SELEPAS dua tahun melakukan perancangan mengerjakan umrah, niat tersebut dimakbulkan buat pelakon Lana Nordin apabila menjejakkan kaki ke Tanah Suci hari ini.
Lana telah berkongsi rasa terujanya dan sudi berkongsi persiapan yang dilakukan sebelum berangkat.
"Alhamdulillah, segala perancangan saya mengerjakan umrah pada tahun ini telah dipermudahkan. Saya tidak mengalami sebarang masalah ketika memohon visa mahupun ketika menyelesaikan perkara-perkara berkaitan.
"Saya akan ke sana selama dua minggu ditemani adik lelaki saya serta pelakon Lisdawati. Doakan saya dan rombongan selamat pergi dan balik," ujar Lana dipetik Media Hiburan Online.
Mengambil keberkatan tatkala menjadi tetamu ALLAH, Lana turut berkongsi doa yang ingin dipanjatkan ketika berada di sana;
"Tiada apa yang saya minta kecuali dikurniakan kesihatan yang baik untuk saya dan ahli keluarga. Selain itu, saya juga memohon bertemu jodoh dan dimurahkan rezeki.
“Semoga doa saya ini akan diredai ALLAH SWT," tambah Lana yang kini sedang berkawan rapat dengan seorang lelaki selepas putus cinta, baru-baru ini.
Sumber: Sinarharian
Sunday, March 2, 2014
Lana Nordin teruja tunai umrah kali pertama
Related Posts:
Ziela Tidak Hirau Kontroversi, Satukan Semula Sharnaaz & Nelydia Senrose PENERBIT drama Ziela Jalil memberitahu bakal menyatukan semula pasangan pelakon Bukan Kerana Aku Tak Cinta iaitu Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose dalam drama terbaharunya berjudul Di Bawah Lindungan Kaabah. Ziela selak… Read More
ZIELA JALIL BERTANGGUNGJAWAB DAMAIKAN LISDAWATI DAN SHARNAAZ Meskipun penggambaran drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta sudah pun tamat, namun sebagai produser, Pena Creative Pictures Sdn Bhd, Ziela Jalil akui akan cuba bertanggungjawab mendamaikan pertelingkahan yang berlaku a… Read More
SHARNAAZ AHMAD TUNAI PERMINTAAN FAUZI UNTUK PERIKSA OTAK! Pelakon Sharnaaz Ahmad telah menunaikan permintaan Fauzi Nawawi yang meminta dia menjalani pemeriksaan doktor kerana dikatakan menjadi garang disebabkan terlalu mendalami watak sebagai Jebat di dalam drama bersiri Bukan Ker… Read More
Lana Nordin teruja tunai umrah kali pertama SELEPAS dua tahun melakukan perancangan mengerjakan umrah, niat tersebut dimakbulkan buat pelakon Lana Nordin apabila menjejakkan kaki ke Tanah Suci hari ini. Lana telah berkongsi rasa terujanya dan sudi berkongsi persiapa… Read More
Sharnaaz Enggan Mati Tak Tutup Mata Kerana Lisdawati Pelakon Sharnaaz Ahmad ingin bersemuka dengan aktres Lisdawati dan suaminya Fauzi Nawawi selepas wanita itu selamat bersalin bagi menyelesaikan isu pertelingkahan di antara mereka ketika penggambaran drama Bukan Keran… Read More
0 comments:
Post a Comment