Showing posts with label artis dapat anak. Show all posts
Showing posts with label artis dapat anak. Show all posts

Sunday, November 2, 2014

Rozita Che Wan Selamat Bersalin Bayi Perempuan


Rozita dan anaknya... gambar dari Instagram Ayu Raudhah.

PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan,41 selamat melahirkan bayi perempuan kira-kira pukul 2.18 petang di Pusat Perubatan Ampang Puteri, dekat sini, pada Sabtu.

Menurut pengurus Rozita, Afiq Wahab, pelakon itu melahirkan bayi seberat 3 kilogram secara normal dan kedua-dua ibu serta bayi itu berada dalam keadaan baik.

"Rozita dimasukkan ke hospital pada pukul 8 pagi tadi (Sabtu), dia tidak mengalami sebarang tanda-tanda untuk bersalin, namun doktor menasihatkan agar masuk pada hari ini juga.
"Saya pun tidak sangka pukul 2.18 petang dia sudah selamat melahirkan bayi perempuan, semuanya berjalan dengan lancar," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Sabtu.
Afiq berkata, dia sempat bersarapan bersama Rozita sebelum menghantar wanita itu ke pusat perubatan tersebut.

Sumber: Mstar

Sunday, September 7, 2014

Suki Teruja Nantikan Kelahiran Anak Sulung

Penyanyi Suki yang kini sedang hamil enam bulan mengakui cukup teruja menantikan kelahiran anak sulung lelaki yang dijangka akan lahir pada awal Disember depan.
Suki atau nama sebenarnya  Low Sook Yee, 24, berkata, keterujaannya itu membuatkan dia begitu bersemangat dalam mempersiapkan diri sebagai bakal ibu tidak kira daripada segi mental dan fizikal.
"Biasalah, menjadi bakal ibu kepada anak sulung, banyak perkara yang kita perlu belajar dan saya mula serius membaca pelbagai buku mengenai perihal ibu-ibu mengandung.
"Malah, saya turut memuat turun pelbagai aplikasi terutamanya berkaitan cara penjagaan makanan dan kesihatan buat ibu yang hamil di telefon bimbit," katanya kepada mStar Online.


Tambah Suki, dia  menjaga kesihatannya dengan makanan sihat selain mengamalkan senaman yoga bagi memudahkan proses kelahiran nanti.
Sementara itu, kata juara program realiti One In A Million (OIAM) musim pertama, dia turut mengambil keputusan untuk tidak terlalu aktif dalam kerjaya seni sepanjang tempoh kehamilannya.
"Saya tidak mahu tertekan dengan pelbagai kesibukan kerja. Tetapi tidaklah saya berehat terus sepanjang sembilan bulan mengandung. Cuma saya mengambil pendekatan untuk tidak terlalu aktif.
"Sekurang-kurangnya saya dapat meluangkan masa untuk diri sendiri dalam membuat pelbagai persiapan sebelum anak saya lahir.
"Dan selepas ini, saya mahu lebih fokuskan keluarga berbanding kerjaya," ujarnya.
Suki mendirikan rumah tangga dengan pengurusnya, Jeremy Chong pada 12 Disember 2012 di sebuah majlis tertutup di Pulau Punang.
Sumber: Mstar

Wednesday, July 23, 2014

Photo: Awal Ashaari dan Scha Al yahya dapat puteri pertama

Pengacara dan pelakon, Scha Al Yahya selamat melahirkan bayi perempuan di Hospital Prince Court, pada jam 5.50 petang semalam, 22 Julai. Suaminya, Awal Ashaari mengesahkan berita tersebut menerusi akauan Instagram miliknya.


Awal bersyukur apabila isteri dan bayinya selamat dilahirkan dengan berat 3.17 kilogram. Berikut merupakan foto dan kapsyen dimuat naik: Menerusi foto itu menunjukan bayinya sedang mengenggam jari Awal seeratnya.




Sumber: Murai


Saturday, July 12, 2014

Amar Asyraf Kini Bergelar Bapa











Tahniah diucapkan kepada pelakon Amar Asyraf yang telah bergelar bapa apabila isterinya, Arna Salleh 
selamat melahirkan bayi lelaki.
 
Berita gembira ini dikongsikan Amar bersama pengikut di akaun Instagram dengan memuat naik fotonya yang sedang mendukung anak sulungnya itu.

Untuk rekod, Amar dan Arna telah disatukan pada 7 Jun 2013 dalam majlis pernikahan yang diadakan di rumah pengantin perempuan di Bidor, Perak. 

amar
 Amar dan isteri, Arna Salleh nampaknya telah sepakat memilih Amar Taufiq sebagai nama untuk anak mereka. 
 
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada pasangan ini. Semoga Amar Taufiq membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.