Wardina Saman 245 Blogger's
Pengacara program Malaysia Hari Ini (MHI) Wardina Safiyyah Fadlullah, 32, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap laman blog sekiranya artikel yang mendakwa dia menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menyokong perhimpunan BERSIH tidak dikeluarkan.
Beliau berkata, tuduhan dilemparkan ke atasnya, termasuk menyiarkan gambar yang tidak berhijab oleh beberapa blog adalah satu perkara serius yang mengaibkan dirinya dan keluarga. “Adalah tidak benar mengatakan saya terbabit dengan parti itu. Saya ingin memberi penjelasan atas salah faham dan kekeliruan yang disiarkan dalam beberapa blog. “Kehadiran saya di Karnival Mesra Rakyat 26 Jun lalu di Desa Mentari adalah sebagai jemputan untuk memberi ceramah motivasi keibubapaan. Saya tidak diberitahu penganjur bahawa (Mohamad) Azmin Ali akan hadir sama,” katanya ketika sidang media di sini, semalam.
Pada sidang akhbar selama 30 minit itu, Wardina ditemani dua peguamnya, Muhammad Hanif Harun dan Iylia Iqbal Ibrahim.
Beliau berkata demikian bagi menjelaskan berkenaan gambar dan penulisan yang disiarkan menerusi blog yang memberi gambaran bahawa beliau menyokong perhimpunan BERSIH dan PKR.
source:
unitmediasiber
Related Posts:
Abby Mahu Norman & Memey SedarNews @ MstarDedah Tinggal Serumah, Abby Mahu Norman & Memey SedarPETALING JAYA: Pelakon Abby Abadi mahu memberi kesedaran kepada bekas suaminya Norman Hakim dan Memey Suhaiza dengan mendedahkan perbualan telefon di antara… Read More
Diddy Hirdy Tenang Lihat Wajah Anak SulungNews @ MstarPETALING JAYA: Penyanyi Diddy Hirdy atau pun Syamsul Hirdy Muhid mengakui tidak mampu mengambarkan perasaan bercampur baur antara gembira dan terharu apabila isterinya Allen Nor Azah Musa selamat menimang cahaya m… Read More
TV3 siasat Karam Singh WaliaNews @ KosmoPETALING JAYA - Sistem Televisyen Malaysia Bhd. (TV3) telah memulakan siasatan dalaman berhubung tindakan pihak berkuasa terhadap wartawan dan pengacara televisyen TV3, Karam Singh Walia.Karam Singh sebelum ini di… Read More
Tun Mahathir Rasa Janggal Ditemu Bual Siti NurhalizaNews @MStarPETALING JAYA: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, 86, berasa janggal ketika ditemu bual penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, 31, pada rakaman program bual bicara yang berjudul S… Read More
Ariel Peterpan - Jail term sought in Indonesian sex tape scandalNews @ The Associated PressAriel Peterpan - Jail term sought in Indonesian sex tape scandalJAKARTA, Indonesia -- Prosecutors are seeking a five-year prison term for an Indonesian pop star accused of making sex tapes with two … Read More
0 comments:
Post a Comment