Thursday, March 6, 2014

Dato Yusof Haslam Berlinangan Air Mata Di Konsert 'Teaterikal Suara Kita'


Produser filem Datuk Yusof Haslam menitiskan air mata ketika menonton konsert Teaterikal Suara Kita yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, di sini, malam Isnin lalu.

Yusof, 60, yang bertanggungjawab menjulang nama Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain dalam industri filem tanah air pada era 90-an turut bangga dengan kejayaan ketiga-tiga artis berkenaan.

"Konsert ini mengembalikan nostalgia yang cukup bermakna sehingga ada beberapa babak yang buat saya menitiskan air mata.

"Saya terkenangkan perangai dan gelagat Awie, Erra dan Ziana sewaktu di zaman mula-mula saya mengarahkan mereka dalam filem-filem saya dahulu," katanya kepada mStar Online selepas menyaksikan persembahan pertama Konsert Teaterikal Suara Kita, di Panggung Sari, Istana Budaya, malam Isnin lalu.

Ketiga-tiga pelakon itu mencetuskan fenomena apabila muncul dalam filem Sembilu dan Sembilu 2 serta beberapa filem lain terbitan Skop Productions sehingga berjaya mencatatkan kutipan boxoffice.

Tambah Yusof, pada awalnya dia agak terkejut apabila diberitahu untuk mementaskan karya daripada filem-filem berkenaan.

Namun, setelah menonton hasil pementasan itu, dia percaya konsert tersebut bakal mendapat sambutan daripada peminat-peminat yang mengikuti perkembangan filem-filem arahannya itu.

"Sebenarnya saya terkejut apabila diberitahu bahawa mereka bertiga ingin pentaskan semula filem-filem saya.

"Saya macam tidak percaya mereka ingin bergabung semula. Tapi bila melihat persembahan mereka, saya percaya konsert ini akan mendapat kejayaan", ujarnya.

Sementara itu, Awie berkata, kejayaan pementasan tersebut menjadi bukti penyelesaian kemelut hubungan dingin antaranya dengan Erra Fazira.

Related Posts:

  • I Am Ziana Zain : Ziana Zain Terpaksa Masuk Kelas Vokal Ziana Zain Penyanyi Ziana Zain bakal memasuki kelas latihan vokal sebagai persediaan untuk mengadakan konsert solo pertamanya selepas 15 tahun yang dikenali I Am Ziana Zain pada 27 September depan. Ziana, 46, berkata, pad… Read More
  • Aura Diva Ziana Zain Terserlah di Kilauan Emas 4 FinalAura Diva Ziana Zain Terserlah di Kilauan Emas 4 Final Ziana Zain kita telah menyampaikan secara live lagu Penawar Semalu dan Puncak Kasih di konsert Kilauan Emas 4 semalam. Macam komen yang dapat dilihat di media sosial ter… Read More
  • Kebahagiaan Rumah Tangga Ziana Zain & Armin Jika sebelum ini, penyanyi terkenal Ziana Zain begitu menjaga privasi keluarganya, namun menerusi akaun Instagramnya, Ziana telah kongsikan saat-saat indah ketika membaca kad hari lahir pemberian empat anaknya ketika ulang… Read More
  • I Am Ziana Zain - Konsert Mega Ziana Zain DiBatalkan Untuk makluman semua, dengan dukacitanya Konsert I Am Ziana Zain akan dibatalkan pada tahun ini.. Kepada sesiapa yang beli ticket, dapatkan refund dengan menghubungi Faizal di 017-6109269. Berikut kandungan penting surat… Read More
  • Ziana Zain Discography MP3Ziana Zain Discography (9albums)Ziana Zain - Madah Berhelah (1991)1. Ziana Zain - Riwayat Cinta (3:53)2. Ziana Zain - Kehidupan (4:57)3. Ziana Zain - Ke Mana Perginya Cahaya (4:59)4. Ziana Zain - Kekalkan Warisan (4:55)5. Zia… Read More

0 comments:

Post a Comment