Showing posts with label ezad. Show all posts
Showing posts with label ezad. Show all posts

Tuesday, February 10, 2015

Ezad Lazim Didenda RM3,500, Pengawasan Polis 2 Tahun



PETALING JAYA: Bekas vokalis kumpulan Exist, Ezad Lazim dikenakan denda sebanyak RM3,500 dan pengawasan di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun selepas mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah jenis syabu seberat 0.30 gram pada 19 November tahun lalu.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Majistret Nurul Izzah Hassan Basri di Mahakamah Majistret Selayang dekat sini pada Selasa.

Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohamad Lazim ketika dihubungi mStar Online menerima hukuman tersebut dengan hati terbuka dan berharap akan menjadi pengajaran kepadanya.

"Alhamdulillah semuanya sudah selesai dan denda pun telah saya bayar di mahkamah dan pengawasan polis selama dua tahun saya terima dengan hati terbuka," katanya.

Siasatan kes tersebut dibuat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15 (1) (a) akta yang sama.

Ezad yang berasal dari Alor Setar, Kedah ditangkap berhampiran Kompleks Selayang Mall kira-kira pukul 1.30 petang pada 19 November tahun lalu dengan dia menggenggam satu paket syabu pada tangan kirinya.

Hasil pemeriksaan air kencing penyanyi itu juga mendapati dia positif dadah jenis syabu.

Penyanyi itu sebelum ini pernah menyertai Exist pada 1995, dan telah merakam sebanyak enam buah album bersama kumpulan tersebut sebelum meneruskan kerjaya solo.

Ezad juga pernah membintangi beberapa buah filem terbitan Metrowelth International Group (MIG) termasuk Mami Jarum.

Sumber: Mstar

Sunday, February 8, 2015

Ezad Lazim Dituduh Reka Cerita Hidap Diabetes Mahu Sorok Isu Dadah


Bekas vokalis kumpulan Exist iaitu Ezad Lazim terkilan apabila ada pihak menuduh dia sengaja mereka cerita kononnya menghidap diabetes  bagi menyembunyikan kisah di sebalik berat badannya susut akibat dadah.

Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohamad Lazim, 36,  berkata, tidak mempunyai sebarang sebab untuk dia mempermainkan soal kesihatannya namun mengakui dadah antara punca dia kehilangan berat badan.

"Saya tidak pernah menipu apabila memberitahu saya sakit dan badan saya kelihatan kurus kerana kesan penyakit diabetes sebaliknya kerana pengambilan dadah ketika itu.

"Sehingga kini saya masih mengambil ubat-ubatan bagi mengawal kandungan gula dalam darah," katanya kepada mStar Online.

Terdahulu pada Khamis, Ezad mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah jenis syabu seberat 0.30 gram pada 19 November tahun lalu.

Pengakuan itu dibuat dihadapan Majistret Nurul Izzah Hassan Basri di Mahkamah Majistret Selayang di sini pada Khamis.


Ezad Lazim

Bagaimanapun Nurul Izzah menetapkan 10 Februari ini bagi menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan tersebut.

Tambah Ezad, dia sebenarnya  menghidap diabetes sejak lima tahun lalu.

Dalam pada itu, Ezad berkata, dia pada awalnya mengambil bahan terlarang itu apabila ada pihak memberitahu ia mampu memulihkan penyakit kencing manis.

Ezad berkata, dia bersyukur penahanannya memberikan pengajaran terbesar sepanjang bergelar artis.

"Saya sedar tindakan tanpa berfikir panjang itu telah membawa padah kepada saya namun saya bersyukur ditahan kerana jika tidak mungkin saya hanyut terlalu jauh," ujarnya.

Sementara itu, Ezad berkata, biarpun kejadian itu telah mencalarkan namanya namun dia bersyukur masih mendapat sokongan daripada keluarga, rakan-rakan dan peminat.

Ezad yang berasal dari Alor Setar, Kedah ditangkap berhampiran Kompleks Selayang Mall kira-kira pukul 1.30 petang pada 19 November tahun lalu dengan dia menggenggam satu paket syabu pada tangan kirinya.

Siasatan kes tersebut dibuat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15 (1) (a) akta yang sama.

Sumber: Mstar

Sunday, September 18, 2011

New Album - Ezad - Mengharap Bintang (2011)

New Album - Ezad - Mengharap Bintang (2011)

Tracklisting:

1. Ezad - Mengharap Bintang (4:27)
2. Ezad - Gambaran Sebuah Rindu (4:47)
3. Ezad - Kau Dan Aku Yang Dulu (4:23)
4. Ezad - Tiba-Tiba Teringat (4:38)
5. Ezad - Alasanmu (5:30)
6. Ezad - Rindu Serindu Rindunya (6:20)
7. Ezad - Dirantai Digelangi Rindu (4:30)
8. Ezad - Masih Terserlah Ayu Mu (5:36)
9. Ezad - Mencintai Dari Tirai Kamar (4:59)
10. Ezad - Percintaan Ini (5:00)