Pelakon Nur Fathia mengakui keserasiannya bergandingan dengan aktor Keith Foo dalam drama bersiri Ariana Rose membuatkan ramai peminat drama tersebut mendesak mereka agar menjalinkan hubungan cinta.
Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Latiff, 26, berkata, peminat-peminat memberi pelbagai reaksi dan komen di laman sosial mereka yang ingin melihat mereka mempunyai hubungan yang serius.
"Ramai peminat yang meminta kami bercinta di luar set penggambaran, mungkin kerana keserasian kami dalam Ariana Rose itu membuatkan peminat mahu melihat ia menjadi kenyataan di luar drama.
"Tetapi mereka seharusnya dapat membezakan antara lakonan dan dunia nyata, saya sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Aiman Hakim Redza, manakala Keith pula seorang yang sangat setia dengan kekasihnya,"
Tambah Fathia, biarpun lakonan romantiknya dengan Keith Foo dilihat 'menjadi', namun dia mengakui ia bukan perkara yang mudah untuk dilakukan.
Katanya, Keith seorang yang sangat pemalu sehingga membuatkannya kekok untuk melakonkan beberapa babak mesra dalam drama tersebut.
"Penonton mungkin nampak kami serasi tetapi ketika di set penggambaran ia sangat susah untuk dilakukan.
"Ada babak mesra yang kami jadi segan dan kekok, Keith pula memang seorang yang pemalu," katanya. baca artikel penuh
Sumber: Mstar
Wednesday, February 26, 2014
Peminat Desak Nur Fathia & Keith Foo Bercinta
Related Posts:
Peminat Desak Nur Fathia & Keith Foo BercintaPelakon Nur Fathia mengakui keserasiannya bergandingan dengan aktor Keith Foo dalam drama bersiri Ariana Rose membuatkan ramai peminat drama tersebut mendesak mereka agar menjalinkan hubungan cinta. Fathia atau nama sebenarn… Read More
Keith Foo menaikkan namanya menerusi drama rantaian popular Ariana Rose ? Watak Tengku Adam Kamil menerusi drama rantaian popular Ariana Rose yang berakhir Khamis lalu, melonjakkan nama Keith Foo dalam industri hiburan tanah air. Ramai mula memberi perhatian terhadap pelakon yang terlebih dulu… Read More
0 comments:
Post a Comment