Sunday, November 2, 2014

Rozita Che Wan Selamat Bersalin Bayi Perempuan


Rozita dan anaknya... gambar dari Instagram Ayu Raudhah.

PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan,41 selamat melahirkan bayi perempuan kira-kira pukul 2.18 petang di Pusat Perubatan Ampang Puteri, dekat sini, pada Sabtu.

Menurut pengurus Rozita, Afiq Wahab, pelakon itu melahirkan bayi seberat 3 kilogram secara normal dan kedua-dua ibu serta bayi itu berada dalam keadaan baik.

"Rozita dimasukkan ke hospital pada pukul 8 pagi tadi (Sabtu), dia tidak mengalami sebarang tanda-tanda untuk bersalin, namun doktor menasihatkan agar masuk pada hari ini juga.
"Saya pun tidak sangka pukul 2.18 petang dia sudah selamat melahirkan bayi perempuan, semuanya berjalan dengan lancar," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Sabtu.
Afiq berkata, dia sempat bersarapan bersama Rozita sebelum menghantar wanita itu ke pusat perubatan tersebut.

Sumber: Mstar

Related Posts:

  • Photo: Awal Ashaari dan Scha Al yahya dapat puteri pertamaPengacara dan pelakon, Scha Al Yahya selamat melahirkan bayi perempuan di Hospital Prince Court, pada jam 5.50 petang semalam, 22 Julai. Suaminya, Awal Ashaari mengesahkan berita tersebut menerusi akauan Instagram miliknya. … Read More
  • Suki Teruja Nantikan Kelahiran Anak Sulung Penyanyi Suki yang kini sedang hamil enam bulan mengakui cukup teruja menantikan kelahiran anak sulung lelaki yang dijangka akan lahir pada awal Disember depan. Suki atau nama sebenarnya  Low Sook Yee, 24, berkata, ket… Read More
  • Amar Asyraf Kini Bergelar Bapa Tahniah diucapkan kepada pelakon Amar Asyraf yang telah bergelar bapa apabila isterinya, Arna Salleh  selamat melahirkan bayi lelaki.   Berita gembira ini dikongsikan Amar bersama pengik… Read More
  • Rozita Che Wan Selamat Bersalin Bayi Perempuan Rozita dan anaknya... gambar dari Instagram Ayu Raudhah. PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan,41 selamat melahirkan bayi perempuan kira-kira pukul 2.18 petang di Pusat Perubatan Ampang Puteri, dekat sini, … Read More

0 comments:

Post a Comment