Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

Friday, September 26, 2014

Scha Bawa Bayi Bercuti Untuk Lihat Dunia Luar

Scha pandang daripada sudut positif lebih banyak kebaikan bawa bayi ke luar negara.

PETALING JAYA: Pelakon Scha Al-Yahya, 29, menganggap keputusannya membawa anak sulungnya, Lara Alana yang baharu berusia dua bulan bercuti di Perth, Australia adalah sebagai langkah pendedahan awal kepada bayi itu untuk melihat dunia luar.

Isteri kepada pengacara Awal Ashaari ini berkata, mereka yakin terhadap keselamatan bayi itu walaupun dia masih kecil kerana segala persiapan telah dibuat sebelum mereka berangkat ke percutian berkenaan.

"Bagi saya tidak salah membawa bayi berjalan-jalan kerana ia dapat memberi pendedahaan awal kepada Lara untuk berada di negara luar dan secara tidak langsung sistem badan dia akan lebih imun.

"Kami yakin untuk bawa dia dan sudah buat persiapan secukupnya jika berlaku sesuatu perkara serta nombor telefon yang sepatutnya dihubungi semasa berada di sana," ujarnya kepada mStar Online.

Scha berkata demikian ketika diminta mengulas tentang percutiannya ke Perth, Australia minggu lalu dikritik peminat yang menganggap ia seolah-olah melanggar pantang.
Scha dan Awal bercuti lima hari di Perth, Australia minggu lalu.

Bagaimanapun, Scha bersetuju dengan pendapat segelintir peminat yang bimbang tentang keselamatan bayi yang masih terlalu kecil untuk sebuah perjalanan yang jauh.

"Ada betulnya kata mereka tidak elok bawa bayi masih kecil ke tempat jauh, namun sebelum pergi kami sudah dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu dan doktor tidak ada halangan.

"Apa yang saya lihat Lara tidak meragam kerana cuaca sejuk dan boleh keluar setiap hari. Kalau di sini Lara hanya duduk sahaja di rumah," ujarnya.

Sementara itu, Scha berkata, sepanjang tempoh enam jam penerbangan dari Kuala Lumpur itu, Lara tidak mahu tidur, malah Awal terpaksa mendukung dan berjalan bagi mengelakkan dia menangis.

Dalam perkembangan lain, Scha terpaksa mengurangkan aktiviti seni bagi memberi perhatian kepada bayinya untuk membesar.

Dia juga akan merujuk terlebih dahulu jadual tugas Awal sebelum menerima mana-mana tawaran agar tiada pertindihan.

"Saya memang kurang ambil tawaran buat masa sekarang kerana tidak ada siapa yang nak jaga Lara jadi kami terpaksa bergilir-gilir.

"Jika ada tawaran pun saya tengok jadual Awal, kalau dia tidak kerja barulah saya boleh ambil tawaran itu," ujarnya.
Sumber: Mstar

Saturday, August 16, 2014

Diana Amir Hamil Anak Sulung

diana
Tahniah diucapkan kepada pelakon Diana Amir yang mengesahkan dirinya hamil setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga bersama suami, Mohd Habib Bullah. 
 
Menerusi MiG Online, usia kehamilan Diana kini mencecah tiga bulan dan menjelaskan dirinya masih sibuk dengan aktiviti seni dan perniagaan. 

Sumber: Media Hiburan

Saturday, July 12, 2014

Amar Asyraf Kini Bergelar Bapa











Tahniah diucapkan kepada pelakon Amar Asyraf yang telah bergelar bapa apabila isterinya, Arna Salleh 
selamat melahirkan bayi lelaki.
 
Berita gembira ini dikongsikan Amar bersama pengikut di akaun Instagram dengan memuat naik fotonya yang sedang mendukung anak sulungnya itu.

Untuk rekod, Amar dan Arna telah disatukan pada 7 Jun 2013 dalam majlis pernikahan yang diadakan di rumah pengantin perempuan di Bidor, Perak. 

amar
 Amar dan isteri, Arna Salleh nampaknya telah sepakat memilih Amar Taufiq sebagai nama untuk anak mereka. 
 
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada pasangan ini. Semoga Amar Taufiq membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh. 

Tuesday, July 8, 2014

Photo: Muhammad Dayyan anak kesayangan Didie Alias

didie
Pelakon dan pengacara popular, Didie Alias tidak ketinggalan merakamkan moemn-momen indah cahaya mata kesayanganya yang baru dilahirkan, Muhammad Dayyan menerusi bidikan jurufoto Amalina Tuna Photography. 
 
Untuk rekod, Muhammad Dayyan telah dilahirkan pada 27 Jun 2014, kira-kira jam 3.35 pagi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras. 
 
Dayyan merupakan anak pertama Didie bersama suaminya, Norisham,selepas dikurniakan lima orang anak dari perkahwinan terdahulu.
 

Sumber: Mediahiburan

Sunday, June 29, 2014

Didie Alias selamat lahirkan bayi lelaki

Pelakon dan pelawak, Didie Alias telah selamat melahirkan bayi lelakinya pada jam 3.35 pagi tadi di Pusat Pakar Universiti Malaya, Petaling Jaya.


Wajah ceria pelakon era 80an bersama anaknya itu telah dikongsi bersama oleh laman rasmi HLive.


Ini merupakan anak pertama buat Didie, 41 dan suaminya, Norisham Ismail sejak mendirikan rumah tangga kali kedua pada 2009.


Pelakon yang terkenal dengan jolokan Lady Gaga Malaysia, sebelum ini telah dikurniakan lima orang anak hasil perkahwinan pertamanya.




Sumber: AstroAwani

Wednesday, May 14, 2014

Liyana Jasmay Selamat Lahirkan Bayi Perempuan


Pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay, 26, selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.9 kilogram pada pukul 7.40 malam, pada Isnin.

Ibunya, Datin Habsah Simpon berkata, Liyana yang kini berada di Pusat Perubatan Prince Court dekat sini, bersalin secara normal dan kini berada dalam keadaan baik.

"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar Liyana dimasukan ke Pusat Perubatan Prince Court pada Ahad kerana sudah ada tanda-tanda untuk bersalin.

"Kira-kira pukul 7.40 malam Isnin dia selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.9 kilogram secara normal," katanya kepada mStar Online melalui aplikasi Whatsapp, di sini, Isnin.

Tambahnya, buat masa ini Liyana masih belum memberitahu nama yang dipilih untuk diberikan kepada bayi sulungnya itu.

Liyana mendirikan rumah tangga dengan Fathuddin Mazlan, 30, pada 2 Februari 2013 dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Seri Pacific, dekat sini.

Sumber: Mstar

Friday, May 2, 2014

Yasmin Hani Pasang CCTV Awasi Anak Di Rumah


Pelakon Yasmin Hani mengambil langkah keselamatan memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengawasi anaknya Noah Ismail Wong yang kini berusia 6 bulan sepanjang dia keluar bekerja.

Yasmin atau nama sebenarnya Yasmin Hani Ismail Richardson, 35, berkata, ia sebagai langkah berjaga-jaga apabila melepaskan tanggungjawab tersebut kepada pembantu rumah.

"Saya pasang CCTV dan boleh pantau melalui telefon bimbit. Saya beritahu pembantu rumah agar meletakkan anak saya di depan kamera tersebut kecuali waktu mandi sahaja, itu pun saya boleh gerakkan kamera itu 360 darjah.

"Saya sengaja pasang CCTV sebab takut hendak tinggalkan dia bawah jagaan orang lain. Dulu saya bergilir-gilir dengan suami untuk menjaga dia tetapi sekarang kami semakin sibuk dan terpaksa ambil pembantu rumah dari Indonesia," ujarnya kepadamStar Online.

Dalam pada itu, Yasmin berkata, ia juga sebagai salah satu cara dia melepaskan rindu kepada anak sulungnya itu.

Biarpun sibuk bekerja, namun cara itu membolehkan Yasmin berkomunikasi dengan anaknya.

"Saya boleh bercakap dengan dia dan dia pun boleh nampak saya melalui sambungan televisyen di rumah, jadi saya boleh lepaskan rindu.

"Dia juga akan rasa saya sentiasa ada bersama," katanya.

Yasmin yang turut terlibat dalam teaterDi Bawah Lindungan Kaabah mengakui sedang sibuk menjalani latihan tersebut setiap malam.

Tambahnya, ini merupakan pengalaman pertamanya beraksi dipentas teater dengan membawa naskhah yang agak berat.

"Ini merupakan kali pertama saya berada di pentas teater. Sebelum ini ada beberapa tawaran yang saya tolak kerana ada komitmen lain.

"Alhamdulillah, banyak yang saya belajar terutama daripada segi lontaran suara dan tarian yang bagi saya agak payah untuk dilakukan," katanya.

Teater Di Bawah Lindungan Kaabah adalah sebuah karya yang diadaptasi daripada novel hebat ulama terkenal Indonesia iaitu Profesor Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali sebagai Hamka.

Antara pelakon lain yang terlibat dalam pementasan itu ialah Adi Putra, Dafi, Elfira Loy dan Liza Abdullah.

Teater itu  bakal dipentaskan bermula 9 hingga 18 Mei depan

Sumber: Mstar

Monday, April 21, 2014

Photo Comel Anak Sulung Ashraf Muslim & Wan Sakinah


Hari ini, sudah menjadi trend untuk ibu bapa memotretkan wajah comel anak kesayangan mereka yang baru dilahirkan. Pasangan Ashraf Muslim dan Wan Sakinah juga tidak ketinggalan mengambil langkah sama untuk anak sulung mereka, Sarah Ashraf.

Menerusi akaun Instagram, Ashraf dan Wan Sakinah telah memuat naik foto-foto comel Sarah yang telah dirakamkan oleh jurufoto profesional, The Photolicious.

Tentunya, foto-foto ini akan memahat memori indah dalam hidup pasangan ini. Klik sini lebih photo

Sumber: Media Hiburan

Wednesday, April 2, 2014

Photo: Elliza AF Timang Anak Sulung


Kepada peminat program realiti nyanyian, Akademi Fantasia musim ketiga tentu mengenali salah seorang pesertanya yang bernama Elliza Razak. Berita terbaru mengenai Elliza, dia telah selamat melahirkan anak sulungnya pada 27 Mac lalu, tepat jam 9.51 pagi.

Bayi comel yang diberi nama Andhiqa Ellisya ini merupakan hasil daripada perkahwinan yang dibina bersama suaminya, Khairul Adzwan Nasir.



Difahamkan, Ellisya telah dilahirkan melalui kaedah ceasarean dengan berat 4.06 kilogram. Malah, bayi comel ini turut mempunyai akaun Instagramnya sendiri.

Tahniah diucapkan kepada Elliza dan suami, semoga kehadiran cahaya mata ini akan mengeratkan lagi hubungan mereka sekeluarga.


Sumber: Media Hiburan

Sunday, March 2, 2014

Justin Bieber Video Muzik 'Baby' Cecah 1 Billion Tontonan

Penyanyi Justin Bieber mencipta sejarah tersendiri apabila video muzik untuk single yang dilancarkan pada 2010, 'Baby' telah mencecah satu billion tontotan di Vevo. Pencapaian ini sekali gus menjadikan Bieber artis pertama yang berjaya mencecah angka tersebut di platform itu.


Selain 'Baby', Bieber juga mempunyai beberapa video muzik lain yang mencecahkan jumlah tontonan melebihi 100 juta iaitu lagu 'Never Say Never',''One Time', 'Somebody To Love', 'Never Let You Go', 'One Less Lonely Girl', 'Love Me'. 'Girlfriend', 'As Long As You Love Me' dan 'Beauty And A Beat'.

Kejayaan Bieber ini membuktikan sokongan peminatnya yang digelar 'Beliebers' menjadikan popularitinya tidak pudar walaupun sering dihimpit kontroversi yang boleh menjejaskan kariernya.

Sumber: mediahiburan

Thursday, February 27, 2014

Beego & Linda Hashim Bakal Sambut Anak Sulung

Beego dan Linda Hashim yang mengabadikan kenangan sebelum menyambut kelahiran anak sulung mereka sedikit masa lagi menerusi akaun Facebook Ryaniez Moments Photography

Foto-foto yang dirakamkan di persisiran pantai Morib ini kelihatan begitu indah dengan pasangan ini mengenakan pakaian bewarna putih. Linda yang usia kandungannya mencecah 32 minggu juga dilihat begitu berseri ketika menghampiri saat-saat bergelar ibu.

Tahniah diucapkan kepada pasangan ini, kami mendoakan agar Linda selamat sepanjang proses kelahiran kelak dan melahirkan zuriat yang sihat dan comel.

Sumber: Mediahiburan

Wednesday, February 19, 2014

SIMON COWELL DIKURNIAKAN BAYI LELAKI

Simon Cowell
Pengkritik muzik paling laser kelahiran British, Simon Cowell adalah orang yang sangat gembira pada saat ini, lebih-lebih lagi selepas dia dikurniakan seorang bayi lelaki hasil hubungannya bersama teman wanitanya, Lauren Silverman.

Menerusi laman Twitter miliknya, Simon Cowell telah berkongsi gambar bayi lelakinya pada Ahad lalu.

"Sekarang..anda boleh melihat betapa kacaknya si kecil Eric," kata Simon Cowell yang sudah pun menamakan anak tersebut dengan nama yang disukainya.

Simon Cowell dan Lauren Silevrman telah memperolehi cahaya mata yang pertama itu pada Hari Kekasih yang jatuh pada tanggal 14 Februari lalu.

"Eric telah dilahirkan pada jam 5.45 petang. Sihat dan kacak. Ibunya, Lauren pula berada dalam keadaan yang baik. Terima kasih kepada semua yang memberikan ucapan tahniah," kata Simon lagi.

Pasangan ini menamakan anak pertama mereka itu sempena nama bapa Simon Cowell, Eric Selig Phillip Cowell yang meninggal dunia pada 1999.

Sumber: Murai

Friday, February 7, 2014

Photo: Tahniah buat Apek dengan baby barunya

Tahniah diucapkan kepada penjaga gol kebangsaan Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat (Apek) kerana isterinya Leuniey Natasha selamat melahirkan bayi perempuan tepat jam 2.55petang 3 Feb 2014. Bayi sulung pasangan ini dilahirkan secara normal dengan berat 2.75kg.

Bayi comel yang dinamakan Kayla Elayna ini telah mengumpul jumlah pengikut seramai lebih daripada 12 ribu orang di istagram.






Tuesday, February 4, 2014

Ashraf Muslim Bakal Bergelar Bapa?


Pernikahan Ashraf Muslim dan Wan Sakinah dahulu pernah dilanda kontroversi apabaila beliau merahsiakan perkahwinan mereka di khalayak umum.

Terbaru, Wan Sakinah telah berkongsi yang menandakan berita gembira buat dua pasangan tersebut. Tahniah Ashraf Muslim !

Friday, January 3, 2014

Nurul dedah wajah anak

Nurul dedah wajah anak


Selepas tiga bulan berahsia, penyanyi Nurul Wahab akhirnya mendedahkan foto anak keduanya di laman sosial.

Foto Zachary Depp bukan sahaja dimuat naik di laman Instagram, ia juga turut disiarkan di blog rasmi Nurul.


Read more at : AstroAwani