Showing posts with label Dato’ Jamal Abdillah. Show all posts
Showing posts with label Dato’ Jamal Abdillah. Show all posts

Thursday, July 17, 2014

Dato' Jamal Abdillah Bercinta Dengan Wartawan Harian Metro?


16 JULAI 2014: Sebelum ini Murai Batu dengar penyanyi Nas Adila sangat akrab dengan Raja Pop, Dato' Jamal Abdillah, hinggakan wujud desas-desus yang mengatakan bahawa kononnya mereka sedang bercinta.

Namun, gosip itu nampaknya berlalu begitu saja dan selepas itu Murai Batu tak dengar apa-apa lagi tentang hubungan Nas Adilla dengan penyanyi Kekasih Awal dan Akhir itu.

Malah, apa yang Murai Batu dapat tahu, Nas Adila bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi. Dengan siapa? Nantilah Murai Batu korek daripada Nas Adila ya.

Tapi, apa ceritanya pula dengan abang Jamal kita tu? Dah ada pengganti ker atau masih lagi memegang title eligible bachelor?

Korek punya korek, akhirnya Murai Batu dapat tahu bahawa abang Jamal khabarnya sekarang ini semakin dekat dengan seorang wartawan hiburan di meja hiburan Harian Metro.

Aiii siapa wartawan hiburan tu? Bukannya Murai Batu tak kenal rakan-rakan wartawan hiburan di akhbar Harian Metro tu. Kenal sangat-sangat kot. Tapi, kebanyakannya dah punya suami kecuali si cantik manis, Ramlah Zainal yang kembali single selepas kematian suami tidak lama dulu.

Tapi, bila lihat rakan-rakan tersenyum simpul tatkala nama Ramlah disebut-sebut bersama abang Jamal, maka fahamlah Murai Batu bahawa Ramlah adalah wartawan hiburan yang dimaksudkan akrab dengan abang Jamal itu.

Wah! Tak sangka Ramlah ya. Dalam diam-diam saja. Apapun, Murai Batu tumpang gembira sangatlah dan Murai Batu akan doakan agar hubungan mereka akan berjaya sampai ke tahap yang lebih serius lagi.

Sumber: Murai

Thursday, March 13, 2014

THE MOMENTS WITH DATO' JAMAL ABDILLAH JANJIKAN KELAINAN

Gelaran Raja Pop yang diberikan kepada penyanyi hebat negara, Dato’ Jamal Abdillah amatlah bertepatan kerana bukan sahaja kerana muzik dan lagu yang dipersembahkan tetapi pesona seorang bintang yang ada pada beliau belum ada gantinya lagi.

Di usia 54 tahun, kemunculan Dato’ Jamal Abdillah pada sebarang majlis pasti dinantikan. Difahamkan menjelang minggu setiausaha yang akan berlangsung setiap April ini bakal menyaksikan 3 persembahan eksklusif dijayakan penyanyi hebat ini.

Dato’ Jamal Abdillah

Dalam beberapa undangan persembahan di minggu setiausaha itu, terdapat satu yang menampilkan kelainan menerusi susunan acara yang bakal mengambil tempat pada persembahan eksklusif itu.

Minggu Setiausaha 'The Moments With Dato` Jamal Abdillah`  pada 24 April 2014 di Tropicana Golf & Country Resort, Petaling Jaya bukan sekadar hiburan kosong tetapi lengkap dengan pengisian ilmiah lain.

Majlis anjuran Alam Hijrah Convention ini akan  bermula jam 2 petang hingga 5 petang itu turut menampilkan persembahan peragaan fesyen daripada pereka terkenal Hatta Dolmat dan juga 'Career Talk' oleh Imam Muda Wan Mohd Najdi.

Harga tiket bagi majlis tersebut terbahagi kepada kategori korporat, platinum, gold dan silver itu telah mula dijual bermula daripada RM445 seorang hingga ke RM1150 seorang. Manakala bagi penjualan meja untuk 10 orang bermula dari RM4450 hingga ke RM11,500.

Syarikat korporat dan individu yang berminat untuk menyaksikan persembahan hebat Jamal bersempena dengan Minggu Setiausaha 'The Moments With Dato' Jamal Abdillah' pada 24 April 2014 di Tropicana Golf &Country Resort, Petaling Jaya bermula jam 2 petang, hubungi 012-4748687, 012-2267679, 017-2798556, 016-3510117 dan 012-9060677. Baca artikel penuh

Sumber: Murai