Showing posts with label Nabil Ahmad. Show all posts
Showing posts with label Nabil Ahmad. Show all posts

Tuesday, November 21, 2017

Panas ! Nabil Beri Amaran, Hilang Hormat Pada Chef Wan



 PETALING JAYA: Pengacara dan pelawak Nabil Ahmad memberi amaran kepada chef selebriti terkenal Prof Datuk Chef Wan agar tidak berterusan memuat naik status berbaur hasutan di laman Instagramnya.

Nabil berkata, tindakan Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail menuduh dia sebagai punca remaja menjadi kurang ajar boleh menjejaskan reputasinya sebagai seorang selebriti yang juga duta pelbagai produk.

"Kata-kata yang dimuat naik di laman Instgaram itu sudah melampau kerana menuduh saya sebagai punca anak-anak kurang ajar. Itu satu isu besar dan serius terutama bila dia hanya menyerang saya seorang, bukannya team Gegar Vaganza.

"Semalam peguam menghubungi saya berkaitan hal itu dan menganggap kenyataan beliau berunsur hasutan dan menyediakan ruang untuk orang membenci saya," ujarnya kepada mStar Online.

Nabil mengulas tentang komen balasnya yang memuat naik video sebagai respons kepada tuduhan Chef Wan itu pada Isnin.

Bagaimanapun, Nabil memadam video berkenaan selepas mendapat pelbagai reaksi netizan.

Chef Wan pernah menjadi tetamu dan juri undangan di program Gegar Vaganza.

Ujar Nabil, dia memuat naik video itu adalah atas nasihat peguam yang sedang mengumpul beberapa bukti terhadap isu tersebut.

"Kalau ikut saya memang saya tidak mahu layan tapi peguam yang menjaga kerjaya saya menganggap ia sebagai sesuatu yang serius dan merosakkan reputasi.

"Dia minta saya respons bukan untuk bergaduh sebaliknya sebagai bukti kepada klien. Saya perlu menjaga nama baik saya kerana beberapa produk besar yang saya tandatangan meminta penjelasan tentang itu," ujarnya.

Sementara itu, Nabil berkata, Chef Wan seharusnya melakukan perkara itu secara profesional dan bertemu dengan pihak produksi Astro.

Tambahnya, semua perkara yang dilakukannya sebagai pengacara sekadar menjalankan tanggungjawab seperti yang diminta pihak Astro untuk berbuat demikian.

"Gegar Vaganza ini sudah masuk musim keempat dan jika dia tidak suka dengan cara saya dia boleh jumpa pihak Astro dan beritahu tentang itu.

"Jika dia lakukan dengan cara yang betul saya sendiri akan akur. Dia tidak berada dalam produksi dan tidak tahu perjalanan program realiti televisyen," ujarnya.

Chef Wan muat naik status menegur cara Nabil sebagai biadap.



Dalam pada itu, Nabil berkata kenyataan negatif itu secara tidak langsung membuatkan dia hilang rasa hormat kepada chef selebriti itu.

Katanya, dia tidak tahu niat Chef Wan yang seakan-akan cuba untuk menutup periuk nasinya dalam bidang ini.

"Saya sudah hilang hormat padanya, saya hanya hormat dia sebagai orang tua dari saya sahaja. Dulu saya anggap dia seorang ikon contoh untuk berjaya ke peringkat antarabangsa.

"Apa juga restoran yang dia kata sedap pasti saya akan datang cuba (makan). Tapi sekarang maaflah, mungkin tidak lagi," ujarnya.

Chef Wan pada Ahad memuat naik beberapa status menegur tindakan pengacara itu yang dianggap biadap dan kurang ajar.

Malah katanya, cara Nabil mengendalikan Gegar Vaganza memberi pengaruh buruk kepada penonton terutama kanak-kanak untuk bersikap kurang ajar.

Kredit: Mstar

Saturday, February 14, 2015

Nabil Ahmad Jelaskan Isu Disingkir Dari Meletop

 
 PETALING JAYA: Pelawak Nabil Ahmad menyifatkan gosip dia bakal disingkirkan sebagai pengacara program hiburan Meletop dalam masa terdekat ini adalah mengarut.

Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 30, terkejut dengan berita tersebut sedangkan dia baru saja menandatangani perjanjian bagi menyambung kontrak selama dua tahun bagi mengendalikan program berkenaan.

"Siapalah yang buat gosip macam ini, apa salahnya tanya saya dahulu?

"Terkejut saya apabila membaca gosip tersebut. Saya terus bertanyakan pihak produksi Meletop adakah ia benar sedangkan saya baru saja menyambung kontrak dengan mereka.

"Pihak produksi pun terkejut dengan berita itu kerana apa yang dinyatakan dalam gosip itu adalah salah dan tidak benar," tegasnya yang dihubungi mStar Online di sini pada Isnin.

Minggu lalu, sebuah akhbar menerusi ruangan pojok melaporkan Nabil bakal disingkirkan daripada Meletop oleh pihak produksi memandangkan pengacara gandingannya, Neelofa mahu menarik diri mengendalikan program berkenaan.

Meletop disiarkan pada setiap Selasa, pukul 10 malam di saluran Astro Ria.


Nabil dan Neelofa dalam program Meletop.

Laporan tersebut turut menyatakan tempat Nabil akan digantikan dengan pelawak popular, Zizan Razak.

Perkara itu membuatkan Nabil  berasa hati dengan keputusan yang dibuat pihak produksi kerana ia dilakukan tanpa melakukan perbincangan dengannya.

Dalam pada itu, Nabil berkata, sehingga kini gosip mengatakan Neelofa bakal menarik diri juga tidak diketahuinya kerana dia bersama pengacara wanita itu masih lagi menjalankan tugas masing-masing seperti biasa.

"Saya ada dengar juga mengatakan Neelofa mahu tarik diri. Tetapi sehingga kini pihak produksi tak cakap apa-apa lagi. Peliklah, macam-macam spekulasi pula yang muncul.

"Apa-apapun, saya percayakan pada rezeki. Jika pihak produksi masih lagi mahu saya terus mengendalikan Meletop, itu rezeki. Dan jika mereka enggan menggunakan khidmat saya pun tidak apa. Yang penting biarlah segala urusan dibuat dengan betul," ujarnya.

Sementara itu, Nabil berkongsi berita gembira bahawa dia bakal menimang anak kedua tidak lama lagi.

Kata pelawak itu, isterinya, Nazirah Ayub, 26, kini sedang hamil dua bulan dan berita itu membuatkan dia lebih bersungguh-sungguh dalam mencari rezeki agar lebih stabil pada masa akan datang.

Nabil dan Nazirah turut mempunyai seorang anak bernama Naira Mikayla yang berusia dua tahun.

Sumber: Mstar