Showing posts with label Fahrin Ahmad. Show all posts
Showing posts with label Fahrin Ahmad. Show all posts

Sunday, April 20, 2014

Fahrin Ahmad Sasaran Gay ?

Pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad akui pernah didekati kaum sejenis yang mahu menjalinkan hubungan songsang dengannya. Fahrin berkata lebih ekstrem lagi, apabila dia pernah menerima gambar separuh bogel yang berunsur seks daripada kaum sejenisnya.

"Sebenarnya stigma yang mengatakan saya ni seorang gay sudah lama, malah saya rasa ianya normal bagi setiap selebriti. "Lebih teruk lagi, saya pernah diganggu oleh seorang lelaki yang menghantarkan gambar separuh bogel ke talian saya. "Saya boleh terima kalau mereka hanya mahu berkawan tetapi jika ianya melampaui batas seperti menghantarkan gambar berunsur seks begitu, saya tidak boleh mendiamkan diri dan terus bertindak untuk blocked nombor mereka serta merta," ujar Fahrin.

Fahrin ditemui selepas sidang media Anda Boleh Jadi Jutawan oleh Power Root di Hotel One World baru-baru ini. Fahrin berkata mungkin salah satu faktor stigma itu timbul kerana dia masih lagi berstatus bujang.

"Nak kata sebab saya belum kahwin, tak jugak kerana saya perkara ini normal bagi semua lelaki.
"Kalau mereka ingat saya ni gay memang mengarutlah. Itu je yang boleh saya katakan," jelasnya.


Mengulas mengenai statusnya kini, Fahrin memberitahu dia tidak terdesak untuk berkahwin dan masih belum ada teman.

"Buat masa sekarang ni saya boleh kata saya tidak mencari dan tak menunggu sesiapa untuk berkahwin.

"Saya tak mahu terlalu memikir tentang kahwin kerana terlalu sibuk dengan kerja dan aktiviti harian,"luahnya mengakhiri perbualan. --- Astro Gempak

Sumber: Astro Awani

Sunday, April 13, 2014

Fahrin Ahmad Pilih Wanita Sudah Dikenali


Pelakon Fahrin Ahmad berkata, dia tidak lagi berminat untuk menjalinkan apa-apa hubungan secara rapat dengan wanita yang tidak dikenali dalam mencari pasangan cinta.

Fahrin, 35, berkata, sebaliknya dia lebih senang mencari pasangan  yang sudah dikenali kerana ia memudahkannya untuk mengenali hati budi seseorang itu dengan lebih mendalam.

"Rasanya saya sudah tidak mahu berkawan dengan wanita yang belum dikenali. Penatlah nak lalui tempoh perkenalan itu.

"Lebih senang jika wanita itu daripada kalangan kenalan saya. Hanya perlu nak mengenali hati budi dengan lebih mendalam saja," katanya kepada mStar Online.

Tambah Fahrin, bagaimanapun, dia enggan memikirkan mengenai hal kahwin kerana mahu memberi fokus dalam kerjaya seni.

Dalam pada itu, Fahrin turut menjelaskan dia tidak pernah berasa tertekan dengan soalan yang sering diajukan daripada pihak media dan orang ramai mengenai bilakah dia ingin menamatkan zaman bujangnya.

"Bukan setakat pihak media saja yang bertanya bila saya nak kahwin, tetapi peminat pun bertanya soalan yang sama.

"Tetapi saya tidak mempunyai masalah tentang itu kerana saya faham sebagai selebriti masyarakat bukan sahaja ingin tahu mengenai kerjaya tetapi juga hal peribadi kita," ujarnya. baca artikel penuh

Sumber: Mstar