Showing posts with label Wardina. Show all posts
Showing posts with label Wardina. Show all posts

Saturday, November 8, 2014

Yusof Haslam Anggap Wardina Tidak Matang Komen Isu Buli

PETALING JAYA: Presiden, Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Datuk Yusof Haslam menyifatkan kenyataan aktres Wardina Safiyyah menyalahkan filem-filem gengster tempatan sebagai punca terjadinya kes buli melibatkan pelajar sekolah di negara ini merupakan pendapat yang tidak matang.

Yusof berkata, sepatutnya sebagai seorang yang berpelajaran seperti Wardina, dia perlu berfikiran luas dan tidak menuding jari pada satu pihak tanpa mengkaji dahulu punca-punca gejala sosial itu berlaku.

"Saya tidak setuju dengan kenyataannya itu kerana ia lebih berunsur emosi tanpa berfikir secara matang. Dia melihat pada skop di satu pihak sahaja.

"Kita juga sedia maklum, masalah gejala sosial ini sudah lama berlaku dan secara logiknya, adakah patut filem tempatan kita dipersalahkan?

"Bukankah banyak lagi akses lain yang lebih mudah terutamanya menerusi Internet untuk golongan remaja zaman kini untuk menonton video-video yang tidak sepatutnya?," soalnya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.


Wardina Safiyyah

Wardina menerusi laman Facebook miliknya pada Khamis meminta agar penerbit filem-filem berunsur gengster supaya bertanggungjawab terhadap kes buli melibatkan pelajar sekolah yang semakin berleluasa di negara ini.

Wardina berkata, kebanyakan filem gengster yang ditayangkan memberi inspirasi kepada penonton untuk melakukan tindakan ganas sama seperti pelakon-pelakon popular di layar lebar.

Sementara itu. Yusof berkata, kenyataan Wardina itu dapat menjejaskan lagi industri perfileman negara yang sememangnya sedang 'nazak'.

"Kenyataan dia ternyata telah mengguris kebanyakan penggiat filem negara ini. Kalau orang negara luar tahu tentang isu yang timbul ini, mereka akan gelak, buat malu orang Malaysia saja.

"Ini kerana secara logiknya, filem-filem ganas tidak ada nilai untuk ditiru aksinya berbanding video-video di internet, di mana kanak-kanak pun boleh buka dan menontonnya jika tiada kawalan daripada ibu bapa," tegasnya.

Pada awal minggu lalu, tersebar sebuah klip video kes buli yang telah menjadi viral di Facebook.

Klip video selama lima minit itu dirakam di asrama dan dipercayai berlaku di sekolah berasrama penuh, menunjukkan sekumpulan pelajar lelaki sedang dipukul oleh rakan sekolah mereka.

Selepas itu muncul pula video seorang remaja dipukul rakan-rakannya sehingga cedera.

Sumber: Mstar

Wednesday, April 23, 2014

Kontroversi : Wardina Dengar Penjelasan Ustaz Don, Gantung Status FB

Keraguan pelakon Wardina Safiyyah mengenai kesahihan ceramah agama Ustaz Don yang dikatakan menggunakan hadis-hadis palsu terjawab apabila dia dapat bercakap dengan penceramah itu.

Wardina berkata, ustaz tersebut telah memberi penjelasan dan menjawab kemusykilan yang timbul selain dia juga turut meminta maaf terhadap isu berkenaan yang menjadi kontroversi.

"Saya sudah berhubung secara peribadi dengan Ustaz Don melalui telefon dan dia sudah memberi penjelasannya.

"Hanya Allah lebih tahu segala-galanya dan saya harap isu ini tidak diperbesarkan lagi," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Selasa.

Wardina juga enggan mengulas secara terperinci apa yang dibualkan dengan ustaz berkenaan.

Dalam pada itu, Wardina berkata, dia mengambil pendekatan memohon maaf kepada Ustaz Don apabila banyak pihak mengehentamnya selepas dia bertindak berkongsi rakaman kompilasi video ceramah yang dikatakan mengaibkan ustaz tersebut.

Sementara itu, pelakon Spanar Jaya itu memberitahu dia tidak akan memuat naik sebarang status lagi dan menyerahkan pengendalian laman Facebook miliknya kepada pihak pengurusan buat sementara waktu.

Katanya, tindakan itu bagi mengelakkan sebarang provoksi yang ditimbulkan oleh pengguna laman sosial itu yang boleh memburukan lagi keadaan.

"Saya tidak akan muat naik apa-apa status buat masa ini bagi meredakan keadaan, semua perkara tentang laman sosial ini akan dikendalikan oleh admin," katanya.


Pada 16 April lalu, Wardina telah mengeluarkan kenyataan melalui Facebook miliknya dengan mempersoalkan kandungan ceramah Ustaz Don melalui video yang telah tersebar di Internet.

Bagaimanapun, kenyataan tersebut disalah tafsir dan mendapat reaksi negatif daripada segelintir pelayar laman sosial dengan menganggap Wardina cuba mengaibkan ustaz berkenaan.

Bagaimanapun Ustaz Don dalam reaksi balasnya menerusi rakaman video menganggap apa yang berlaku itu sebagai satu fitnah apabila rakaman ceramahnya yang disebarkan itu merupakan kandungan yang sudah diedit.

Ustaz Don atau Don Daniyal  merupakan hos bagi rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don di TV AlHijrah

Sumber: Mstar

Wednesday, May 30, 2012

Wardina Tidak Fobia Kerana Panggilan Lucah

news: mstar

Personaliti televisyen terkenal, Wardina Saffiyah Fadhlullah memberitahu masih menunggu hasil siasatan terhadap laporan polis yang dibuat berhubung gangguan panggilan lucah menerusi telefon yang diterimanya Ahad lalu.
Wardina, 33, berkata, dia tidak terlalu terburu-buru untuk mengetahui mengenai kes berkenaan kerana apa yang lebih penting mesej di sebalik perbuatan tidak bermoral lelaki terbabit telah disebarkan kepada masyarakat.
"Mungkin pada sesetengah pihak anggap perkara itu adalah remeh tetapi sebenarnya ia boleh menggagu dan mengakibatkan masalah lain kemudian hari. more #wardina


source:
mstar

Thursday, June 30, 2011

Wardina Saman 245 Blogger's

Wardina Saman 245 Blogger's

Pengacara program Malaysia Hari Ini (MHI) Wardina Safiyyah Fadlullah, 32, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap laman blog sekiranya artikel yang mendakwa dia menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menyokong perhimpunan BERSIH tidak dikeluarkan.

Beliau berkata, tuduhan dilemparkan ke atasnya, termasuk menyiarkan gambar yang tidak berhijab oleh beberapa blog adalah satu perkara serius yang mengaibkan dirinya dan keluarga. “Adalah tidak benar mengatakan saya terbabit dengan parti itu. Saya ingin memberi penjelasan atas salah faham dan kekeliruan yang disiarkan dalam beberapa blog. “Kehadiran saya di Karnival Mesra Rakyat 26 Jun lalu di Desa Mentari adalah sebagai jemputan untuk memberi ceramah motivasi keibubapaan. Saya tidak diberitahu penganjur bahawa (Mohamad) Azmin Ali akan hadir sama,” katanya ketika sidang media di sini, semalam.

Pada sidang akhbar selama 30 minit itu, Wardina ditemani dua peguamnya, Muhammad Hanif Harun dan Iylia Iqbal Ibrahim.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan berkenaan gambar dan penulisan yang disiarkan menerusi blog yang memberi gambaran bahawa beliau menyokong perhimpunan BERSIH dan PKR.

source:
unitmediasiber