Showing posts with label Faezah Elai. Show all posts
Showing posts with label Faezah Elai. Show all posts

Saturday, September 10, 2011

Photo: Pernikahan Faezah Elai & Heykal Hanafiah

Photo: Pernikahan Faezah Elai & Heykal Hanafiah

Pelakon Faezah Elai telah sah bergelar isteri buat pengarah drama, Heykal Hanafiah dalam majlis penuh gilang gemilang, sekitar pukul 3.30 petang tadi . Heykal Hanafiah yang dinikahkan oleh Jurunikah Kawasan A Timur Laut, Haji Abudllah Haji Yahya dengan sekali lafaz mengikatkan tali perkahwinan mereka beserta dengan mas kahwin sebanyak RM1001 tunai, manakala jumlah hantaran dirahsiakan.


Friday, August 12, 2011

Kontroversi Punca Jodoh Faezah Elai & Heykal

news @mStar

Kontroversi Punca Jodoh Faezah Elai & Heykal

Pelakon jelita Faezah Elai memberitahu kontroversi yang tercetus di antara dia dan pengarah Heykal Hanafiah telah menimbulkan bibit cinta mereka berdua.

Jelas Faezah, dia dan Heykal mula rapat apabila sering bertemu bagi menyelesaikan masalah yang mengaitkan mereka.

"Saya rapat dengan Heykal selepas kontroversi yang melanda kami, padahal sebelum kontroversi tersebut memang kami tiada sebarang hubungan langsung.

"Pada asalnya kami hanya berbincang untuk mencari jalan penyelesaian terhadap isu tersebut dan akhirnya hubungan itu melahirkan satu perasaan lain," katanya ketika ditemui pada sidang media majlis pelancaran filem Tanda Putera, Perbadanan Kemajuan Filem Merdeka (Finas) di sini, Selasa.
more

Tuesday, August 9, 2011

Faezah nak nikah. Dengan Heykal Hanifah ke?

gossip @manggaonline

Faezah nak nikah. Dengan Heykal Hanifah ke?


Pelakon berbakat yang sarat kontroversi, Faezah Elai mengaku akan bernikah pada 9 September ini di rumah keluarganya di Pulau Pinang.
Tapi gerangan lelaki yang akan mengahwininya tidak didedahkan kepada umum. Namun bayangan lelaki yang disebutnya membuatkan orang yang mengikuti perkembangannya mengagak, lelaki tersebut ialah pengarah drama Asmara, Heykal Hanifah.

Faezah belum sedia perkenalkan nama bakal suami. Heykal yang kini berstatus duda pernah menjadi hangat apabila hubungannya dengan Faezah diperkatakan sebelum rumah tangganya dengan seorang pegawai perhubungan awam di sebuah syarikat rakaman musnah. Mereka dah sah bercerai. more