Monday, August 16, 2021

PM letak jawatan? Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan

PM letak jawatan? Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan


KUALA LUMPUR: Sekiranya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan, beliau masih mempunyai peranan besar dalam rundingan pembentukan kerajaan kerana beliau masih merupakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN).


Begitupun, penganalisis politik Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, sekiranya perkara itu terjadi, beberapa situasi dijangka berlaku, namun ia tidak akan terus kepada proses pertukaran kerajaan.
Tambahnya, semuanya akan berlaku langkah demi langkah sekiranya kerajaan sudah tiada majoriti dan ia dimulakan dengan Muhyiddin terpaksa meletakkan jawatan.

“Sekiranya majoriti tidak cukup, dikatakan Muhyiddin ada sokongan 100 Ahli Parlimen, jadi beliau terpaksa untuk meletakkan jawatan.

“Itu langkah pertama. Dan beliau juga boleh usulkan kepada Yang di-Pertuan Agong berdasarkan perkara 43 (4) untuk membubarkan Parlimen.

“Namun begitu, kalau diikut dalam perkara 40 (2), Yang di-Pertuan Agong boleh menyatakan sama ada tidak setuju dengan pembubaran Parlimen kerana faktor yang kita tahu sekarang, faktor COVID-19.

“Jadi dalam konteks ini, mungkin apa yang akan berlaku ialah, pertamanya apabila Perdana Menteri terpaksa letak jawatan, ia termasuklah Kabinet keseluruhan.

"Kenapa keadaan itu berlaku? Ini kerana kerajaan yang terbentuk sudah hilang majoriti,” katanya.

Tambahnya lagi, situasi sama juga pernah berlaku sebelum ini, namun dalam konteks yang berbeza.

“Kalau dulu ada juga kerajaan yang Perdana Menterinya bertukar, pernah berlaku ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi ambil alih daripada Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mana kerajaan masih kerajaan sama, kerana majoriti cukup.

“Jadi, pertukaran Perdana Menteri saja. Tetapi, dalam konteks ini, kerana tidak cukup majoriti, terpaksa Kabinet juga berundur daripada terus memerintah negara.

0 comments:

Post a Comment