Showing posts with label Zizan Raja Lawak. Show all posts
Showing posts with label Zizan Raja Lawak. Show all posts

Friday, March 6, 2015

Ada Gerakan Jatuhkan Zizan Razak - Norman


PETALING JAYA: Pengarah Urusan KRU Studios, Norman Abdul Halim merasakan terdapat gerakan yang cuba menjatuhkan imej dan reputasi pelawak Zizan Razak, 31.

Norman berkata, perkara itu disedarinya sejak beberapa bulan kebelakangan ini apabila nama pelawak itu sering dikaitkan dengan beberapa berita buruk.

"Saya perhatikan sepanjang beberapa bulan ini seperti ada satu gerakan yang cuba untuk menjatuhkan Zizan.

"Bagaimanapun, saya tidak tahu siapa di belakang dia atau mungkin ada orang tidak suka pada dia, itu saya tidak tahu," ujarnya ketika sidang media selepas majlis tayangan perdana filem Cicakman 3 yang diadakan di Cathay Cineplax, di sini, malam Selasa.

Norman berkata demikian dalam memberi pandangan terhadap isu-isu negatif yang timbul terhadap Zizan sehingga menjejaskan reputasinya sebagai seorang artis.
Selain itu, katanya, kontroversi bercinta dengan Naib Presiden Gen Next Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin itu juga merupakan perkara remeh yang tidak perlu diperbesarkan.
Zizan dan Putri Yasmin menafikan mereka mempunyai hubungan istimewa seperti mana diperkatakan.
"Saya dengar tentang kisah cinta dia, saya tergelak, dan bila saya tahu siapa wanita itu, lagilah saya tergelak. Tidak payah beratkan isu ini.
"Bila orang cari salah dia itu akan membuatkan dia tertekan dan sentiasa melarikan diri. Saya pernah lalui apa yang dia lalui sekarang. Kadang-kadang kontroversi itu berat sangat sampai kita tidak mahu berhadapan dengan orang ramai," ujarnya.

Tambahnya, jika perkara buruk itu berlarutan ia mampu menyekat bakat pelawak tersebut sebagai seorang pelakon yang baik.

"Saya kenal dia sudah lama dan menganggapnya sebagai sahabat, bagi saya jika perkara remeh ini diperbesarkan ia akan menyekat bakat dia.

"Sayang bakat yang dia ada, dia bukan sahaja boleh melawak, tetapi boleh juga berlakon dengan baik dan saya berharap kita tidak membesarkan isu-isu remeh itu," ujarnya.

Sementara itu, Zizan ketika minta mengulas tentang gerakan menjatuhkannya, dia menganggap itu merupakan persepsi orang luar yang melihat perkembangan kerjayanya.

Katanya, ia adalah perkara negatif itu sebagai satu dugaan yang perlu dilaluinya.

"Saya tidak tahu tentang itu, pada saya itu adalah persepsi orang lebih profesional yang nampak apa berlaku kepada saya.

Sumber: Mstar

Saturday, January 10, 2015

Tauke (Jambu) Padam Gambar Ferrari Mahu Jaga Hati Zizan


Pelawak Tauke (Jambu) berkata, dia terpaksa memadamkan gambarnya bersama kereta Ferrari yang difahamkan milik Zizan Razak di Instagramnya kerana enggan kontroversi melibatkan pelawak itu dengan Emma Maembong menjadi semakin parah.

Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 39, berkata, dia melakukan perkara itu kerana terlalu gembira dengan kejayaan Zizan yang mampu memiliki kereta mewah hanya menjadi seorang pelawak.

"Sejujurnya saya tidak tahu kereta itu antara penyebab berlakunya kontroversi antara Zizan dan Emma.

”Bukan niat saya untuk menunjuk-nunjuk atau sengaja menghangatkan lagi keadaan tetapi saya berbuat demikian kerana bangga dengan kejayaan Zizan sebagai kawan saya," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Tauke (Jambu)

Terdahulu, Zizan mengakui hubungan cintanya dengan Emma Maembong berakhir kerana kedegilaannya untuk memilki sebuah kereta mewah yang dihalang oleh kekasihnya itu.

Bagaimanapun Emma dalam satu status di Twitter miliknya pada Jumaat seolah-olah mempersoalkan kenyataan Zizan mengenai kereta itu sebaliknya meminta pelakon berkenaan menerangkan sebab sebenar hubungan mereka putus.

Dalam pada itu, Tauke berkata, apabila menyedari kesilapannya itu dia telah pun memadam gambar berkenaan beberapa jam selepas ia dimuat naik pada Khamis lalu.

Jelas Tauke, dia rasa bersalah terhadap tindakannya itu kerana masa yang dipilih memuat naik gambar berkenaan adalah kurang sesuai malah memburukkan keadaan.

"Zizan tidak meminta saya memadam gambar tersebut tetapi dia hanya menyatakan rasa resah terhadap reaksi peminat dan saya memahami situasinya dan terus padam gambar itu," katanya.

mStar Default Image
Zizan dan Emma Maembong

Sementara itu, Tauke berkata, sebagai sahabat dia berharap Zizan dapat menyelesaikan masalahnya dengan Emma dengan baik dan sentiasa mendoakan kebaikan mereka berdua.

"Untuk mencampuri urusan peribadi mereka itu adalah perkara paling terakhir yang boleh dilakukan tetapi sebagai sahabat saya mendoakan yang terbaik buat mereka berdua," ujarnya.

Dalam pada itu berdasarkan semakan mStar Online, harga sebuah kereta mewah Ferrari dari model F430 dianggarkan melebihi RM1.5 juta.

Sumber: Mstar

Sunday, June 29, 2014

Pengurus Minta Zizan Razak Tunjuk Bukti Seleweng Wang Syarikat


SUBANG JAYA: Pengurus Zizan Razak iaitu Marina Juki meminta pelawak itu mengemukakan bukti menunjukkan dia menyeleweng wang syarikat mereka, Wire Fame Entertainment Sdn Bhd seperti yang didakwa.
Marina berkata, berdasarkan maklumat daripada juruaudit Wire Fame, Azlan Karim setakat ini tiada sebarang penyelewengan berlaku dalam syarikat itu.
"Saya telah dimaklumkan bahawa tiada sebarang penyelewengan telah berlaku dalam syarikat sama ada daripada pihak saya mahupun Zizan.
"Saya tak faham kenapa dia menuduh saya berbuat demikian sampai membekukan akaun syarikat tanpa persetujuan saya.
"Diharap dia dapat bersemuka dengan saya dan tunjukkan bukti bahawa saya menyeleweng wang syarikat itu," katanya.
Marina ditemui pada sidang media khas di hotel Holliday Villa di sini pada petang Khamis.
Selain Azlan, turut hadir pada sidang media itu peguam Wire Fame, Sashalyna Abdul Latif serta peguam Marina, Harjit Singh Sandhu dan Wan Norliyana.
mStar Default Image
Marina Juki menunjukkan laporan polis yang dibuatnya terhadap Zizan Razak selepas akaun bank sayrikat Wire Fame disekat.
Terdahulu, Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abd Razak dikatakan sudah tidak berhubungan dengan pengurusnya gara-gara masalah peribadi, membuatkan syarikat Wire Fame yang ditubuhkan bersama akan dibubarkan.
Masalah itu berlarutan sehingga  Marina yang memegang saham sebanyak 30 peratus dituduh menyeleweng wang syarikat tersebut dan Zizan yang memegang saham terbesar sebanyak 70 peratus telah menyekat akaun bank syarikat.
Sementara itu, Marina berkata, sekatan akaun bank syarikat mereka membuatkan dia sukar menjelaskan pembayaran kepada artis-artis naungan seperti Johan As'ari dan Kaka Azraf.
"Dua akaun syarikat telah pun dibekukan sejak 4 Jun lalu dan ianya adalah atas arahan Zizan sendiri tanpa sebarang persetujuan daripada saya.
"Perkara ini membuatkan Johan As'ari dan Kaka yang bernaung di bawah syarikat ini terpaksa membuat laporan polis di Balai Polis USJ8 Subang Jaya berhubung bayaran mereka yang tersangkut.
"Kami berharap agar kenyataan ini dapat menjawab segala isu yang timbul dan kami juga berharap agar Zizan akan meluangkan sedikit masa bersama kami untuk menyelesaikan kemelut ini secara baik dan profesional," ujarnya.
Zizan kini berada di negara Jepun bagi menjalani penggambaran program travelogue Jejak Jepun terbitan Astro.
Sumber: Mstar

Tuesday, February 11, 2014

Zizan, Emma beri penjelasan Isu Bersekedudukan

zizan razak emma maembong

BAHARU sahaja reda dengan isu bercumbuan di dalam kapal terbang, kini nama Zizan Razak dan Emma Maembong kembali menjadi perhatian selepas dikatakan bersekedudukan sejak enam bulan lalu.

Mengakui terkejut dengan tindakan jirannya yang melaporkan perkara itu kepada pihak media, Zizan atau nama sebenarnya Razizan Abdul Razak, 30, bagaimanapun tidak menafikan Emma ada beberapa kali mengunjungi rumahnya.


"Memang Emma ada datang, tapi itu pun ketika ibu dan ayah saya ada di rumah. Dia datang pun untuk bertemu ibu saya. Lagipun mustahillah kami bersekedudukan kerana saya bukan tinggal seorang di rumah, sebaliknya abang dan pengurus peribadi saya turut tinggal bersama.

"Saya juga tidak ada sebarang masalah dengan jiran saya. Saya mesra dengan jiran-jiran saya dan saya akui agak terkejut bila mendapat tahu ada jiran saya yang melaporkan perkara ini kepada media," katanya kepada media ketika ditemui sebaik tamat Anugerah MeleTOP Era, baru-baru ini. Baca lagi

Source: sinarharian

Thursday, January 23, 2014

ZIZAN RAZAK MENDOMINASI FINALIS ABPBH2013

Pelawak, Zizan Razak merupakan artis yang telah berjaya mendominasi paling banyak kategori di dalam senarai finalis top 5 Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2013 (ABPBH2013).


Zizan Razak tersenarai dalam 3 kategori utama ABPBH2013 iaitu Artis Komedi Lelaki Popular, Pelakon Filem Lelaki Popular dan Pengacara TV Lelaki Popular serta turut tercalon dalam satu kategori online iaitu Artis Berpengaruh Di Laman Sosial.

Sumber: Murai

Sunday, August 28, 2011

Juliana Evans: Saya dan Zizan Tak Pernah Bercinta

gossip @murai

Juliana Evans: Saya dan Zizan Tak Pernah Bercinta

Tiada apa yang melucukan buat pelakon dan pengacara jelita yang berwajah Pan-Asian, Juliana Evans, selain daripada digosipkan bercinta dengan Zizan Raja Lawak.

Kata Juliana Evans, dia sama sekali tidak pernah bercinta dengan Zizan Raja Lawak, apatah lagi untuk menyayangi lelaki tersebut. Namun, dia turut akui semua itu berlaku mungkin disebabkan kedua-dua mereka sememangnya rapat sewaktu sama-sama membintangi filem Hantu Bonceng.

"Kami memang rapat dan kenal dah lama. Apabila keluar gosip mengatakan kami bercinta, kami sekadar boleh ketawa sahaja. Tak mungkin saya akan bercinta dengan dia. more

Friday, June 3, 2011

'Maharaja Lawak': Zizan & Johan Tidak Bersedia

news @mStar

'Maharaja Lawak': Zizan & Johan Tidak Bersedia

Walaupun pertandingan Maharaja Lawak akan berlangsung malam Jumaat (malam ini), di Penang International Sports Arena, Pulau Pinang , kumpulan Jozan masih lagi belum membuat sebarang persiapan.

Menurut Zizan, ini kerana dia bersama rakannya, Johan tidak mempunyai masa terluang untuk berjumpa dan berbincang mengenai konsep persembahan yang perlu dilakukan.

"Kalau nak tahu, saya belum lagi berkesempatan untuk jumpa dengan Johan. Minggu ini kami terlalu sibuk dengan kerja masing-masing.

"Mungkin kami hanya ada masa beberapa jam sahaja untuk mendapatkan idea persembahan, doakan kami berjaya," katanya yang dihubungi mStar Online di sini, Khamis.

Tambah Zizan, dia dan Johan sudah semakin kehabisan idea dan penyambungan episod Maharaja Lawak sebanyak tiga minggu membuatkan mereka sedikit tertekan.
more

Wednesday, May 11, 2011

Natasha Hudson Sayang Zizan Raja Lawak ?

gossip @mStar

Natasha Hudson Jelas Hubungan Dengan Zizan Raja Lawak

Natasha Hudson Sayang Zizan Raja Lawak ?PETALING JAYA: Pelakon jelita, Natasha Hudson, 29, menjelaskan hubungannya dengan pelawak Zizan(Raja Lawak)sekadar kawan biasa, tidak lebih dari itu.

Kata Natasha, dia dan Zizan rapat berikutan menggunakan khidmat pengurus yang sama iaitu Marina Juki.

“Saya dan Zizan hanya kawan biasa sahaja, saya datang ke program Maharaja Lawak minggu lalu kerana ingin memberi sokongan kepada rakan artis.

“Saya juga dijemput oleh pihak Astro untuk datang ke program tersebut. Lagi pula kami mengunakan pengurus yang sama,” katanya ketika di temui di Majlis Pelancaran Drama Bait Cinta, di sini, Selasa.

Natasha diminta mengulas gosip mempunyai hubungan istimewa dengan pelawak tersebut apabila sering kelihatan di majlis yang sama.
more

Saturday, May 7, 2011

Maharaja Lawak: Peserta Dikehendaki Undi Keluar

Maharaja Lawaknews @mStar

Maharaja Lawak: Peserta Dikehendaki Undi Keluar Saingan Masing-Masing

Peserta Maharaja Lawak yang bertanding malam tadi diberi mandat untuk mengundi keluar mana-mana peserta yang tidak disukai untuk disingkirkan pada minggu hadapan.

Bagaimanapun, sekiranya peserta yang diundi keluar itu mempunyai markah keseluruhan (markah juri dan SMS) tertinggi, mereka tidak akan disingkirkan, melainkan peserta tersebut mendapat kedudukan di tempat kedua dan ke bawah.

Setakat ini Amir mendapat markah terendah iaitu 31 peratus (%), diikuti pula dengan kumpulan Balas (43%) dan Man (51%).

Manakala, kumpulan Jambu mendapat markah tertinggi iaitu 59%, kumpulan Jozan (57%), Nabil (56%) dan kumpulan Sepah (55%).
more


Sunday, April 10, 2011

Kami Mahu Maharaja Lawak Disiarkan Sepenuhnya Di Astro Prima

Kami Mahu Maharaja Lawak Disiarkan Sepenuhnya Di Astro Prima

what Astro will do now? they have 8,552 fans as today/ 10 April 2011 ?

Copied from facebook:

Kami semua adalah peminat dan pengikut program realiti raja lawak yang diterbitkan oleh astro dari musim pertama lagi sehinggalah sekarang. Kami semua berbesar hati sekiranya pihak astro menayangkan rancangan MAHARAJA LAWAK di astro prima sepenuhnya bermula dari episod 1 sehingga ke episod akhir. Kami juga beranggapan dengan tersiarnya rancangan ini di astro prima, rancangan ini akan berjaya menarik lebih ramai lagi pengikut-pengikut setia untuk mengikuti rancangan in dari mula sehingga ke penghujungnya. Kewujudan page ini adalah untuk menunujukkan rasa tidak puas ati kami kepada pihak astro kerana tidak menayangkan terus maharaja lawak sampai ke final di astro prima. Tayang hanya dua episod lepas tu kalau nak tengok kena langgan mustika.

read more

Sunday, April 3, 2011

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010)

Bintang Paling Popular: Shaheizy Sam
Penyanyi Wanita Popular: Yuna
Pelakon Filem Lelaki Popular: Shaheizy Sam
Artis Baru Wanita Popular: Ana Raffali
Pelakon Filem Wanita Popular: Lisa Surihani
Anugerah Artis Mobile Popular: 6ixth Sense
Penyanyi Lelaki Popular: Faizal Tahir
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Dato' Rosnani Jamil
Artis Komedi Lelaki Popular: Zizan
Pengacara TV Wanita Popular: Fara Fauzana
Pelakon TV Lelaki Popular: Remy Ishak
Penyampai Radio Wanita Popular: Fara Fauzana
Artis Baru Lelaki Popular: Shahir
Pengacara TV Lelaki Popular: Aznil Hj Nawawi
Artis Nasyid Popular: Rabbani
Artis Komedi Wanita Popular: Noorkhiriah
Penyampai Radio Lelaki Popular: Faizal Ismail
Pelakon TV wanita popular: Fasha Sandha
Artis berkumpulan/duo popular: 6ixth Sense


Previous

Jozan Rasa Bersalah Dengan Peminat

news @mStar

Jozan Rasa Bersalah Dengan Peminat

KUALA LUMPUR: Gandingan popular, Jozan yang dianggotai oleh Johan danZizan akui bersalah dengan peminat yang mengundi mereka apabila gagal melakukan persembahan terbaik pada minggu pertama Maharaja Lawak, Jumaat.

Kesibukan dengan karier lakonan masing-masing membuatkan mereka gagal membuat persediaan rapi sebelum memasuki pertandingan pada malam itu.

"Kami masih berada dalam keadaan terkejut dan belum merasakan keadaan seperti pertandingan kerana sudah selalu berlawak semasa mengacara bersama-sama.
more

Wednesday, February 23, 2011

Zizan Raja Lawak Bangga Jadi Hos Melodi

News @mStar

Zizan Raja Lawak Bangga Jadi Hos Melodi

PETALING JAYA: Pengacara Zizan (Raja Lawak) mengakui berasa bangga dan teruja apabila ditawarkan menggantikan Wahid Senario bagi mengacara rancangan hiburan popular, Melodi di TV3.

Zizan berkata, tawaran tersebut merupakan peluang terbaik kerana program itu berjaya menaikkan beberapa nama besar pengacara tanah air sebelum ini.

"Saya terkejut apabila mereka tawarkan untuk jadi pengacara Melodi kerana seperti yang kita tahu, program tersebut pernah dikendalikan nama-nama besar seperti Aznil, Fauziah Ahmad Daud dan Saiful Azmi(Apek).

"Melodi juga merupakan rancangan hiburan yang sudah hampir 20 tahun usianya dan mempunyai reputasi baik serta mampu bertahan sehingga kini," katanya.

Menurut Zizan pemilihannya bersama Dira Abu Zahar berkemungkinan berdasarkan kriteria dan ciri-ciri yang ada padanya sebagai seorang pengacara.

"Saya tidak tahu mengapa mereka pilih saya sebab ramai lagi pengacara yang bagus tapi apa yang mereka beritahu, saya mempunyai kriteria pengacara yang mereka cari. more

Tuesday, February 22, 2011

Zizan Raja Lawak & Dira Pengacara Baru Melodi

News @mStar

Zizan Raja Lawak & Dira Pengacara Baru Melodi

PETALING JAYA: Desas-desus mengatakan pengacara Fara Fauzana dan Wahid (Senario) akan meninggalkan Melodi rupanya benar apabila pihak TV3 mengesahkan Zizan Raja Lawak dan Dira Abu Zahar akan menggantikan kedua-dua pengacara itu berkuatkuasa April ini.

TV3 dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, Selasa memberitahu, selari dengan tempoh tamat kontrak Wahid dan Fara Fauzana pada penghujung Mac ini, pihak TV3 dengan sukacita memperkenalkan gandingan Zizan dan Dira selaku pengacara ataupun pemangkin baru Melodi.

Kejayaan program Melodi bukan sahaja meraih perhatian penonton dari segi kandungan terkini dan infomasi bermutu, malah program terbitan TV3 ini meletakkan perantara berkaliber sebagai platform untuk berinteraksi bersama penonton setianya.

Sejak mula diterbitkan pada tahun 1992, nama-nama seperti Dato’ Mahadzir Lokman, Fauziah Ahmad Daud, Aznil Nawawi, Azwan Ali, Raja Azura dan gandingan serasi Wahid (Senario) dan Fara Fauzana merupakan sebahagian besar daripada anak seni tempatan yang telah diberi kepercayaan memikul tugas berat mengendalikan program popular ini.

Program Melodi masih mengekalkan waktu siarannya iaitu setiap hari Ahad, jam 12.30 tengahari. more

Monday, February 21, 2011

Zizan Raja Lawak host Melodi TV3 2011

Gossip @Kosmo

Zizan Raja Lawak host Melodi TV3 2011

AGAK mengejutkan apabila nama pelakon yang eksotik wajahnya, Dira Abu Zahar dicanang-canang sebagai antara nama baru yang akan mengambil alih mikrofon yang selama ini dipegang kemas oleh Fara Fauzana sejak enam tahun lalu sebagai pengacara Melodi.

Khabar panas itu mula bertiup selepas kemunculan terbaru Dira sebagai hos bersama Fara Fauzana yang popular disebut Fafau dan Wahid Senario dalam Melodi, Ahad lepas.

Bukan nama Dira seorang sahaja yang dipetik sebagai pengacara baru program itu bahkan Zizan Raja Lawak juga disebut-sebut sebagai watak baru yang menggantikan tempat Wahid.

Kemunculan Zizan dalam Melodi sebelum ini juga seperti isyarat awal anak kelahiran Terengganu itu sedang diperhatikan sebagai semangat baru kepada program bersifat sensasi dunia hiburan itu.

Penerbit Melodi, Azman Ghaffar bagaimanapun tidak menafikan bahawa pihaknya sedang mencari pengacara baru Melodi bagi menggantikan Fara Fauzana dan Wahid. read more

Sunday, February 20, 2011

6 Kriteria Nak Jadi Awek Zizan Raja Lawak

news @mStar

‘Zizan Show’ Dedah ‘6 Kriteria Nak Jadi Awek Zizan’

Zizan Raja LawakPETALING JAYA: Pengacara Zizan Raja Lawak bakal muncul dengan program bual bicara sendiri komedi sendiri berjudul Zizan Show.

Program 13 episod selama 30 minit itu akan bersiaran mulai 28 Februari ini, setiap Isnin, pukul 9.30 malam di Astro Warna (saluran 132).

Zizan Show menampilkan Zizan diiringi DJ peribadi dan beberapa penari peribadi dengan menghidangkan lima segmen iaitu ‘Top 6 Pilihan Zizan’, ‘Prank Bersama Zizan’, ‘Sesi berbual bersama penonton dan tetamu jemputan’, ‘Zizan Di Luar Sana’ dan ‘Anak Bayang’.

Menerusi segmen ‘Top 6 Pilihan Zizan’, Zizan akan berbual mengenai enam perkara pilihannya seperti 6 kriteria jika nak jadi awek Zizan, 6 pengalaman paling memalukan Zizan dan pelbagai perkara lain yang kelakar tentang Zizan. more

Sunday, January 16, 2011

Aznil Maafkan Zizan

News @Mstar

PETALING JAYA: Pengacara terkenal
Aznil Nawawi memaafkan pelawak Zizan (Raja Lawak) kerana keterlanjurannya mempersendakan nama arwah bapa pengacara tersebut.

Zizan berlawak dengan menyebut nama arwah bapa Aznil iaitu Nawawi sebagai 'Nawawa' semasa mengacarakan program Raja Lawak musim kelima, Jumaat.

Program itu disiarkan secara langsung menerusi Astro Prima (saluran 105) dari Studio FINAS, Kompleks Studio Merdeka, Ampang pada pukul 9 malam.

Menurut Aznil, dia menganggap kesilapan yang dilakukan oleh Zizan adalah suatu perkara yang tidak disengajakan.

“Saya maafkan Zizan dan perkara ini sudah selesai antara kami.

“Saya pun pernah buat silap dan orang maafkan. Sekarang giliran dia pula yang melakukan kesilapan, jadi saya maafkan dia. Begitulah putaran dunia,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Sabtu.
more news