Showing posts with label accident. Show all posts
Showing posts with label accident. Show all posts

Thursday, April 17, 2014

Breaking News: Karpal Singh maut kemalangan dekat Gopeng


Bekas Pengerusi DAP yang juga peguam terhormat, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan dekat Gua Tempurung, Gopeng awal pagi ini.

Karpal, 74, maut di tempat kejadian dalam nahas yang berlaku kira-kira pukul 1 pagi itu. Kemalangan itu turut meragut nyawa pembantu beliau, Michael Cornelius, 39 tahun.

Anak sulung Karpal, Gobind Singh Deo mengesahkan pemergian bapanya melalui satu kenyataan di Twitter pada pukul 3.40 pagi.



Karpal sebelum itu dilaporkan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang bersama anak lelakinya, Ramkarpal Singh untuk mengendalikan satu kes mahkamah pagi ini. Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata Karpal, dan pembantu peribadinya Michael, maut di tempat kejadian.

Selain itu, katanya, pembantu rumah Karpal Singh, seorang wanita warga Indonesia cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki pemimpin DAP itu, Ram Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu.


"Siasatan awal polis mendapati kenderaan MPV jenis Toyota Alphard berwarna putih yang membawa lima penumpang termasuk Karpal Singh dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dipercayai hilang kawalan apabila tiba di kawasan kejadian dan melanggar bahagian kanan lori yang sedang bergerak di sebelah kiri laluan itu," katanya. Ramkarpal dan pemandu kereta yang mereka naiki dilaporkan cedera.


Menurut laporan, kereta jenis Toyota Alphard yang mereka berlanggar dengan sebuah lori. Rakaman foto di tempat kejadian menunjukkan kenderaan berwarna putih itu rosak teruk.

Beliau berkata lori lima tan yang membawa muatan simen, besi dan mozek itu dipercayai bergerak perlahan di sebelah kiri laluan ke utara itu memandangkan ia membawa muatan berat dan tempat kejadian juga merupakan kawasan laluan berbukit.

Ng berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.
Semakan polis terhadap kenderaan MPV Toyota Alphard tersebut mendapati terdapat 29 kesalahan lalulintas memandu laju direkodkan dibawah Seksyen 079 (2) Akta Pengangkutan jalan 1987 dan daripada jumlah tersebut, 15 saman masih belum dijelaskan.

Operasi menyelamat kesemua mangsa dalam kemalangan itu dibantu anggota Bomba dan Penyelamat di tempat kejadian, katanya.

Karpal pernah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada 2005 yang menyebabkan beliau lumpuh dan sejak itu menggunakan kerusi roda.

Sumber: Astro Awani

Saturday, February 22, 2014

Ainan Tasneem Terlibat Lagi Dalam Kemalangan

Ainan Tasneem berdepan detik cemas apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya bersama empat rakannya yang lain di Kangar, Perlis malam tadi.

Menerusi akaun Instagramnya, Ainan menceritakan saat-saat cemas kemalangan tersebut sambil menjelaskan keadaan mereka yang selamat walaupun kereta yang dinaiki rosak teruk.


"Alhamdulillah tiada siapa yg cedera parah. Cuma cedera ringan, luka2 sikit dan sakit2 badan kerana impact yg terlalu kuat. Accident berlaku ketika dalam perjalanan drpd sg chuchuh ke wg ulu melalui jalan sg batu pahat. Jalan tu terlalu gelap, tiada lampu jalan, dan sangat lah licin. so org perlis please please please make sure bawak seslow yg mungkin dekat kawasan tu. Bahaya, jalan sgt licin dan bengkang bengkok. Senang je nak terbabas kalau terbawak laju sikit dan itulah yg terjadi kpd kami.

"Kwn baik sy which is the one yg drive mngalami sedikit trauma, dua kawan yg lain luka2 di muka dan tangan, dan sy dan seorang kwn lagi cuma mengalami lebam2 dan sakit2 badan yg teramat. Jgn risau tiada siapa yg cedera parah. Terima kasih atas keprihatinan anda semua. Jujur, sy terharu dan hargai sgt. Cuma berikan sedikit masa kpd sy utk berehat sbelum mengasak sy dgn pelbagai soalan2 utk ditemuramah. Harap anda semua faham ya. Terima kasih di atas doa anda semua," tulis panjang lebar.

Pada Julai tahun lalu, Ainan juga terlibat dalam kemalangan apabila kereta MyVi yang dinaiki bersama kawan baiknya berlanggar dengan sebuah kereta lain di lebuhraya New Pantai Express Highway (NPE).

Sumber: mediahiburan