Sunday, January 16, 2011

Aznil Maafkan Zizan

News @Mstar

PETALING JAYA: Pengacara terkenal
Aznil Nawawi memaafkan pelawak Zizan (Raja Lawak) kerana keterlanjurannya mempersendakan nama arwah bapa pengacara tersebut.

Zizan berlawak dengan menyebut nama arwah bapa Aznil iaitu Nawawi sebagai 'Nawawa' semasa mengacarakan program Raja Lawak musim kelima, Jumaat.

Program itu disiarkan secara langsung menerusi Astro Prima (saluran 105) dari Studio FINAS, Kompleks Studio Merdeka, Ampang pada pukul 9 malam.

Menurut Aznil, dia menganggap kesilapan yang dilakukan oleh Zizan adalah suatu perkara yang tidak disengajakan.

“Saya maafkan Zizan dan perkara ini sudah selesai antara kami.

“Saya pun pernah buat silap dan orang maafkan. Sekarang giliran dia pula yang melakukan kesilapan, jadi saya maafkan dia. Begitulah putaran dunia,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Sabtu.
more news

Related Posts:

  • Natasha Hudson Sayang Zizan Raja Lawak ?gossip @mStar Natasha Hudson Jelas Hubungan Dengan Zizan Raja Lawak PETALING JAYA: Pelakon jelita, Natasha Hudson, 29, menjelaskan hubungannya dengan pelawak Zizan(Raja Lawak)sekadar kawan biasa, tidak lebih dar… Read More
  • Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010)Bintang Paling Popular: Shaheizy SamPenyanyi Wanita Popular: YunaPelakon Filem Lelaki Popular: Shaheizy SamArtis Baru Wanita Popular: Ana RaffaliPelakon… Read More
  • Kami Mahu Maharaja Lawak Disiarkan Sepenuhnya Di Astro PrimaKami Mahu Maharaja Lawak Disiarkan Sepenuhnya Di Astro Prima what Astro will do now? they have 8,552 fans as today/ 10 April 2011 ? Copied from facebook: Kami semua adalah peminat dan pengikut program realiti raja lawak … Read More
  • Maharaja Lawak: Peserta Dikehendaki Undi Keluarnews @mStarMaharaja Lawak: Peserta Dikehendaki Undi Keluar Saingan Masing-Masing Peserta Maharaja Lawak yang bertanding malam tadi diberi mandat untuk mengundi keluar mana-mana peserta yang tidak disukai untuk dis… Read More
  • Jozan Rasa Bersalah Dengan Peminatnews @mStar Jozan Rasa Bersalah Dengan Peminat KUALA LUMPUR: Gandingan popular, Jozan yang dianggotai oleh Johan danZizan akui bersalah dengan peminat yang mengundi mereka apabila gagal melakukan persembahan terbaik p… Read More

2 comments: