burung serta penginapan dan makan minum oleh Ripple Mate Tea turut disediakan. Maka, jumlah keseluruhan tajaan mencecah RM80,000,” katanya more

HEBAT nilai tajaan sampai RM150,000? Ni tajaan ikhlas ke ada udang di sebalik batu? Tak betul sekali, udang sebalik mi pun tak ada. Pihak penaja yang hubungi saya. Reefa Gold taja sebab mereka percaya dengan kredibiliti saya sebagai penghibur, pengacara, pelakon dan penyanyi. Maksudnya Roslan tak terhegeh-hegeh mencari tajaan? Pihak penaja yang sudi taja. Macam Restoran Cerana dah sembilan tahun berturut-turut taja saya. Reefa Gold turut taja sebahagian makan dan minum. Persembahan artis dan pengacara malam itu pun mereka yang bayar. More