Monday, March 3, 2014

'12 Years A Slave' Menang Filem Terbaik Oscar Ke-86

12 Years A Slave
Filem 12 Years A Slave berjaya menduduki tempat teratas pada Anugerah Akedemi (Oscar) Ke-86 yang diadakan di sini pada Ahad (waktu tempatan).

Filem ini turut berjaya merangkul tiga anugerah iaitu bagi kategori Filem Terbaik, Lakon Layar Adaptasi Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Lupita Nyong'o)

Dalam pada itu, filem Gravity berjaya mengumpul anugerah yang paling banyak dengan merangkul sebanyak tujuh trofi.

Gravity memenangi anugerah Suntingan Filem Terbaik, Sinematografi Terbaik, Adunan Bunyi Terbaik, Suntingan Bunyi Terbaik, Visual Terbaik, Skor Muzik Terbaik dan Pengarahan Terbaik.

Dalam pada itu, filem Dallas Buyers Club meraih tiga anugerah iaitu Pelakon Lelaki Terbaik (Matthew McConaughey), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Jared Leto) dan Solekan Terbaik (Adruitha Lee, Robin Mathews).

Sementara itu antara pemenang yang unggul dalam kategori masing-masing adalah Cate Blanchett (Pelakon Wanita Terbaik-Blue Jasmine), Matthew McConaughey (Pelakon Lelaki Terbaik - Dallas Buyers Club) dan Jared Leto (Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Dallas Buyers Club).

Majlis tersebut dianjurkan oleh Seth MacFarlane dan disiarkan secara langsung di ABC dari Hollywood Dolby Theatre.

Sementara itu The Hollywood Reporter pula melaporkan, Sandra Bullock mampu memperoleh pendapatan sehingga AS$70 juta (RM224 juta) menerusi lakonannya dalam filem Gravity - iaitu yang terbesar dalam kerjayanya sebagai pelakon.

Pelakon berusia 49 tahun itu telah pun menerima bayaran pendahuluan sebanyak AS$20 (RM64 juta) daripada pihak studio, Warner Bros.

Menurut portal itu, kontraknya untuk filem berkenaan turut meliputi bayaran sebanyak 15 peratus daripada setiap dolar yang diperoleh menerusi kutipan panggung di seluruh dunia.

Kebiasaannya pihak studio akan mengutip antara 40 hingga 50 peratus daripada pendapatan kutipan jualan tiket panggung.

Sehingga kini Gravity telah mengutip lebih AS$700 juta dalam kutipan boxoffice di seluruh dunia dan dijangka mencecah AS$750 juta tahun ini.


Dengan andaian yang Warners akan memperoleh 45 peratus daripada jualan tiket, Sandra Bullock pula akan memperoleh sekurang-kurangnya AS$50 juta menerusi filem tersebut.

Jika angka itu ditambah dengan bayaran pendahuluan sebanyak AS$20 juta yang telah pun dia peroleh, ini bermakna, secara keseluruhannya Sandra akan mendapat AS$70 juta menerusi Gravity.

Ini belum termasuk peratusan yang akan dia perolehi daripada royalti cekera padat digital (DVD), televisyen berbayar dan lain-lain komisen.

Menurut The Hollywood Reporter, jadi secara konservatif Sandra Bullock akan mengaut AS$20 juta lagi menerusi sumber-sumber DVD, televisyen dan lain-lain.

Sumber: Mstar

0 comments:

Post a Comment