Showing posts with label Aweera. Show all posts
Showing posts with label Aweera. Show all posts

Sunday, January 25, 2015

Beri Amaran, Edry Bakal Hantar Surat Peguam Kepada Aweera

Berikut merupakan nasihat Edry terhadap Aweera:


Terkilan dengan sikap Aweera yang masih tidak henti-henti mahu ‘mengusik’ Edry, kini ketua kumpulan Mojo itu mengambil tindakan untuk menghantar surat peguam kepada Aweera.

BACA: Aweera: Drama Edry KRU Raih Simpati Di Pentas AJL 29 Menjadi

“Apa yang saya boleh cakapkan di sini, pihak kami akan mengeluarkan surat peguam dalam masa terdekat. Jangan kerana mulut, badan pula binasa,” kata Edry sperti dipetik dari akhbar Harian Metro.
Edry berkata, keputusan tersebut diambil kerana Aweera bersikap keterlaluan apabila terus mengkritik dan merendah-rendahkan dirinya dan Mojo secara terbuka menerusi media.

“Saya tidak faham kenapa dia perlu bertindak begitu. Kenapa sikapnya seolah-olah hendak lihat Mojo gagal (dalam bidang nyanyian). Menerusi kenyataan-kenyataannya, dia tidak habis-habis hendak merendahkan kami,” tambahnya lagi.

Edry berkata, dia juga berasa pelik dengan sikap Aweera yang dilihat seperti tidak dapat memulakan kehidupan yang baru tanpa Mojo.

Pada pendapat kami, sudah sampai masa untuk Aweera move on dan mulakan langkah baru dengan menampilkan kelainan dan juga mutu yang lebih baik untuk bersaing. Duduk sahaja dan tidak henti mencari kesalahan orang lain tidak akan membawa anda ke mana-mana.


Sumber: RotiKaya

Friday, January 23, 2015

"Edry Berjaya Buat 'Drama' Untuk Raih Simpati" - Aweera

a 
PETALING JAYA: Bekas penyanyi asal Mojo iaitu Aweera berpendapat, “drama” yang dilakukan Edry Abdul Halim untuk meraih simpati masyarakat berjaya apabila kumpulan itu dipilih memenangi Persembahan Terbaik dalam Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL 29) pada Ahad lalu.

Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Noriyissham, 24, berkata, Edry yang sebelum ini pernah menuduhnya suka bermain drama ternyata telah membuktikan kepada khalayak siapakah sebenarnya yang bersikap sedemikian.

"Dia tuduh saya suka main drama tetapi dalam hal ini kita tengok dia yang buat drama untuk raih simpati masyarakat.

”Sebab itulah kalau dia gunakan menyanyi baru Mojo, sudah tentu persembahan mereka malam itu akan dikritik," ujarnya kepada mStar Online.


Mojo dan Caliph Busker memenangi Persembahan Terbaik dalam AJL 29 Ahad lalu.

Aweera diminta komennya mengenai persembahan Mojo bersama kumpulan Caliph Buskers iaitu pemuzik orang kelainan upaya (OKU) yang berjaya menampilkan persembahan luar biasa pada pertandingan itu.

Vokalis Caliph Buskers iaitu Khairul Azmi Saat menyampaikan lagu Romancinta pada malam itu.

Dalam pada itu Aweera berkata, Edry selaku ketua kumpulan berkenaan terlalu bergantung kepada Cliph Buskers dan kemenangan berkenaan adalah atas kapasiti kehebatan pemuzik jalanan itu dan  bukannya persembahan sebenar Mojo.

Secara jujur kata Aweera dia amat kagum dengan Caliph Busker sehinga hampir-hampir menitiskan air mata ketika menyaksikan persembahan mereka.

Ditanya tidakkah dia berjumpa dengan Mojo selepas selesai persembahan, Aweera berkata, dia telah berusaha berbuat demikian ketika di belakang pentas namun dihalang oleh pengawal keselamatan berikutan tidak mempunyai pas khas untuk memasuki kawasan berkenaan. 

Sumber: Mstar