Showing posts with label film. Show all posts
Showing posts with label film. Show all posts

Sunday, April 6, 2014

Filem 'Noah' Diharamkan Tayangan Di Malaysia

Noah Movie Poster

Filem terbaru lakonan Russel Crowe, 'Noah' telah diharamkan tayangannya oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) di Malaysia selepas filem yang diangkat dari kitab Bible Old Testament itu memaparkan wajah nabi secara visual.

“Kami sudah menonton proses penapisan bersama panel Ahli Lembaga dan wakil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 12 Mac lalu. Memang selepas menonton, filem itu tidak boleh ditayangkan kerana ia memaparkan wajah nabi pada visual,” ujar Pengerusi Lembaga Penapisan Filem, Datuk Abdul Halim Abdul Hamid.

Selain Malaysia, filem yang turut menampilkan Anthony Hopkins dan Emma Watson ini juga terlebih dahulu berdepan pengharaman di Qatar, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu (UAE). Malah, beberapa negara lain turut dijangka akan mengikut jejak langkah sama.

Sumber: Media Hiburan

Monday, March 3, 2014

'12 Years A Slave' Menang Filem Terbaik Oscar Ke-86

12 Years A Slave
Filem 12 Years A Slave berjaya menduduki tempat teratas pada Anugerah Akedemi (Oscar) Ke-86 yang diadakan di sini pada Ahad (waktu tempatan).

Filem ini turut berjaya merangkul tiga anugerah iaitu bagi kategori Filem Terbaik, Lakon Layar Adaptasi Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Lupita Nyong'o)

Dalam pada itu, filem Gravity berjaya mengumpul anugerah yang paling banyak dengan merangkul sebanyak tujuh trofi.

Gravity memenangi anugerah Suntingan Filem Terbaik, Sinematografi Terbaik, Adunan Bunyi Terbaik, Suntingan Bunyi Terbaik, Visual Terbaik, Skor Muzik Terbaik dan Pengarahan Terbaik.

Dalam pada itu, filem Dallas Buyers Club meraih tiga anugerah iaitu Pelakon Lelaki Terbaik (Matthew McConaughey), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Jared Leto) dan Solekan Terbaik (Adruitha Lee, Robin Mathews).

Sementara itu antara pemenang yang unggul dalam kategori masing-masing adalah Cate Blanchett (Pelakon Wanita Terbaik-Blue Jasmine), Matthew McConaughey (Pelakon Lelaki Terbaik - Dallas Buyers Club) dan Jared Leto (Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Dallas Buyers Club).

Majlis tersebut dianjurkan oleh Seth MacFarlane dan disiarkan secara langsung di ABC dari Hollywood Dolby Theatre.

Sementara itu The Hollywood Reporter pula melaporkan, Sandra Bullock mampu memperoleh pendapatan sehingga AS$70 juta (RM224 juta) menerusi lakonannya dalam filem Gravity - iaitu yang terbesar dalam kerjayanya sebagai pelakon.

Pelakon berusia 49 tahun itu telah pun menerima bayaran pendahuluan sebanyak AS$20 (RM64 juta) daripada pihak studio, Warner Bros.

Menurut portal itu, kontraknya untuk filem berkenaan turut meliputi bayaran sebanyak 15 peratus daripada setiap dolar yang diperoleh menerusi kutipan panggung di seluruh dunia.

Kebiasaannya pihak studio akan mengutip antara 40 hingga 50 peratus daripada pendapatan kutipan jualan tiket panggung.

Sehingga kini Gravity telah mengutip lebih AS$700 juta dalam kutipan boxoffice di seluruh dunia dan dijangka mencecah AS$750 juta tahun ini.


Dengan andaian yang Warners akan memperoleh 45 peratus daripada jualan tiket, Sandra Bullock pula akan memperoleh sekurang-kurangnya AS$50 juta menerusi filem tersebut.

Jika angka itu ditambah dengan bayaran pendahuluan sebanyak AS$20 juta yang telah pun dia peroleh, ini bermakna, secara keseluruhannya Sandra akan mendapat AS$70 juta menerusi Gravity.

Ini belum termasuk peratusan yang akan dia perolehi daripada royalti cekera padat digital (DVD), televisyen berbayar dan lain-lain komisen.

Menurut The Hollywood Reporter, jadi secara konservatif Sandra Bullock akan mengaut AS$20 juta lagi menerusi sumber-sumber DVD, televisyen dan lain-lain.

Sumber: Mstar

Thursday, February 27, 2014

Sebab Filem The Journey berjaya kutip hampir RM13 juta?

Filem The Journey tiada formula khas atau khusus bagi menjadikan filem ini meletup di pawagam serta menjadi filem terlaris di Malaysia.

Sebaliknya, misi utama orang-orang kuat di belakang tadbir adalah berusaha sedaya upaya untuk mewujudkan keseimbangan antara seni dan nilai komersial.

Naib Presiden Astro Shaw, Gayatri Su-Lin Pillai semasa menjadi tetamu dalam program bual bicara Agenda AWANI berkata, mereka sentiasa cuba untuk mewujudkan kedua-dua elemen ini dalam setiap filem yang diterbitkan oleh Astro Shaw.


Namun, kadang-kadang filem tersebut tidak berjaya mendapat tempat di hati penonton walaupun karya tersebut memenuhi kedua-dua elemen tersebut.

Kejayaan The Journey memang tidak disangka-sangka kerana menurut Gayatri, seluruh pasukan produksi hanya mahu menceritakan kisah kehidupan rakyat Malaysia dan tidak menjangka ia akan meletup di pawagam.

Sementara itu, Pengarah filem The Journey, Chiu Keng Guan pula menyifatkan perkara yang kecil boleh menimbulkan satu perasaan yang akan dapat meninggalkan kesan terhadap penonton.

Filem yang meliputi elemen kekeluargaan ini juga katanya adalah seimbang antara peranan seorang bapa dan anaknya dimana watak-watak ini juga bukanlah dilakonkan oleh pelakon yang profesional.

Ini menurutnya bagi membawa penonton rasa lebih dekat dengan jalan cerita The Journey ini.

Sumber: AstroAwani

Wednesday, February 26, 2014

'The Journey' Filem Terlaris Malaysia!

The Journey

Filem terbaru terbitan Astro Shaw dan Woohoo Pictures, 'The Journey' mencipta sejarah baru dunia perfileman tanah air apabila diumumkan sebagai filem tempatan paling laris apabila mengumpul kutipan sebanyak RM12.92 juta sehingga 23 Februari 2014.

Kutipan filem ini berjaya mengenepikan filem arahan Syamsul Yusof, 'KL Gangster' yang meraih kutipan RM11.74 juta pada tahun 2011.

“Terima kasih kerana menjadikan filem The Journey sebagai filem paling laris dalam sejarah. Pihak produksi filem ini termasuk pelakon dan pekerja filem merasa bersyukur dan terkejut dengan sokongan yang tidak berbelah bagi daripada penonton yang terdiri daripada pelbagai latar belakang yang tidak henti-henti mempromosikan filem ini menerusi Facebook, Twitter, Instagram dan perbualan harian mereka," ujar pengarah filem tersebut, Chiu Keng Guan.

'The Journey' mengisahkan seorang bapa konservatif yang tidak bersetuju apabila anak perempuannya mahu berkahwin dengan seorang bangsa asing. Filem ini berlatar belakangkan kepentingan konsep kekeluargaan, tema universal yang relevan kepada semua budaya tanpa mengira latar belakang dan bangsa.

Walaupun sudah 25 hari ditayangkan, filem ini masih boleh ditonton di pawagam seluruh negara dan bakal memasuki tayangan di Singapura pada bulan Mac depan.

Jom tonton trailer:


Sumber: mediahiburan