Saturday, March 1, 2014

ZIELA JALIL BERTANGGUNGJAWAB DAMAIKAN LISDAWATI DAN SHARNAAZ


Meskipun penggambaran drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta sudah pun tamat, namun sebagai produser, Pena Creative Pictures Sdn Bhd, Ziela Jalil akui akan cuba bertanggungjawab mendamaikan pertelingkahan yang berlaku antara pelakon Lisdawati dan Sharnaaz Ahmad.
Ziela Jalil berkata dia pasti apa yang berlaku hanya salah faham kecil di antara mereka kerana sebelum ini iaitu selama lebih 3 bulan melalui penggambaran kedua-dua pelakon itu tidak menunjukan sebarang masalah.

"Sebenarnya, saya sendiri tidak tahu menahu mengenai apa yang berlaku sehingga diberitahu mengenai berita dakwaan Lisdawati yang diserang Sharnaaz dalam sebuah akhbar.

"Saya sendiri terkejut kerana selama ini tiada siapa termasuk krew memberitahu mengenai apa yang berlaku di antara mereka, malah kedua-dua pelakon ini pun tidak ada mengadu apa-apa kepada saya.

"Tapi oleh kerana pertelingkahan itu berlaku di lokasi penggambaran produksi saya, jadi sebagai produser saya rasa bertanggungjawab untuk cuba bertanyakan apa masalah mereka berdua serta mendamaikan sehingga boleh berlaku begitu," katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Ziela diminta mengulas selepas Lisdawati mendakwa dia telah diserang oleh Sharnaaz di lokasi penggambaran drama bersiri tersebut dalam sebuah laporan.

Sharnaaz bagaimana pun menafikan dakwaan tersebut dan akui Lisdawati cuba memfitnahnya.

Dalam pada itu, Ziela memberitahu dia tidak merasakan Sharnaaz boleh bertindak sebegitu kerana mengenali pelakon tersebut aktor itu seorang yang tenang dan menghormati orang lain serta menganggap ianya sebagai salah faham sahaja.

"Mengenali Sharnaaz, dia bukanlah seorang yang panas baran dan sentiasa commited dan disiplin dalam kerjanya, bila jadi isu yang saya anggap kecil dan mungkin salah faham kini namanya semakin buruk.

"Begitu juga dengan Lisdawati, dia bukan seorang yang suka bergaduh dan saya harap ianya dapat diselesaikan," jelasnya lagi.

Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang turut dibintangi oleh Nelydia Senrose kini sedang ditayangkan di Astro Mustika HD.

Sumber: Murai

Related Posts:

  • Ezany Tampil Bela Sharnaaz Ahmad Ketika pelakon popular, Sharnaaz Ahmad dikecam berikutan dakwaan menyerang dan mengugut pelakon Lisdawati, terdapat juga rakan artis yang berdiri teguh di belakang teraju utama drama bersiri 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta' ini… Read More
  • Komen Sharnaaz Ahmad Issue Ugut Lisdawati Pelakon Sharnaaz Ahmad menganggap kenyataan Lisdawati yang mendakwa diserang sehingga menyebabkannya mengalami tekanan darah tinggi adalah tuduhan mengarut. Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 29, berkata, … Read More
  • Photo: SHARNAAZ AHMAD PASANG TATU? Terkejut ADMIN bila ternampak gambar-gambar bertatu penuh di badan dan lengan pelakon, Sharnaaz Ahmad dalam laman sosial Instagram yang heboh diperkatakan dalam internet. Kenapa pulak Sharnaaz yang beragama Islam itu bol… Read More
  • Sharnaaz Enggan Komen Foto Kemesraan Dengan Nelydia Senrose Pelakon Sharnaaz Ahmad tidak mahu kontroversi gambar mesranya dengan aktres Nelydia Senrose, 20, terus berpanjangan dan enggan memberi sebarang ulasan berhubung kemelut itu. Malah Sharnaaz, 29, juga berkata, dia mengambil … Read More
  • PANAS : Sharnaaz Serang Nisdawati ? Nisdawati dikatakan diserang Sharnaaz di set pengambaraan pada jam 11 malam pada 19 Februari. Nisdawati dikatakan menggigil ketika diserang, dimarahi dan dimaki hamun oleh Sharnaaz. Nisdawati terpinga-pinga dan mendiamkan … Read More

0 comments:

Post a Comment