Showing posts with label Nazim Othman. Show all posts
Showing posts with label Nazim Othman. Show all posts

Tuesday, March 24, 2015

Nazim Bakal Dedah Kisah Pembedahan Di Kepala


sfrw3q

PETALING JAYA: Pelakon Nazim Othman bakal mendedahkan penyakit yang dihidapinya sehingga dia terpaksa melakukan pembedahan di kepala.
Pendedahan itu akan dibuat dalam program hlive! Apa Kata Malaysia pada Isnin (esok) pukul 9.30 malam di saluran Astro RIA (104) dan Astro Maya HD (135).

Ia dihoskan oleh pengacara Datuk Aznil Nawawi.

Hlive dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Ahad memberitahu, dalam temubual itu, Nazim memberi penjelasan terhadap tindakannya untuk berahsia mengenai penyakit berkenaan.

"Situasi saya (kali ini) rumit kerana pembedahan ini melibatkan anggota badan yang penting dan serius. Ada kemungkinan saya hilang deria atau kemungkinan lain yang lebih besar," kata Nazim.

Berat badan pelakon berusia 31 tahun itu naik sebanyak lima kilogram kesan ubat-ubatan selepas pembedahan.

"Bila saya muat naik gambar di Instagram, orang lain tidak tahu yang sebenarnya saya sudah pun menjalani pembedahan," tambah Nazim yang tampil dengan beanie (aksesori kepala) bagi menutup parut kepalanya dalam rancangan itu.

Turut dikongsikan bersama hLive! Apa Kata Malaysia ialah saat-saat getir sebelum pembedahan dan impak pembedahan tersebut kepada seluruh kehidupannya.

Sumber: Mstar

Monday, March 31, 2014

Cinta Nazim Othman & Bella Dally Sudah Berakhir

Pelakon Nazim Othman enggan mengulas panjang mengenai status perhubungan cintanya dengan aktress  Bella Dally yang didakwa sudah putus sejak beberapa hari lalu sebaliknya merumuskan 'ia sudah berakhir'.

Nazim, 30, berkata, dia mempunyai hak sama ada ingin memberitahu status hubungan cintanya itu atau tidak dan pada masa sama enggan kisah peribadinya diberitakan kepada umum.

"Saya tidak berminat untuk menjawab soalan (putus cinta) itu dan tidak mahu berkongsi kepada umum.

"Ia juga menjadi hak saya sama ada untuk menjelaskan tentang perkara ini atau tidak. Apa yang saya boleh katakan, it's over (telah berakhir)," katanya yang dihubungi mStar Online  tengah hari Khamis.

Nazim pada Rabu telah memuat naik  gambar yang menceritakan mengenai kesan apabila lelaki dan wanita yang sudah putus cinta.

Kemudian, dia memuat naik pula foto dirinya sendiri dengan kapsyen 'This mourning phase shall pass and I'll get back on my feet, stronger' (Fasa bersedih akan berakhir dan saya akan kembali berdiri dengan lebih kuat).


Beritahu Nazim, apa yang dikeluarkan di akaun Instagram miliknya sekadar perkongsian luahan perasaannya terhadap umum, namun ia tidak bermakna dia perlu menjelaskan maksud luahan tersebut kepada media untuk diberitakan.

Sementara itu, Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally, 24, yang dihubungi mStar Online juga enggan mengulas tindakan Nazim memuatkan foto tersebut di Instagram.

"Kami masih baik. Saya tidak tahu kenapa dia berbuat demikian. Itu saja yang boleh saya ulas. Saya tidak mahu bercakap apa-apa mengenai perkara ini. Diharap semua pihak faham," tegasnya.

Sumber: Mstar