Showing posts with label lisdawati. Show all posts
Showing posts with label lisdawati. Show all posts

Thursday, May 1, 2014

Ziela Tidak Hirau Kontroversi, Satukan Semula Sharnaaz & Nelydia Senrose


PENERBIT drama Ziela Jalil memberitahu bakal menyatukan semula pasangan pelakon Bukan Kerana Aku Tak Cinta iaitu Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose dalam drama terbaharunya berjudul Di Bawah Lindungan Kaabah.

Ziela selaku Pengarah Urusan,  Pena Creative Sdn. Bhd. berkata, keserasian dan populariti yang diraih kedua-dua pelakon itu dalam Bukan Kerana Aku Tak Cinta membuatkan dia cuba menggabungkan lagi mereka berdua.

"Saya suka dengan keserasian mereka dalam drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta dan saya akan gandingkan mereka drama adaptasi novel berjudul Di Bawah Lindungan Kaabah.

"Namun kali ini watak mereka berlainan dan bertentangan dengan drama itu. Novel itu merupakan antara novel terlaris di pasaran dan ada pengikut tersendiri," katanya kepada mStar Online.

Tambah Ziela, selain pasangan tersebut beberapa artis popular dan kontroversi turut berlakon dalam karya itu termasuklah Keith Foo, Diana Danielle dan Azlee Khairi.

Dia juga yakin senarai nama besar dalam drama tersebut bakal mendapat perhatian dan rating yang tinggi.


"Saya kumpulkan semua pelakon hebat untuk sebuah drama yang baik dan Insyaallah kita akan memulakan penggambaran tidak lama lagi," katanya.

Dalam pada itu mengulas tentang kontroversi yang menimpa  beberapa pelakon itu termasuklah insiden Sharnaaz dikatakan bergaduh dengan Lisdawati, Ziela mengakui pada awalnya kejadian itu agak merisaukan.

Bagaimanpun, katanya, sambutan terus menggalakkan dan penonton lebih memberi perhatian kepada watak-watak yang dibawakan oleh pelakon berbanding kontroversi yang menimpa mereka.

Sumber: Mstar

Saturday, April 26, 2014

Sharnaaz Enggan Mati Tak Tutup Mata Kerana Lisdawati

Pelakon Sharnaaz Ahmad ingin bersemuka dengan aktres Lisdawati dan suaminya Fauzi Nawawi selepas wanita itu selamat bersalin bagi  menyelesaikan isu pertelingkahan di antara mereka ketika penggambaran drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

Sharnaaz, 29, berkata, dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan sehingga mampu menjejaskan kesihatan Lisdawati yang kini sedang sarat mengandung anak ketiga.

“Pergaduhan saya dan Lisdawati itu biarlah berlalu, tetapi saya rasa ia patut diselesaikan kerana saya tidak mahu kalau saya mati, mata tidak tertutup rapat.

“Tapi tunggu masa yang sesuai mungkin selepas dia beranak dahulu baru bincang,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan episod akhir drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta di Encorp Strand Mall, di sini, malam Selasa lalu.

Sharnaaz berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kontroversi antara dia dan Lisdawati apabila wanita itu  mendakwa diserang dan diugut Sharnaaz ketika penggambaran drama berkenaan.

Dalam kejadian Februari lalu itu, Lisda  membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi sebagai langkah keselamatan.

Sementara itu, Sharnaaz berkata, dia enggan memanjangkan dan bercakap tentang perkara tersebut lagi. baca artikel penuh

Sumber: Mstar

Sunday, March 2, 2014

Lana Nordin teruja tunai umrah kali pertama

Lana Nordin
SELEPAS dua tahun melakukan perancangan mengerjakan umrah, niat tersebut dimakbulkan buat pelakon Lana Nordin apabila menjejakkan kaki ke Tanah Suci hari ini.

Lana telah berkongsi rasa terujanya dan sudi berkongsi persiapan yang dilakukan sebelum berangkat.

"Alhamdulillah, segala perancangan saya mengerjakan umrah pada tahun ini telah dipermudahkan. Saya tidak mengalami sebarang masalah ketika memohon visa mahupun ketika menyelesaikan perkara-perkara berkaitan.

"Saya akan ke sana selama dua minggu ditemani adik lelaki saya serta pelakon Lisdawati. Doakan saya dan rombongan selamat pergi dan balik," ujar Lana dipetik Media Hiburan Online.

Mengambil keberkatan tatkala menjadi tetamu ALLAH, Lana turut berkongsi doa yang ingin dipanjatkan ketika berada di sana;

"Tiada apa yang saya minta kecuali dikurniakan kesihatan yang baik untuk saya dan ahli keluarga. Selain itu, saya juga memohon bertemu jodoh dan dimurahkan rezeki.

“Semoga doa saya ini akan diredai ALLAH SWT," tambah Lana yang  kini sedang berkawan rapat dengan seorang lelaki selepas putus cinta, baru-baru ini.

Sumber: Sinarharian

Saturday, March 1, 2014

ZIELA JALIL BERTANGGUNGJAWAB DAMAIKAN LISDAWATI DAN SHARNAAZ


Meskipun penggambaran drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta sudah pun tamat, namun sebagai produser, Pena Creative Pictures Sdn Bhd, Ziela Jalil akui akan cuba bertanggungjawab mendamaikan pertelingkahan yang berlaku antara pelakon Lisdawati dan Sharnaaz Ahmad.
Ziela Jalil berkata dia pasti apa yang berlaku hanya salah faham kecil di antara mereka kerana sebelum ini iaitu selama lebih 3 bulan melalui penggambaran kedua-dua pelakon itu tidak menunjukan sebarang masalah.

"Sebenarnya, saya sendiri tidak tahu menahu mengenai apa yang berlaku sehingga diberitahu mengenai berita dakwaan Lisdawati yang diserang Sharnaaz dalam sebuah akhbar.

"Saya sendiri terkejut kerana selama ini tiada siapa termasuk krew memberitahu mengenai apa yang berlaku di antara mereka, malah kedua-dua pelakon ini pun tidak ada mengadu apa-apa kepada saya.

"Tapi oleh kerana pertelingkahan itu berlaku di lokasi penggambaran produksi saya, jadi sebagai produser saya rasa bertanggungjawab untuk cuba bertanyakan apa masalah mereka berdua serta mendamaikan sehingga boleh berlaku begitu," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Ziela diminta mengulas selepas Lisdawati mendakwa dia telah diserang oleh Sharnaaz di lokasi penggambaran drama bersiri tersebut dalam sebuah laporan.

Sharnaaz bagaimana pun menafikan dakwaan tersebut dan akui Lisdawati cuba memfitnahnya.

Dalam pada itu, Ziela memberitahu dia tidak merasakan Sharnaaz boleh bertindak sebegitu kerana mengenali pelakon tersebut aktor itu seorang yang tenang dan menghormati orang lain serta menganggap ianya sebagai salah faham sahaja.

"Mengenali Sharnaaz, dia bukanlah seorang yang panas baran dan sentiasa commited dan disiplin dalam kerjanya, bila jadi isu yang saya anggap kecil dan mungkin salah faham kini namanya semakin buruk.

"Begitu juga dengan Lisdawati, dia bukan seorang yang suka bergaduh dan saya harap ianya dapat diselesaikan," jelasnya lagi.

Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang turut dibintangi oleh Nelydia Senrose kini sedang ditayangkan di Astro Mustika HD.

Sumber: Murai

SHARNAAZ AHMAD TUNAI PERMINTAAN FAUZI UNTUK PERIKSA OTAK!

Pelakon Sharnaaz Ahmad telah menunaikan permintaan Fauzi Nawawi yang meminta dia menjalani pemeriksaan doktor kerana dikatakan menjadi garang disebabkan terlalu mendalami watak sebagai Jebat di dalam drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

Menerusi akaun Instagram miliknya, Sharnaaz telah memuat naik sekeping gambar dia sedang memegang filem X-Ray yang menunjukkan imbasan di beberapa bahagian kepalanya.

Gambar tersebut yang dinaikkan kira-kira jam 11 pagi Khamis, disertakan ‘caption’ berbunyi: Saya dah buat MRI MRA.. Scan otak pun dah.. Di kawal rapi oleh Dr @sherrini dari PPUM.. Saya lulus, otak saya sihat dan jugak hensem otak saya hehe.. Anda bagaimana??? Sudah check? #halussssss

Astro Gempak terus menghubungi Sharnaaz Ahmad untuk mendapatkan komen kerana ramai yang mengaitkan gambar tersebut dengan kenyataan yang dikeluarkan Fauzi kepada media pada Rabu.

“Memang saya ada menjalani ujian MRI (Magnetic Resonance Imaging) dan MRA (Magnetic Resonance Angiogram) pada bahagian kepala saya pada awal bulan lepas kerana mengalami migrain yang teruk.

“Semua orang dilokasi tahu saya sering sakit kepala…Dari dulu lagi...Jadi saya pergi buat pemeriksaan bersama kakak saya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Tetapi kalau ada yang terasa, apa saya boleh kata…Saya tak ada niat nak persenda atau perli sesiapa pun,” katanya kepada Astro Gempak ketika dihubungi petang Khamis.


Mengulas tentang kontroversi yang melibatkan dia dan Fauzi, Sharnaaz memberitahu perkara ini telah diserahkan kepada peguamnya.

“Tak ada apa lagi yang boleh saya ulas tentang perkara ini kerana peguam saya sedang menguruskan segalanya,” katanya mengakhiri perbualan.

Sumber: Murai

Wednesday, February 26, 2014

Sharnaaz Ahmad mahu saman Lisdawati & Fauzi Nawawi

Pelakon Sharnaaz Ahmad memberi tempoh selama seminggu kepada pasangan Lisdawati dan suami, Fauzi Nawawi untuk tampil membuat permohonan maaf secara terbuka atau berdepan tindakan saman daripadanya.

"Saya bagi masa seminggu kepada Fauzi dan Lisdawati untuk minta maaf secara terbuka. Mereka juga kena minta maaf pada mak bapa saya atas apa yang sudah berlaku.

"Mereka sudah membuat cerita dan memburukkan keadaan, sedangkan benda ini boleh diselesaikan dengan baik. Bila orang panggil kita anjing kurap dan membabitkan mak bapa dalam kes ini, tahap kesabaran saya pun ada batasnya.

"Kalau mereka tak minta maaf dan terus memalukan saya, tunggu saja saman daripada saya semaksimum mungkin," katanya kepada Harian Metro.

Sharnaaz Ahmad
Kemelut antara pelakon berusia 29 tahun itu dan Lisdawati berpunca daripada tindakan Sharnaaz menengking Lisdawati di lokasi penggambaran pada 19 Februari lalu.

Memburukkan keadaan lagi apabila suami Lisdawati, Fauzi membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi sebagai perlindungan atas dakwaan diugut Sharnaaz.
Dalam pada itu, Sharnaaz turut berkata, dia tidak akan mengalah atau tunduk kepada pasangan itu kerana kebenaran berpihak kepadanya.

"Saya terlepas meninggikan suara disebabkan perangai buruk Lisdawati yang memburukkan saya di lokasi tanpa sebab sebelum benda itu sampai ke telinga saya akhirnya.

"Apabila kejadian berlaku, Fauzi pula berkomunikasi dengan biadab tapi dia tidak pula tunjukkan semua mesej itu. Sekarang saya tunjukkan semua."

Sementara itu, Sharnaaz turut mengesahkan bahawa dia juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang kelmarin.



Source: Hmetro

Tuesday, February 25, 2014

Komen Sharnaaz Ahmad Issue Ugut Lisdawati

Pelakon Sharnaaz Ahmad menganggap kenyataan Lisdawati yang mendakwa diserang sehingga menyebabkannya mengalami tekanan darah tinggi adalah tuduhan mengarut.

Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 29, berkata, dia enggan mengulas panjang berhubung perkara tersebut namun menganggap Lisdawati bersama suaminya, Fauzi Nawawi sengaja memanipulasi keadaan apabila mengeluarkan tuduhan sedemikian.

"Mereka memang sengaja memanipulasikan keadaan. Biarlah apa mereka nak cakap... cakaplah.

"Buat masa ini saya tidak mahu beritahu apa-apa. Tunggulah... bila saya bersedia untuk menjawab persoalan semua," baca artikel penuh

baca artikel berkaitan

sumber: Mstar

Monday, August 15, 2011

Lisdawati Jual Songkok 5 Inci

news @mStar

Lisdawati Jual Songkok 5 Inci

Jika kebanyakan artis mengambil peluang untuk berniaga pelbagai jenis kuih-muih, tudung atau pakaian bersempena bulan Ramadan ini, pelakon Lisdawati, 32, atau sebenarnya Nisdawati Nazarudin pula memilih untuk menjual songkok tinggi.

Kata aktres yang mesra disapa Lis ini, sebelum bergelar artis, dia sememangnya terlibat secara langsung dengan perniagaan keluarganya di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada setiap kali Ramadan.

Namun, ia terpaksa diketepikan selepas terbabit dalam bidang seni ekoran kesibukan jadual kerjanya.

"Sebenarnya, minat terhadap perniagaan memang sudah ada dalam diri sejak dulu lagi. Sebelum menjadi artis, saya membantu perniagaan keluarga yang menjual baju Melayu dan songkok pada setiap bulan Ramadan.
more

Wednesday, July 13, 2011

Lisdawati Belum Sedia Tegur, Maafkan Nadia Mustafar

Lisdawati Belum Sedia Tegur, Maafkan Nadia Mustafar

Pelakon Lisdawati menjelaskan masih belum bersedia untuk bertegur sapa dan menghulurkan salam pendamaian dengan pelakon Nadia Mustafar biarpun mereka sering berjumpa.

Jelas Lisda, dia lebih selesa dengan bersikap profesional iaitu berurusan atas dasar kerja sahaja sekiranya terserempak atau bertemu pelakon itu di sesebuah majlis.

"Kenapa saya perlu meminta maaf dan hulurkan salam pendamaian, dia yang sepatutnya melakukan perkara itu.

"Bagaimanapun saya dan dia tiada sebarang masalah dan lebih elok rasanya kami hanya bersikap profesional iaitu bertemu atas dasar kerja apabila bertemu.