Showing posts with label nelydia senrose. Show all posts
Showing posts with label nelydia senrose. Show all posts

Thursday, May 1, 2014

Ziela Tidak Hirau Kontroversi, Satukan Semula Sharnaaz & Nelydia Senrose


PENERBIT drama Ziela Jalil memberitahu bakal menyatukan semula pasangan pelakon Bukan Kerana Aku Tak Cinta iaitu Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose dalam drama terbaharunya berjudul Di Bawah Lindungan Kaabah.

Ziela selaku Pengarah Urusan,  Pena Creative Sdn. Bhd. berkata, keserasian dan populariti yang diraih kedua-dua pelakon itu dalam Bukan Kerana Aku Tak Cinta membuatkan dia cuba menggabungkan lagi mereka berdua.

"Saya suka dengan keserasian mereka dalam drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta dan saya akan gandingkan mereka drama adaptasi novel berjudul Di Bawah Lindungan Kaabah.

"Namun kali ini watak mereka berlainan dan bertentangan dengan drama itu. Novel itu merupakan antara novel terlaris di pasaran dan ada pengikut tersendiri," katanya kepada mStar Online.

Tambah Ziela, selain pasangan tersebut beberapa artis popular dan kontroversi turut berlakon dalam karya itu termasuklah Keith Foo, Diana Danielle dan Azlee Khairi.

Dia juga yakin senarai nama besar dalam drama tersebut bakal mendapat perhatian dan rating yang tinggi.


"Saya kumpulkan semua pelakon hebat untuk sebuah drama yang baik dan Insyaallah kita akan memulakan penggambaran tidak lama lagi," katanya.

Dalam pada itu mengulas tentang kontroversi yang menimpa  beberapa pelakon itu termasuklah insiden Sharnaaz dikatakan bergaduh dengan Lisdawati, Ziela mengakui pada awalnya kejadian itu agak merisaukan.

Bagaimanpun, katanya, sambutan terus menggalakkan dan penonton lebih memberi perhatian kepada watak-watak yang dibawakan oleh pelakon berbanding kontroversi yang menimpa mereka.

Sumber: Mstar

Saturday, April 19, 2014

Nelydia Senrose Ada Sebab Padam Gambar Qi Razali Di Instagram


Pelakon Nelydia Senrose mempunyai sebab dan alasan tertentu membuang gambar-gambar dia bersama kekasihnya pelakon dan pengacara Qi Razali di laman sosial Instagram.  

Nelydia, 20, yang enggan berkongsi punca dia memadam gambar tersebut sebaliknya memberitahu ia adalah bagi menjaga hati banyak pihak.  

“Saya ada alasan saya sendiri kenapa saya membuang gambar-gambar kami di Instagram itu.  

“Apa yang boleh saya katakan ialah tindakan itu untuk menjaga hati banyak pihak dan ia hanya sementara, kalau keadaan sudah reda saya akan muat naik semula gambar kami,” katanya.

Nelydia berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tindakannya memadam gambar-gambar dia dan kekasihnya Qi Razali yang dimuat naik di Instagram.  

Perkara tersebut telah menimbulkan persoalan kononnya hubungan percintaannya sudah berakhir selepas dikaitkan dengan kontroversi bercinta dengan pelakon Sharnaaz Ahmad.  

Sementara itu, Nelydia menafikan dakwaan putus cinta itu, sebaliknya dia mengakui masih menjalani hubungan sebagai pasangan kekasih dan mengenali hati budi masing-masing.  

“Keputusan saya padam gambar tiada kena mengena dengan hubungan percintaan saya dengan Qi. Kami masih bersama seperti dahulu dan dalam proses mengenali hati budi masing-masing,” ujarnya.  

Sementara itu, kekasihnya, Qi yang ditemui pula berkata, mereka belum merancang untuk mendirikan rumah tangga buat sementara waktu bagi memberi keutamaan kepada kerjaya masing-masing.  

Bagaimanapun, dia mengakui ada merancang untuk melangkah ke fasa baharu terhadap hubungan itu dalam masa terdekat.  

“Dia (Nelydia) masih muda dan baru ingin mengasah bakat untuk mencapai satu tahap dalam kerjayanya.  

“Saya tidak cakap bila berkahwin akan menyekat rezeki kami, tetapi ia sedikit sebanyak akan menganggu fokus dia kepada kerjayanya kerana beri tumpuan pada keluarga.  

“Namun saya ada merancang sesuatu yang rasmi tidak lama lagi,” katanya.

Source: Mstar

Wednesday, February 5, 2014

Sharnaaz Enggan Komen Foto Kemesraan Dengan Nelydia Senrose

Pelakon Sharnaaz Ahmad tidak mahu kontroversi gambar mesranya dengan aktres Nelydia Senrose, 20, terus berpanjangan dan enggan memberi sebarang ulasan berhubung kemelut itu.

Malah Sharnaaz, 29, juga berkata, dia mengambil pendekatan enggan mengambil tahu mengenai perkara itu lagi.

"Saya tak nak komen. Saya tak nak isu ini terus berpanjangan. Saya juga tak nak tau apa-apa," katanya.

Menurut Sharnaaz, dia lebih selesa berbicara mengenai karier berbanding terus memberi kenyataan yang boleh memburukkan lagi keadaan.

"Orang lain boleh beri komen apa saja. Tapi, buat masa ini, saya hanya selesa bercakap mengenai karier saya," katanya.

Source: Mstar

Sunday, February 2, 2014

QI RAZALI BELUM BOLEH TERIMA HUBUNGAN NELYDIA DAN SHARNAAZ


Pengacara, Qi Razali mendedahkan bahawa dirinya kini belum boleh menerima hubungan yang terjalin di antara kekasihnya, Nelydia Senrose dan pelakon, Sharnaaz Ahmad yang terjalin dalam drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang ditayangkan di Astro Mustika HD.

Qi berkata sebagai seorang kekasih, sudah tentu wujudnya perasaan cemburu walaupun cuba memahami kekasihnya hanya lakukan aksi intim itu demi lakonan.

"Sebenarnya saya terkejut. Tambah-tambah bila adakawan-kawan yang hantar gambar tersebut kepada saya. Pada masa tu saya pula sedang mengalami sakit belakang. Saya terus tertekan dan teruslah saya tulis di Twitter dalam keadaan penuh emosi dan luar kawalan mengenai mereka.

"Memang saya faham tujuan dia (Sharnaaz) untuk mempromosikan drama tu. Gambar-gambar tu tak salah dan saya tahu itu antara babak lakonan mereka, tapi caption yang ditulis untuk gambar mereka berdua saya rasa tak patut,” katanya yang ditemui di sidang media Selebriti Materniti, Yasmin Hani, bertempat di TGV One Utama, semalam.

Source: Murai