Saturday, March 1, 2014

SHARNAAZ AHMAD TUNAI PERMINTAAN FAUZI UNTUK PERIKSA OTAK!

Pelakon Sharnaaz Ahmad telah menunaikan permintaan Fauzi Nawawi yang meminta dia menjalani pemeriksaan doktor kerana dikatakan menjadi garang disebabkan terlalu mendalami watak sebagai Jebat di dalam drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

Menerusi akaun Instagram miliknya, Sharnaaz telah memuat naik sekeping gambar dia sedang memegang filem X-Ray yang menunjukkan imbasan di beberapa bahagian kepalanya.

Gambar tersebut yang dinaikkan kira-kira jam 11 pagi Khamis, disertakan ‘caption’ berbunyi: Saya dah buat MRI MRA.. Scan otak pun dah.. Di kawal rapi oleh Dr @sherrini dari PPUM.. Saya lulus, otak saya sihat dan jugak hensem otak saya hehe.. Anda bagaimana??? Sudah check? #halussssss

Astro Gempak terus menghubungi Sharnaaz Ahmad untuk mendapatkan komen kerana ramai yang mengaitkan gambar tersebut dengan kenyataan yang dikeluarkan Fauzi kepada media pada Rabu.

“Memang saya ada menjalani ujian MRI (Magnetic Resonance Imaging) dan MRA (Magnetic Resonance Angiogram) pada bahagian kepala saya pada awal bulan lepas kerana mengalami migrain yang teruk.

“Semua orang dilokasi tahu saya sering sakit kepala…Dari dulu lagi...Jadi saya pergi buat pemeriksaan bersama kakak saya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Tetapi kalau ada yang terasa, apa saya boleh kata…Saya tak ada niat nak persenda atau perli sesiapa pun,” katanya kepada Astro Gempak ketika dihubungi petang Khamis.


Mengulas tentang kontroversi yang melibatkan dia dan Fauzi, Sharnaaz memberitahu perkara ini telah diserahkan kepada peguamnya.

“Tak ada apa lagi yang boleh saya ulas tentang perkara ini kerana peguam saya sedang menguruskan segalanya,” katanya mengakhiri perbualan.

Sumber: Murai

Related Posts:

  • ZIELA JALIL BERTANGGUNGJAWAB DAMAIKAN LISDAWATI DAN SHARNAAZ Meskipun penggambaran drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta sudah pun tamat, namun sebagai produser, Pena Creative Pictures Sdn Bhd, Ziela Jalil akui akan cuba bertanggungjawab mendamaikan pertelingkahan yang berlaku a… Read More
  • Sharnaaz Ahmad mahu saman Lisdawati & Fauzi NawawiPelakon Sharnaaz Ahmad memberi tempoh selama seminggu kepada pasangan Lisdawati dan suami, Fauzi Nawawi untuk tampil membuat permohonan maaf secara terbuka atau berdepan tindakan saman daripadanya. "Saya bagi masa seminggu k… Read More
  • SHARNAAZ AHMAD TUNAI PERMINTAAN FAUZI UNTUK PERIKSA OTAK! Pelakon Sharnaaz Ahmad telah menunaikan permintaan Fauzi Nawawi yang meminta dia menjalani pemeriksaan doktor kerana dikatakan menjadi garang disebabkan terlalu mendalami watak sebagai Jebat di dalam drama bersiri Bukan Ker… Read More
  • PANAS : Sharnaaz Serang Nisdawati ? Nisdawati dikatakan diserang Sharnaaz di set pengambaraan pada jam 11 malam pada 19 Februari. Nisdawati dikatakan menggigil ketika diserang, dimarahi dan dimaki hamun oleh Sharnaaz. Nisdawati terpinga-pinga dan mendiamkan … Read More
  • Ezany Tampil Bela Sharnaaz Ahmad Ketika pelakon popular, Sharnaaz Ahmad dikecam berikutan dakwaan menyerang dan mengugut pelakon Lisdawati, terdapat juga rakan artis yang berdiri teguh di belakang teraju utama drama bersiri 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta' ini… Read More

0 comments:

Post a Comment