Showing posts with label I Am Ziana Zain concert. Show all posts
Showing posts with label I Am Ziana Zain concert. Show all posts

Friday, July 4, 2014

I Am Ziana Zain - Konsert Mega Ziana Zain DiBatalkan


Untuk makluman semua, dengan dukacitanya Konsert I Am Ziana Zain akan dibatalkan pada tahun ini.. Kepada sesiapa yang beli ticket, dapatkan refund dengan menghubungi Faizal di 017-6109269.

Berikut kandungan penting surat tersebut yang bertarikh 3June2014 dari pihak penganjur: Syarikat Gold Earth Pictures/Ticketpro

"Syarikat Gold Earth Pictures yang bertindak selaku penganjur konsert terpaksa membatalkan konsert gara-gara masalh dalaman yang serious berkaitan dengan kos perbelanjaan keseluruhan konsert yang tidak teratur dan lengkap. Berikutan dengan situasi ini, beberapa individu yang telah dipertanggungjawabkan oleh pihak penganjur untuk mengurusjan dan menyelaraskan konsert telah ditamatkan perkhidmatan.

Jesteru itu, bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih rumit, penganjur telah membuat pertemuan dengan Ziana Zain untuk memberitahu situasi sebenar dan mendapat kata sepakat untuk membubarkan perancangan mengadakan konsert tersebut pada tahun ini.





Baca artikel sebelum : klik

Sumber: ZianaFolks FB

Thursday, April 17, 2014

I Am Ziana Zain : Ziana Zain Terpaksa Masuk Kelas Vokal

Ziana Zain
Ziana Zain
Penyanyi Ziana Zain bakal memasuki kelas latihan vokal sebagai persediaan untuk mengadakan konsert solo pertamanya selepas 15 tahun yang dikenali I Am Ziana Zain pada 27 September depan.

Ziana, 46, berkata, pada usianya sekarang dia perlu membuat latihan bagi membetulkan cara pernafasan dan nada yang sesuai memandangkan dia bakal mendendangkan 22 buah lagu pada malam itu nanti.

"Saya bukan lagi berusia 20 tahun dan mampu menyanyi seperti dahulu. Kerana semakin umur meningkat perubahan suara itu akan berlaku dan sebab itulah saya akan masuk kelas vokal.

"Menerusi kelas ini juga saya mahu memperbaiki pernafasan dan nada supaya saya dapat membuat persembahan terbaik buat peminat pada malam itu nanti," katanya kepada mStar Online.

Ziana ditemui pada sidang media konsert berkenaan di Hotel Royale Chulan Damansara di sini, Isnin.

I Am Ziana akan diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pada pukul 8 malam.

Konsert itu adalah anjuran Gold Earth Pictures dengan kerjasama Ziana Zain Ventures.

Dalam perkembangan sama, Ziana berkata, pementasan Konsert Teaterikal Suara Kita bersama Erra Fazira dan Awie di Istana Budaya bulan lalu turut memberi keyakinan kepadanya untuk meneruskan konsert solonya itu.

"Apabila saya lihat kembali kemampuan saya beraksi di pentas konsert Suara Kita yang memerlukan saya menyanyi, berlakon dan melakukan pelbagai pergerakan ia menambahkan keyakinan bahawa saya mampu menjayakan konsert ini.

"Biarpun umur semakin meningkat, paling penting kita percaya kepada diri sendiri dan positif dalam memastikan sesuatu perancangan itu berjalan lancar," jelasnya.

Sementara itu, Ziana berkata, I Am Ziana Zain diibaratkan sebagai impian menjadi kenyataan kerana dia terpaksa menunggu selama 15 tahun untuk mengadakan konsert solo itu.

Ziana Zain mengakui perubahan usia memaksanya memasuki kelas vokal.

Kata Ziana, pelawaan daripada pihak Gold Earth Pictures untuk menaja konsert berkenaan memberinya peluang untuk merealisasikan hasrat peminat setianya untuk melihat dia beraksi di pentas.

"Saya tidak jangka peluang itu akan tiba selepas 15 tahun menunggu tetapi ia berbaloi dan ini adalah berkat doa daripada semua peminat saya selama ini," katanya.

Untuk rekod, kali terakhir Ziana muncul dengan konsert solo adalah pada tahun 2001 menerusi 'Ziana Zain In The Park' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Tambah Ziana, dia memilih Melaka sebagai destinasi konsert itu kerana sudah lama berhasrat untuk mengadakan sebuah konsert di negeri kelahirannya.

"Konsert ini juga memberi peluang kepada peminat di luar Lembah Klang terutama di Selatan untuk menyaksikan persembahan istimewa saya," katanya.

Dalam pada itu, Ziana berkata, buat masa ini dia masih belum menentukan sebarang konsep tertentu namun menjanjikan persembahan bertenaga.


Katanya lagi, dia juga bertuah apabila Aubrey Suwito akan bertindak sebagai pengarah muzik pada persembahan itu nanti.

"Sudah lama saya teringin untuk bekerjasama dengan Aubrey dan hasrat itu akhirnya tercapai.

"Apa yang boleh saya jamin tumpuan akan diberikan pada persembahan dan susunan lagu-lagu terbaik saya," katanya.

Tiket untuk menyaksikan konsert I Am Ziana Zain dijual pada harga RM325 (Platinum), RM255 (Diamond), RM155 (Gold) dan RM95 (Silver).

Seramai 100 orang pertama pembeli tiket Platinum akan berpeluang untuk beramah-mesra dengan Ziana pada sebuah majlis selepas konsert diadakan.

Sebarang pertanyaan dan pembelian tiket boleh melayari laman web www.TicketPro.com.my atau menghubungi Vee di talian 012-203 2508 atau Hilmi 012-688 4434.

Sumber: Mstar

Wednesday, April 16, 2014

I Am Ziana Zain - Konsert Mega Ziana Zain

Ziana Zain
Ziana Zain
Kali terakhir para peminat tegar Ziana Zain menyaksikan konsert beliau ialah pada tahun 2001 iaitu di konsert ‘ZZ in the Park’ yang berlangsung di PWTC. 

Kini selepas 15 tahun tidak muncul dengan persembahan mega, penghibur bersuara lantang ini bakal mengubat kerinduan para peminat dengan konsert yang diberi nama I Am Ziana Zain.

Satu kelainan yang dibawakan oleh diva kesayangan ramai ini, konsert mega tersebut akan berlangsung di negeri kelahirannya, di negeri bersejarah Melaka iaitu lokasinya di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pada 27 September 2014.

“Saya sangat berbesar hati dan bersyukur kerana impian saya selama ini akhirnya akan menjadi kenyataan apabila pihak penganjur menyatakan hasrat mereka untuk merealisasikan konsert saya. Saya tak sangka pada usia begini, masih ada pihak yang percaya dengan saya”

“Konsert ini juga sebagai hadiah saya kepada para peminat saya yang tidak pernah jemu-jemu menyokong saya. Ini juga berkat doa mereka yang sentiasa menyuarakan hasratt mahu menyaksikan konsert saya”

“Selama ni sudah banyak konsert lain di Kuala Lumpur, jadi sebagai memberi kelainan saya memilih Melaka. InsyaAllah ini sebagai permulaan dan sekiranya ada peluang dan rezeki, saya berhasrat membawa konsert saya ini ke negeri lain pula dan mungkin kemuncaknya akan diadakan di Kuala Lumpur nanti. Semoga konsert di Melaka ini akan membuka jalan lebih luas untuk saya pada masa akan datang,” kata Ziana Zain penuh teruja ketika ditemui pada sidang media mengumumkan komsertnya ini bertempat di hotel Royal Chulan Damansara, semalam.


Bakal berlangsung selama dua jam, konsert anjuran Gold Earth Pictures Sdn Bhd ini menelan kos sekurang-kurangnya RM730,000. Pada konsert yang akan diketuai oleh pengarah muzik berpengalaman, Aubrey Suwito ini, Ziana akan mendendangkan sebanyak 22 lagu hits petikan dari album pertamanya hingga terkini termasuk satu single baru istimewa buat para penonton.

Selain itu, persembahan penyanyi yang cukup popular dengan lagu ‘Madah Berhelah’ dan ‘Puncak Kasih’ ini akan diiringi oleh 22 pemuzik okestra. Berkonsepkan dramatik, penonton juga akan dipersembahkan dengan beberapa kejutan sekaligus memberikan hiburan maksimum kepada pembeli-pembeli tiket.

Tiket-tiket untuk Konsert I Am Ziana Zain dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu Platinum berharga RM325, Diamond (RM255), Gold (RM155) dan silver (RM95). Istimewa, seramai 100 pembeli pertama tiket Platinum berpeluang beramah-mesra dan melakukan aktiviti menarik bersama Ziana Zain, sehari selepas konsert berlangsung.

Tiket-tiket boleh didapati menerusi www.TicketPro.com.my atau beli terus di pejabat urusan Golden Earth Pictures. Selain itu tiket juga dijual di Melaka International Bowling Center (MIBC), Melaka. Bagi peminat yang membuat pembelian terus dari pejabat urusan Golden Earth Pictures bermula 14 April hingga 31 Mei akan mendapat potongan harga sebanyak 10%.

Tuesday, April 15, 2014

I Am Ziana Zain - Konsert mega di Melaka, jadikan Anuar sebagai inspirasi

Selepas 15 tahun mendambakan konsert solo akhirnya Ziana Zain bakal mempersembahkan "I Am Ziana Zain". Konsert berskala besar itu bagaimanapun bakal berlangsung di Melaka pada 27 September nanti. Ziana menjadikan Konsert Anuar Zain yang berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam tahun lalu sebagai inspirasi.

Berikut Sidang Video tersebut:


Sumber: AstroAwani